KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA

Assalamualaikum :)



- Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

- Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

- Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

- Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

- Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

- Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami.....

1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

So suami, pandai2 lah ye.





terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Ragam orang yang nak mendirikan masjid


Assalamualaikum :)




Ta'aruf:
A: "Berapa lama kenal dengan lelaki tu?"
P: "Tak sampai dua bulan."
A: "Tak sampai dua bulan kenal da nak kawin??? Kau biar betul??? Kau tak kenal isi hati die lagi."
P: "Takpe. Da solat istikharah. Allah permudahkan."
A: "Memang la, tapi kau mane tahu kalau kau suke die ke tak nanti!"
P: "Takpe... Cinta lepas nikah lebih afdhal."
A: "Kau jangan menyesal bile da kawin nanti tau."

Tak semestinya kenal lama akan menjamin kesejahteraan rumahtangga. Percintaan selepas nikah tu kan yang dipenuhi dengan barakah? Tidak kita percaya dengan janji Allah? Tawakkal.


Hantaran:
B: "Duit hantaran berapa?"
P: "Takde duit hantaran. Ikut sunnah Rasulullah. Amek yang wajib je."
B: "Memang la ikut Rasulullah. Ustaz XX pun kasi duit hantaran RM7000. Ni semua kan harga diri."

Bila harga diri dikaitkan dengan wang ringgit, bukan kah itu sudah menggadai harga diri sendiri?

Niqab dan Make up:
C: "Pakai niqab tak nanti kawin?"
P: "Pakai..."
C: "Nak pakai buat ape. Kau da dapat suami, nak tutup muke lagi buat ape?"
P: "Takpe. Bakal suami kasi pakai."
C: "Muke lawa2 gi tutup buat apa.
P: "Kalau tak pakai niqab pun memang tak boleh make up tebal2."
C: "Ape pulak. Ramai Ustaz2 yg izinkan isteri dorang make up pengantin macam biasa!"

Hanya kerana Ustaz2 membenarkan isteri2 mereka bertabarruj, ia masih tidak menghalalkan apa yang haram. Ustaz2 juga manusia biasa.

Persandingan:
D: "Buat apa nak asing2 kan lelaki dari perempuan? Takde karaoke semua? Tak meriah kan."
P: "Taknak ade pergaulan bebas lelaki dengan perempuan. Dan taknak ade lagu2 yang menglalaikan"
D: "Suami isteri yg datang macam mane???"
P: "Takpe. Lepas makan, berbual kejap, ambil gambar, boleh bawa diri."
D: "Kan menyusahkan."

Kesusahan dunia tidak boleh dibandingkan dengan kesusahan di akhirat. Jangan hanya kerana satu hari, kita menempah nama di neraka.

Maaf pada siapa2 yang terasa. Tak bermaksud pun. Benda yang da terbuat, kita taubat. Benda yang belum terjadi, kita ubah jadi lebih baik. InsyaAllah.


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

´