3 Pesanan untuk pengantin Lelaki

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Entry untuk bulan 5 :) huhu . 

Mohon kepada yang hendak menikah . . Please take note :) oke . Kita doakan semoga rumahTangga kita mendapat Redha Allah bermula dari majlis Syar'ie .

3 Pesanan untuk pengantin Lelaki

1 . Lelaki tidak boleh pakai inai . 
- Fuqahak semua mazhab berpendapat Haram bagi lelaki memakai inai di tangan atau di kaki kerana inai merupakan perhiasan bagi Wanita . Lelaki tidak harus meniru sama ada pakaian atau perhiasan sebagaimana sabda Nabi S.A.W bermaksud : " Allah laknat lelaki yang menyerupai atau meniru wanita dan wanita yang menyerupai atau meniru lelaki . " Sini

2 . Lelaki tak boleh pakai rantai (dokoh) . Sini

3 . Ganti adegan cium dahi dengan letak tangan kanan pada ubunUbun isteri dan berdoalah sepertimana hadith : " Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita , hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan : ' Ya Allah , aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan padanya , dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya . Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orangOrang yang dengki dan perbuatan sihir dan perbuatan orangOrang yang suka melakukan tipu daya ' " (Riwayat Abu Daud) 


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

1 ulasan:

´