Cara untuk mengelak daripada zina


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM

Dikisahkan ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Dia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari dia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..
Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain:
“Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”



Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan dia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata:

“Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, dia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang dia terdengar azan berkumandang. Dia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya, dia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana dia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..

Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. ^_____^

wallahua'lam


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM



Ternyata sekarang ini musim panas dan ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin. Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama.

Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun. Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun.

Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian. Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun.


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Aku muslimah LOOSER

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM



Aku muslimah, aku seorang pelajar dan aku seorang anak gadis.

Aku seorang muslimah kerana aku Islam.

Aku punya Allah. Hidup dan matiku hanya untuk Allah. Aku berpakaian mengikut syariat Islam, aku menutup aurat kerana itu kewajipan aku. Tidak perlu dipaksa kerana itu adalah perkara WAJIB dan perkara wajib itu tidak ada alasan untuk ditinggalkan. Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam meski diri ini masih lagi terkapai-kapai mencari keredhaan Illahi.

Aku seorang pelajar.

Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti meskipun keputusan SPM aku biasa-biasa saja. Namun, aku masih lagi gagal. Gagal kerana aku tidak berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minati. Jurusan yang aku belajar sekarang jauh lari daripada apa yang aku inginkan. Membuatkan aku stress kerana aku tidak mencintai apa yang aku belajar sekarang. Aku benci, aku tertekan.

Walaupun aku masih boleh catchup apa yang pensyarah aku ajarkan, tetapi passion nya tiada. Aku tidak ghairah. Tidak ghairah untuk mendalami apa yang aku sedang belajar, tidak ghairah menyiapkan segala tugasan yang aku dapat. Membuatkan aku malas hendak menyiapkan segala kerja yang aku dapat. Malas, malas, benci, benci. Kenapa, kenapa dari dulu lagi aku selalu buat apa yang aku tidak suka. Akhirnya aku yang tertekan. Ahh!

Sehingga suatu hari aku terpana dengan status seorang artis Muslimah, Heliza di laman facebook.

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?

Aku menangis. Malu rasanya. Aku hamba Allah yang tidak bersyukur. Aku muslimah looser kerana merungut terhadap apa yang Allah kurniakan kepada aku. Ya Allah, tetapkan imanku ini.

Aku seorang anak...

Anak kedua dari empat adik-beradik. Aku punya seorang abang dan seorang adik lelaki dan juga perempuan. Aku sangat menyayangi keluargaku. Siapa yang tidak sayang kelurga mereka. Kalau sayang, mestilah bicara baik-baik, kalau sayang mesti selalu ungkapkan rasa cinta, kalau sayang mesti selalu tolong-menolong.

Namun aku bukan begitu. Biacaraku biasa-biasa sahaja terhadap kedua ibu bapaku, bahkan kadang-kadang kasar, dan aku tahu aku mengguris hati mereka. Aku tahu, mereka sedih dan aku hanya mampu menangis di balik pintu. Kerana aku malu... Malu untuk mengungkapkan rasa maaf apabila aku menyakiti meraka, aku malu meluahkan rasa cinta kepada meraka, dan aku malas..malas menolong mereka melakukan kerja rumah.

Ahh.. Aku muslimah looser. Aku muslimah looser kerana aku tidak berasa malu mengungkapkan kata maaf kepada sahabatku tetapi begitu berat untuk diungkapkan kepasa ibu bapa ku begitu juga rasa sayang. Dengan sahabat, aku lain. Aku lembat lembut, aku tidak sampai hati menyakiti mereka. Bukan fake, atau plastik tetapi itu memang perwatakanku dengan mereka. Semulajadi.

Setiap malam aku menangis. Mengenangkan setiap salah dan dosa aku kepada mereka. Aku looser kerana aku hanya mampu menangis tetapi tidak berani untuk berdepan dengan ibu bapaku. Tetapi itu tidak bermakna aku tidak menyayangi mereka. Tidak! aku sangat mencintai mereka dengan sepenuh hati. Aku tidak pernah lupa untuk mendoakan mereka dalam setiap doaku, setiap hari. Aku berdoa biarlah Illahi menjemput aku dahulu kerana aku tidak sanggup kehilangan mereka dan aku tidak tahu bagaimana hidupku tanpa mereka.

Ibu ayah... ketahuilah aku sangat menyanyangi kalian. Walau apa jua tingkah ku, namun hatiku sentiasa rasa berdosa atas setiap lakuku. Ampunkan dosa anakmu ini ibu ayah..

Dalam hati, aku berdoa moga Allah pertemukan kita sekeluarga di syurga nanti. Amin...
Penulis : 
Syaza Latif
Seorang penuntut di Uitm dalam kos Perakaunan.


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Cantiknya seorang wanita


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM


Wanita dan kecantikan sangat sinonim. Dua-dua ini tidak akan terpisah dan tidak boleh dipisahkan. Kecantikan adalah aset dan lambang kewanitaan.

Wanita yang berasa dirinya tidak cantik akan berasa sedih dan merendah diri. Mereka mudah malu dan hilang keyakinan berhadapan dengan orang ramai. Mereka seakan berasa persepsi orang terhadap mereka buruk-buruk belaka.

Berbeza dengan wanita yang cantik. Langkah mereka penuh dengan gaya dan bertenaga. Senyuman mereka tidak putus-putus menghiasi waja. Sungguh berkeyakinan. Mereka sentiasa yakin bahawa orang ramai suka melihat diri mereka.

Pada sisi saya, sebagai seorang lelaki. Berbohong jika saya cakap tidak tertarik dan suka kepada wanita yang cantik. Kerana itu memang lumrah seorang lelaki. Dan itu juga satu sebab kenapa wanita sering menonjolkan kecantikannya.

Tapi ingat satu perkara...

"Wanita yang tidak cantik luar tetapi cantik dalam masih lagi dapat dilihat kecantikannya. Berbanding wanita yang cantik luar tapi buruk dalam, mereka hodoh sebenarnya!"

Kecantikan dan Wanita...

Kecantikan itu aset dan keagungan wanita. Ketahuilah bahawa kecantikan seorang wanita bukan terletak pada wajahnya tetapi kelembutan jiwanya!

Saya tertarik satu rangkap daripada lirik lagu
"Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan"

Apabila kecantikan pun perlukan perhiasan, maka kecantikan itu belumlah sempurna. Maka kita tahu kecantikan itu tidaklah cantik tanpa kelembutan jiwa dan tingkah lakunya. Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan kita, bahawa paras rupa juga bukanlah suatu nilaian yang hakiki. Fizikal bukanlah fokus pandangan Ilahi tetapi ianya terletak di dasar hati seorang hamba.

Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: "Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu."
(Hadis Riwayat Muslim)

Fikirkan
Cantikkah seorang gadis remaja yang sering melepak dan berpeleseran di luar sana?
Cantikkah seorang isteri yang sering derhaka dan melawan cakap suami?
Cantikkah seorang ibu yang sering menengking dan mendera anaknya?
Cantikkah seorang wanita yang gemar mengeluarkan kata-kata keji dan kesat?
Cantikkah wanita yang berpakaian dan berperangai seperti lelaki?

Tidak walaupun sesekali.

Wanita yang hilang sifat kelembutan jiwanya akan menenggelamkan kecantikan luarannya.

Bahkan seorang wanita yang lembut jiwa, malu apabila dirinya kelihatan cantik kerana lembut jiwa ia hanya menumpu kasih pada bakal sang suami. Bukan lelaki ajnabi. Mereka tidak rela 'cantik' mereka dinodai oleh mata-mata asing. Hatta lelaki yang bersifat 'kaki perempuan' juga lebih memilih seorang wanita yang bijak dalam tindakannya, indah tutur bicaranya dan mulia perilakunya.

Jangan cemburu apabila diri mu tidak cantik duhai wanita kerana cantikmu bukan di situ. Tetapi di dalam hati. Lelaki yang baik akan menilai hatimu yang cantik bukan rupamu.

"Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu meluluh,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Jika hati itu bersih..."

Hiraukan kata-kata cemuhan dan sindiran. Kerana mereka buta mata hati. Percayalah hanya jodohmu akan bijak menilai dirimu. Justeru, tidak perlu bersusah payah bersolek sebelum nikah, tetapi bersusah payahlah untuk membina 'cantik' serinya yang bermula dari hati.

Sesungguhnya hati yang bersih akan mencerminkan keindahan peribadi, dengan cerminan itulah dirimu lebih cantik daripada wanita yang hanya cantik dipandang semata-mata namun 'kurang cantik' dalam menghiasi diri dengan kemuliaan akhlak.

Senyumlah, dan jadilah wanita yang cantik pada pandangan Allah.

Penulis :
Kamal Arif Putera Bin Nor Akmal 
Merupakan mahasiswa Diploma Al-Quran Wal Dakwah di Darul Quran dan salah seorang alumni SBPI Rawang.


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Nikmatnya perpisahan insan ' berCOUPLE '


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM



"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."

"Kenapa pulak?"

"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."

Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..

Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.

Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.

~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.

Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.

Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.

Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)

"Biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."

Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.

Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.

Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.

" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.

(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"

Wallahu Ta'ala A'lam

Penulis :
Mohamad Aswan Bin Taggiling
Merupakan seorang pelajar di SematQuran (SQ) Ampang, Selangor dalam bidang penterjemahan Al-Quran.


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

reka DOODLE ! !

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM

Lama farah ta meng - Update blog , okehh kali ni farah nak tunjuk doodle - 2 yang farah buat . 
ta la cantek mana pun . ta kesa la cantek ka ta kan . asalkan da cuba . . itu ja yang mampu .


Ni yang perempuan . farah ada buat pasangan dia . . kat bawah ni . . ta la cantek macam 
yang dah pro kan .



ni la pasangan dia . sweet ta ? ha . . baju da sama . doodle yang bertemakan muslim dan muslimah , setakat ni , ini ja yang mampu . nanti cuba lagi :) okeh la . bye .

wassalam


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

pesanan buat suami

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM
PESANAN BUAT SUAMI



-Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

WASSALAM


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM

Cerita sekadar berkongsi pengajaran dan peringatan ♥

Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan ..


Bulan 1: Bu , panjang adik cuma 2cm , tp adik sudah ada dalam
badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang mnemani adik di sini ..

Bulan 2: Bu , adik dah boleh merasa jari jemari , disini terasa hangat bu , nanti kalau adik dah keluar , ibu janji nanti kita main sama2 ye ..

Bulan 3: Bu , biar pun adik blm
tau jenis jantina adik , tp apapun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan .. Jgn menangis ya bu , kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis ..

Bulan 4: Bu .. rambut adik dah mula tumbuh , adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan ..

Bulan 5: Bu .. tadi jumpa dokter ya , doktor cakap apa ..? Αpa benda D&E tu bu .? Αdik tak kan di apa-apa kan ya bu ..?

Bulan 6: Ibu jumpa dokter tu lagi ya ..? Bu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di sini sihat-sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam ..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik , bu tlong adik , adik takutt .. Benda tajam tu pula memotong kaki adik , sakiittt bu .. Walaupun adik dah tiada kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk ibu .. Bu, kenapa benda itu skrg memotong tangan adik , ibu tolong adik .. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu .. Tapi , biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu , mendengar suara ibu , tapi .. Benda itu skrg sdh mula memotong memutuskan leher adik , ibuuuuuu .. Maaf bu .. Beri lah adik kesempatan hidup , adik syg ibu , adik teringin nak memeluk ibu ..

Bulan 7: Bu , adik di sini sihat-sihat je, adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga , Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu , Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga , memeluk , memegang tangan , menggendong adik dgn lembut , dan lalu Tuhan membisikan memberi tahu apa itu D&E .. Kenapa ibu tetap melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik ..? Αpa salah adik bu ..? Ibu bertaubat ya , semoga Tuhan menempatkan ibu di sini , nanti kita main-main disini , dan jangan lupa , ajak ayah juga ya bu .. ♥

* terlalu cepatkah seorang bayi yang belum smpat di lahirkan ke dunia ini mendapatkan perlakuan sekeji itu dari ibu bapa kandungnya ..???



Allahurabbi ~ Sedihnya baca nie :'( . Alahai , kesian kat baby tu ♥

“Wa la taqrabu al-zina (Janganlah kalian mendekati zina)”.
JAUHILAH ZINA WAHAI DUA ANAK MANUSIA


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

kisah pensil dan pemadam

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM



Pensel : Saya minta maaf.
Pemadam : Utk apa? Awak tak buat salah pun.
Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.
Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak brsedih.

# Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan..mereka adlh ibarat pemadam terbaik utk anak-anak mereka..Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...

# Jagalah ibubapa anda & balaslah jasa mereka dgn kebaikan...

#begitula juga sahabat



WASSALAM


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

doodle pertamaku


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM

okeh | doodle pertama farah ! ! first time ward . . yang diajar oleh adik farah | NUR AMIRAH | . .
doodle yang bertemakan pakaian KORPORAT ! ! sekolah farah . SMTT :)

ha . . comel t ? ? ( saja nak perasan sendiri ) . . :) , rindu sekolah nyer pasaikan . . e2 yang jadi cam ni tu .
k la . . setakat ni dulu kot . 

WASSALAM :)


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

kisah kiamat 2012

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat pengunjung blog sekalian.
Tahun 2012 ni boleh jadi merupakan satu tahun yang amat-amat kontroversi. Apa taknya, satu dunia di momokkan dengan idea, kononnya tahun 2012 ini adalah tahun berakhirnya usia dunia atau dalam kata lain inilah tahunnya Bumi bakal kiamat.
Of course ramai lagi yang masih belum puas dengan kehidupan di dunia ini. Walaupun ura-ura Bumi akan kiamat pada tahun 2012 meniti di bibir-bibir orang-orang yang kurang ilmu, namun sambutan bagi menyambut ketibaan tahun 2012 tetap sama macam tahun-tahun  sebelum ni.
Mercun, pertunjukkan bunga api, konsert, minum arak, maksiat, zina dan macam-macam lagi masih lagi tetap menjadi pengiring kepada kedatangan tahun baru. Macam ni ke persediaan kita untuk menyambut kedatangan hari besar, iaitu hari yang tiada hari lain selepasnya?

Sebenarnya, fenomena bakal berlakunya hari kiamat semuanya adalah satu ramalan berlaka, dan ianya bersumberkan satu catatan kalendar kaum Maya. Menurut pengiraan yang dilakukan berdasarkan pada kalendar tersebut, adalah diramalkan kononnya akan berlaku satu fenomena alam yang dikatakan berlaku selang 5,125 tahun.
Fenomena alam tersebut merujuk kepada satu kejadian yang mana pada tarikh itu akan berlaku jajaran galaksi di mana sistem solar kita – matahari, bumi, bulan bersama planet-planet lain, akan berada pada garisan ‘Galactic Beam’, sejajar dengan titik pusat galaksi.
Namun demikian, menurut sumber dari Pihak NASA, mereka sendiri telah menafikan bahawa kejadian seumpama ini bakal berlaku.
Sebagai penganut agama Islam, sebarang bentuk ramalan sama ada menggunakan kaedah penafsiran kalendar kaum Maya ataupun sama ada melalui persepsi manusia atas apa yang berlaku disekitarnya adalah bukan satu kewajipan dan sesuatu yang patut kita imani (percaya).
Sedangkan, apabila Nabi Muhammad s.a.w sendiri ditanyakan oleh Malaikat Jibril perihal tentang kiamat, baginda sendiri menyatakan
Yang ditanya tidaklah lebih mengetahui dari si penanya
Mendengar jawapan tersebut, lalu Jibril pun berkata, “kalau begitu khabarkanlah kepada saya tentang amarahnya (tanda-tandanya)”
Malahan dalam surah al-a’raaf melalui ayat yang ke 187, Allah s.w.t telah berfirman bahawa pengetahuan berhubung hari Kiamat hanya terdapat disisiNya. Bermakna tak ada satu makhluk, benda, mahupun alat yang boleh mengetahui, meramal dan mengesan bilakah akan berlakunya Hari Kiamat.
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. surah al-a’raaf ayat 187
Mungkin jugak ada antara kita yang tak senang hati dengan huru-hara yang digambarkan oleh pengarah filem 2012, Roland Emmerich yang penah menjadi satu topik perbualan yang hangat satu masa dulu disekitar tahun 2009. Namun apa yang pasti, pengarah filem tersebut mungkin kini sedang ketawa gembira kerana filem yang diarah olehnya berjaya mengaut kutipan lebih kurang USD769 Juta. 

Allah s.w.t. berfirman dalam surah At-Taubah ayat yang ke 51

Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.  At-Taubah ayat 51
Berhubung dengan ramalan-ramalan dan hal-hal yang bersangkutan dengannya, rasulullah s.a.w. ada bersabda yang menyentuh perihal tersebut iaitu
Sesiapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-tayrah (ramalan buruk kerana sesuatu), maka dia telah berbuat syirik. (riwayat imam ahmad)
Kesimpulannya, kita biarkanlah ramalan mengenai kiamat tu semua di imani oleh orang-orang yang tak mahu beriman dengan apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sahaja. Selaku penganut agama Islam, kita ada rujukan kita sendiri yang lebih baik.
Sabda Nabi seperti yang terdapat dalam kitab al-Muwattha’ oleh Malik bin Anas,
Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya
Jadi apa lagi yang kita nak? Masih lagi nak dengar dakyah dan pembohongan orang-orang kafir yang bersekongkol dengan syaitan?
Sedarlah.. sesungguhnya iman itu sangatlah mahal jika nak ditukarkan dengan mempercayai benda-benda karut macam ni.
Wallahua’lam jom tgk video nie



terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

jiwa aku , jiwa seni


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM

" jiwa aku , jiwa seni " statement yang entah apa - 2 bila di fikirkan balik . farah mengaku , memang farah seorang yang sangat minat kepada benda yang BERSENI . jadi sesiapa yang tidak memahami jiwa seorang seni , hampa takan pernah memahami bagaimana terasa TERUJA melihat keindahan LUKISAN yang dipanggil KREATIF .

farah corakkan kehidupan farah bagaikan BEWARNA WARNI . seperti pelangi . tapi susah untuk memahamkan seseorang yang tidak seJIWA dengan farah . SUSAH !

kadang - 2 terasa menyampah bila sembang dengan orang yang tidak tahu seni itu apa . . pergi lah budak ! ! menyampah terasa .

setakat ni , ini saja yang farah TAKE PHOTO untuk lukisan farah . yang lain diLAIN hari saja la . . biasa lah guna | PHONE MURAH | mana nak ada camera nya pun , guna PHONE ayah or adik ja pun . ( cam MINTA simpati ja pun ) tada niat pun oke .


28 hB 8 1995 , ni da lepas dah . farah buat untuk kawan baik farah | Intan Suhazahwa | masa hari jadi dia yang ke 17 , buat tanpa mengetahuan dia , padahal dia dok depan farah ja pun . . tengok arw , pandai ta secret . . hihixxx


ni yang dah macam tertulis at " disebabkan LUKISAN kita gaduh "


ni farah buat untuk adik farah hari tu | gedik na sangat la kan | . . so buatkanlah . . t nages pulak susah nak dipujuk karang .


ni yang farah nya , entah - apa - 2 dah . okeh serabut !

k la . . nak pi kemas barang ! night . . 


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

disebabkan LUKISAN kita gaduh

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM

Macam dah tertulis kat atas tu , disebabkan sekeping LUKISAN boleh bawa pergaduhan .farah pun tak tahu apa yang dipikirkan siKEPING ni . sebab lukisan pun bole gadu . salah faham yang agak terburu- buru . na tahu lukisan apa ? ? hanya DOODLE yang tak berapa nak kreatif ja pun .


Okehh ! farah tahu cantik ( hahak . perasan sesorang ) tak cantek pon . juz simple always ! ! disebabkan LUKISAN ynag tak seberapa ni la farah boleh gaduh dengan siKEPING tu . mungkin dia salah faham dengan perkataan diatas tu . . | DIDO | what ? ? oekhh . . farah buat tu sebenarnya untuk kawan farah 
( Budak muka buku ) dia suruh buat selepas tengok satu lukisan farah nie . .


Nie la lukisan yang farah maksudkan tu , firts budak tu tengok lukisan ni so dia suruh farah buatkan untuk dia . ishh , , suka sangat siKEPING ni bersangka buruk at farah . ALBUM !

farah suka dengan lukisan , jadi farah akan buat kat sapa - 2 ja kalau diminta , sementara farah tengah free tunggu result SPM ( Sijil Perkahwinan Malaysia ) hihixx . . amboi ! gatai dah nak kawen . . aihhhss melalot merata , okeh kembali ke TAJUK asal . . oke . . da KEBUNTUAN . . 

bak kata SYAFFIQ TATAM : kalau disebabkan lukisan awak gaduh . cuba dengan lukisan juga awak berdamai .
Insya - Allah farah cuba :)

k lah , apa - 2 pun seni , lukisan , graffik dan apa - 2 yang berkaitan MELUKIS adalah jiwa farah . tada sapa boleh menghalang dari farah terus MELUKIS okehh . . fahami jiwa farah . baru hampa kenal farah .

jangan SALAH FAHAM disebabkan sekeping lukisan . juz berfikiran OPEN . hampa boleh POSITIFkan diri .

okeh . WASALAM :)






terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

harga seorang wanita tidak ternilai dengan wang ringgit

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM



LELAKI: saya nak bagi rm6000 untuk hantaran awak
Perempuan: rm6000?? semurah itukah saya???
L: errrmmm...ok...rm10 ribu
P: kalau rm10 ribu....rantai leher saya pom rm10 ribu...kiranya saya ini hanya seperti rantai leher?? yang akan awak hancurkan bentuknya dan buat lain apabila puas dengan bentuk yg lama??
L: ok..!!....rm20 ribu
P: kereta VIVA saya berharga 40 ribu....bermakna saya lebih murah dari kereta VIVA disisi awak
L: ok...rm50 ribu
P: adakah itu harga saya??? bangunan KLCC tupun berharga jutaan ringgit...
L: ok...baiklah....awak letaklah sendiri berapa harga awak...saya akan bayar!
P: ...diri saya TERLALU mahal.....sehingga awak x dapat nak BELI....cukuplah awak bagi rm100 ringgit sahaja....bukan kerana harga saya....tapi kerana perintah Agama yg mewajibkan mas kahwen~





ALHAMDULILLAH :)


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Rindu seorang isteri

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM


Si isteri rindukan suami. lalu, dia berniat untuk menghantar mesej kepada suaminya yang sedang bekerja. Setelah cuba untuk menaip, dia meletakkan semula handphonenya di atas meja tanpa menghantar mesej yang telah ditaip sebentar tadi. 
~ Dipetik dari Suami Isteri Bahagia

''sayang rindu abang, tapi tak mungkin sayang ganggu abang bekerja. abang, jangan lupa sayang tau'' bisik hatinya.'tut tut, tut tut' tiba-tiba satu mesej masuk ke dalam handphone. si isteri membacanya dan tersenyum.

''sayang, abang dapat mesej dari hati yang sayang rindukan abang. sayang jangan risau ya, abang pun rindukan sayang''

sweetnya ! ! :)


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

´