DONE : Hospital Bag (Ibu)

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Untuk hari ni aku nak listkan Hospital bag untuk ibu-ibu bawak nanti , list ni berdasarkan apa yang aku bawak nanti . Apa yang aku dah packing-packingkan . Hospital bag untuk baby aku dah buat kat pos yang sebelum-sebelum ni . Boleh klik SINI kalau nak tengok ^_^

Sekarang pon baby dah 38 weeks 3 days , menanti hari je ni . Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan . Aminn

BARANGAN ASAS UNTUK IBU

1. Set Selepas Bersalin : Beli set bersalin jenama AFIAT , dalam set tu ada 10 barang (Bedak Hangat AFIAT , Pil Jamu AFIAT , Makjut Bawang Putih , Minyak AFIAT , Akar Kayu Periuk AFIAT , Barut AFIAT , Tali Pembentan AFIAT , Pati AFIAT Balm , Feminine Care & Gel Mandian Serai Wangi)
2. Bengkung : Yang ni nanti mak beli kat kawan dia .
3. Baju Sejuk : Pakai mana yang ada ja .
4. Tungku : Ada tapi turun-temurun punya , takut tak panas dah ja . Tapi dah minta nak pinjam kat kak ipar suami .
5. Selipar 
6. Kain Batik 
7. Maternity Pad : Dah beli 2 pack (20pcs) , selebihnya beli pad biasa ja .
8. Stokin : Beli jenis yang laki punya , tapi bukan stokin bola ea .
9. Minyak Urut : Ambik dalam set berpantang tu ja , Minyak AFIAT .


BEG HOSPITAL IBU

1. Buku Merah 
2. Kad Pengenalan 
3. Telefon Bimbit & Charger
4. Baju Tshirt / Blouse : 2 helai lengan panjang .
5. Stokin Tebal : 2 pasang .
6. Kain Batik : 3 helai .
7. Baju & Seluar Dalam : 2 pasang
8. Tudung / Inner Tudung : Tudung Sehelai , Inner Sehelai .
9. Peralatan Mandi (Berus Gigi , Ubat Gigi & Sabun Mandi)
10. Majalah , Buku , Surah Yassin
11. Tuala Mandi : 1 helai
12. Materniy Pad : 1 pack (10pcs)
13. Tuala Muka
14. Selipar
15. Beg Plastik
16. Sikat / Bedak
17. Breast Pad Disposable
18. Minyak Angin
19. Getah / Sepit / Cekak Rambut
20. Disposable Panties : 2 pack (10pcs)
21. Baju Balik Rumah @ Keluar Hospital : 1 helai baju lengan panjang + Seluar Palazo .
22. Nursing Cover
23. Extra Pampers Baby : Ni sepatutnya dalam Bag Hospital baby , tapi dah tak muat boh jala dalam bag ibu dia .
24. Extra Baju Baby (Dalam zip-lock pouch) : Ni pon sepatotnya dalam bag baby .
25. Krim Herba Tropika (Baby Cream)
26. Bepanthen (Nipple cream & Nappy rush cream)
27. Baby Bottle : Beli yang paling comel , kecik je

Dan aku ada buat satu zip-lock pouch untuk KEPERLUAN IBU . Dalam ni aku letak :-

1. Beg Baju Kotor
2. Beg Plastik
3. Breast Pad
4. Cotton Bud
5. Sikat Rambut
6. Getah & Sepit Rambut
7. Berus & Ubat Gigi
8. Pantyliner (extra) saja bawak

BAKUL HOSPITAL IBU

1. Bakul
2. Air Anugerah
3. Makanan & Minuman : Bawak milo , gula & biskut kering je , letak dalam balang kecil comel-comel .
4. Termos Air Panas : Amek mak punya .
5. Tisu 
6. Cawan & Sudu 
7. Air Yassin / Air Zamzam 
8. Air Selusuh 


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Checklist : Barang Keperluan Masuk Rumah Baru / Sewa

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Barang keperluan masuk rumah baru / sewa
Memandangkan aku akan berpindah ke rumah sendiri (rumah sewa je) kat ipoh dan hidup berdikari bersama suami tercinta (sekarang dok ngan mak abah) jadi aku nak buat check list untuk diri sendiri laaaa , barang apa yang nak dibeli dan dibawa masuk nanti .

Rumah sewa tu sebenarnya suami aku dah duduk sejak tahun lepas lagi dengan kawan dia . Aku duduk dengan family aku , sebab masa tu aku kerja lagi kat Parit Buntar . Sebenarnya aku dah nak resign dah lepas kahwin hari tu , tup2 dapat tahu pregnant (bunting pelamin) terus rasa sayang nak berhenti kerja . Risau nanti orang dah tak nak amek aku kerja sebab mengandung , takan sembilan bulan nak dok umah ja kan , baik aku cari duit untuk beli barang baby + barang rumah nanti .

RUANG TAMU
1. Tikar : PENDING , yang ni tunggu suami ukur keluasan rumah tu dulu baru boleh beli . Kang terbeli banyak takut membazir pulak kan .
2. Carpet : DONE , sekarang dah ada selai kat rumah . Saiz besar , boleh la buat lending-lending depan ruang tamu tu .
3. Langsir : PENDING
4. Bidai : PENDING
5. Rak Kasut : PENDING
6. Televisyen : DONE , tv ambil kat rumah mak je . Tv kecil yang biasa tu je , asalkan ada hiburan sikit .
7. Antena : PENDING
8. Rak Televisyen : PENDING
9. Astro : PENDING , tak tahu lagi macam mana . Kena bincang dengan suami dulu .
10. Alas Kaki : PENDING
11. Meja Kopi : PENDING
12. Bunga Hiasan : PENDING
13. Gambar Kahwin (Frame) : DONE ,Dah ada satu kat rumah mak mertua , lagipun boleh print sendiri . Frame dah ada . Jimat .
14. Frame Allah / Muhammad @ Ayat Al-Quran : PENDING
15. Bangku / Kerusi Comel : PENDING
16. Sofa : PENDING
17. Kipas : TAK PERLU , Kat ruang tamu dah memang ada kipas siling , rasanya tak perlu kot . Kecuali kalau panas je , mungkin diperlukan .
18. Cermin Besar : PENDING (cermin hiasan)
19. Jam Dinding : DONE


MASTER BEDROOM
1. Katil : PENDING
2. Tilam : PENDING
3. Bantal : DONE , bawa dari rumah mak je .
4. Almari Pakaian : PENDING
5. Meja Solek : PENDING
6. Rak / Laci : PENDING
7. Penyangkut Tudung : PENDING
8. Penyangkut Baju : DONE , sekarang mungkin dah ada sebab suami dah duduk kat rumah tu kan .
9. Penyidai Sejadah & Telekung : PENDING
10. Cadar / Sarung Bantal : PENDING
11. Comforter : PENDING
12. Kipas : DONE , memandangkan bilik tak disediakan kipas angin . Jadi aku dah beli kipas berdiri yang tinggi tu untuk letak dalam bilik  nanti .
13. Jam Dinding : PENDING , untuk bilik tak beli lagi . Just beli untuk ruang tamu & dapur je dulu .
14. Bakul Sampah : DONE , tapi beli satu je .
15. Seterika : DONE , iron ambil yang dapat cabutan bertuan masa Annual Dinner tahun 2016 hari tu .
16. Iron Board : PENDING
17. Toto : DONE , yang ni aku beli kat Nilai .

DAPUR
1. Dapur Gas : DONE , dapat hadiah kahwin . Kawan mak bagi .
2. Tong Gas : DONE , yang ni suami bawa dari rumah mak dia nanti yang kosong .
3. Peti Sejuk : PENDING , ni tunggu lepas aku dah berhenti kerja baru fikir .
4. Set Pinggan Mangkuk : DONE , dapat hadiah kahwin . Set pinggan mangkuk la yang paling banyak orang bagi , aku bawak yang perlu ja dulu . Kalau nak bawak semua jenuh jugak la kan , lagipun aku ada beli set pinggan mangkuk plastik .
5. Set Cawan Gelas Jug : DONE , dapat hadiah kahwin . Mak sedara aku bagi , cantik sangat .
6. Set Pisau + Tempat Pemotong : DONE , yang ni aku beli sebelum kahwin lagi kat Langkawi .
7. Set Kuali : DONE 
8. Set Periuk Belanga : DONE , yang ni mak aku belanja . Dia beli yang tiga beradik tu . Colour merah , cantik .
9. Periuk Nasi : DONE , dapat hadiah kahwin 2 buah . Sekarang satu dah ada kat rumah sewa , suami aku guna . 
10. Water Heater : DONE , 1 dapat hadiah kahwin tapi yang jenis ada 2fungsi (air panas + air sejuk) adik + mak bagi hadiah . 1 lagi jenis cerek elektrik tu , yang ni aku beli kat Mydin .
11. Set Balang Kecil & Besar : PENDING , ada beli satu je untuk gula .
12. Tupperware : PENDING
13. Set Pencuci Pinggan Mangkuk : DONE , span cuci pinggan + berus bontot kuali + berus singki . 
14. Microwave : PENDING
15. Blender : DONE , dapat hadiah kahwin . Abah + adik bagi hadiah .
16. Lesung Batu : PENDING
17. Set Sudip + Peralatan Masak : DONE , mak belanja .
18. Toaster : DONE , dapat hadiah kahwin 2 buah . 1 bagi mak .
19. Kain Pengelap : PENDING
20. Set Sudu : DONE , mak bagi yang besi tu je . Sudu + Garfu . Tadak la beli yang jenis ada tempat gantung tu .
21. Set Rempah Ratus : DONE , beli kat Mr. DIY .
22. Rak Pinggan Mangkuk : DONE , abah belanja .
23. Bakul Penapis : DONE
24. Dulang : PENDING
25. Jam Dinding : DONE
26. Bakul Sampah : DONE , hari tu suami hantar gambar dapur . Rasanya macam dah ada .
27. Tudung Saji : DONE
28. Tisu Dapur : DONE
29. Mug : DONE , ni benda wajib ada . Sebab aku jenis suka minum dalam mug , tak suka pakai cawan plastik . Kat rumah mak dah banyak sangat aku beli , sebab asyik jatuh pecah je . huhu
30. Penapis Air Teh/Kopi : PENDING
31. Aluminium mat (pelapik dapur gas) : DONE , beli kat Mr DIY je murah Rm 2.10 (70x55cm)
32. Kitchen Wall Sticker : DONE , beli kat Mr DIY .


BILIK AIR
1. Set Mandian : DONE , suami aku punya .
2. Set Detergent + Pencuci Bilik Air : PENDING , tapi aku tak pasti la kalau suami aku dah beli kan .
3. Gayung : DONE
4. Set Rak Untuk Bilik Air : PENDING
5. Cermin : PENDING
6. Penggantung Baju : TAK PASTI
7. Slipper : PENDING
8. Berus Bilik Air : TAK PASTI

LAUNDRY
1. Penyangkut Berklip : DONE , nanti bila aku dah pindah sana baru aku bawak . Pakai yang dah ada ja sebab aku baru ja beli hari tu .
2. Penyangkut Baju : DONE , tapi mungkin aku akan beli lagi nanti .
3. Bakul Laundry : DONE , pakai yang dah ada ja .
4. Sabun Cuci + Pelembut Pakaian : DONE 
5. Penyepit Baju : DONE
6. Mesin Basuh : DONE , suami aku beli sejak sebelum kahwin lagi .
7. Baldi : DONE
8. Berus Baju : DONE
9. Besen : PENDING

LAIN-LAIN KEPERLUAN

1. Penyapu Sampah : TAK PASTI
2. Penyodok : TAK PASTI
3. Mop : TAK PASTI
4. Bakul Sampah : DONE
5. Plastik Sampah : DONE
6. Pencuci Lantai : PENDING
7. Bulu Ayam : PENDING
8. Extension Plug : DONE
9. Paip Getah : DONE
10. Langsir + Bidai : PENDING


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Pengalaman Scan 2D/3D/4D *First Baby

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Ni la pengalaman paling best sekali , sebab nak tahu sangat jantina baby . Nanti senang nak beli barang-barang dia , dalam hati dok berangan-rangan kalau baby girl nak beli semua colour pink . hihi , sebab ibu dia memang feveret colour tu .

04 DECEMBER 2017 (24 Weeks)

Mula-mula memang nak buat 3D/4D scan , tapi memandangkan bajet tak cukup masa tu . Sebab dah plan nak beli barang baby hujung bulan 12 , jadi buat la 2D dulu . Mana tahu ada rezeki dapat tengok jantina baby , nanti-nanti buat lagi sekali untuk 3D/4D pulak .

Masa ni pergi abah yang hantar . Buat dekat klinik swasta : Klinik Dr Jammy Suzana , Taman Ilmu Nibong Tebal , untuk 2D scan Rm60.00 je . tapi staff dia dah pesan , kalau bernasib baik nampak la jantina sebab kadang-kadang baby kepit ataupon posisi dia meniarap . Aku pon oke kan je la , sebab kalau boleh nak sangat tahu . Senang nak cari baju-baju baby yang sesuai .

Bila tiba giliran aku untuk jumpa doktor , dia punya excited tu taktau nak cerita . Doktor dia mesra + lembut sangat . Bila time scan tu macam biasa la Dr akan ukur saiz baby + check air ketuban + check kedudukan uri . Tapi aku dengan excitednya terus tanya "boleh tengok jantina baby tak?" apa yang Dr terang tadi dengar tak dengar ja . Tapi alhamdulillah semuanya baik-baik ja .

Dan sekali lagi alhamdulillah , anak ibu bukan lah jenis pemalu sangat nak tunjuk jantina dia . Sebab baby duduk terkangkang masa tu , hihi . Dr tunjuk kat aku , dan dia kata "ni telur dia , dan yang kecik ni bebird dia . InsyaAllah baby boy ni" . Aku masa ni dalam hati bersyukur sangat , rasa macam nak nangis pon ada . Sebab kalau boleh abah nak cucu lelaki (sebab anak-anak dia semua perempuan) dan suami aku pon kata kalau boleh nak anak lelaki sulung , boleh jaga adik-adik (ni pon tak keluar lagi dah pikir adik-adik) . Dia punya happy tu rasa macam nak cium-cium Dr tu , aku dengan excitednya terus wasap suami aku bagitau dia .

24 JANUARY 2018 (31 Weeks 5 Days)
Klinik Dr Jammy Suzana , Taman Ilmu Nibong Tebal

Untuk scan 3D/4D ni kena buat appointment , tak macam scan 2D hari tu just daftar dan terus scan . Aku buat appointment 18 January 2018 dan dia bagi date suruh datang balik pada 24 January 2018 12.30pm . Kali ni untuk 3D/4D scan Rm 100.00 , dapat CD (softcopy gambar + video ) + gambar (print)  + detail baby .

Dalam sampul putih tu ada detail baby + gambar baby .

Masa pergi nak buat appointment tu risau jugak la sebab takut depa dah taknak , kalau boleh masa yang sesuai untuk 3D/4D scan ni 24-30 minggu . Tapi masa aku nak p buat appointment tu aku dah 30 minggu dah (30 minggu baru nak buat appointment , masa bila nak scan nya kan? ) mungkin sebab tu appointment aku tu minggu depan tu je . Kiranya dah nak masuk 8 bulan baru hegeh-hegeh nak buat .

Kali ni pon abah yang hantar jugak , tapi mak teman dalam klinik cuma nak masok bilik Dr ja mak tak masok . Dan macam biasa la Dr akan check saiz baby + berat baby + kedudukan baby + kedudukan uri + check air ketuban + fizikal baby . Kali ni aku tak tanya dah jantina nampak ka tak , tapi doktor tu yang tanya aku . 

Dr : pernah check tak jantina baby ? dah tahu belum ? 
Aku : haritu check laki .

Dr pon check la bahagian kemaluan dia , tanpa disangkal lagi . Memang baby boboy , nampak jelas sangat (anak ibu tak dak malu-malu dah) . Dalam hati bersyukur sangat-sangat , Alhamdulillah . 

Sex : xy

Lepas tu baru Dr start 3D/4D scan , tengok muka baby . Terharu sangat bila dapat tengok tu walaupun lindung tangan dia sikit-sikit , mula-mula tak perasan apa dia buat . Lama-lama perati rupanya anak ibu isap ibu jari . Alalalaa omeynyee dia . Dr amek masa lama sangat nak dapat muka jelas , sebab baby aktif sangat dok begerak kat dalam perut . huhu

31 Weeks berat baby +- 1.8 kg (Dr kata tak besar sangat , tak kecil sangat)



Semoga semuanya baik-baik saja , doakan supaya dipermudahkan segalanya . Amin .


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

DONE : Hospital Bag (Baby)

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Sebelum ni aku ada post pasal Barang keperluan bersalin (Hospital Bag) , tapi yang tu aku just listkan dulu sebagai panduan bila dah ready nak mengemas . Checklist tu sekali dengan bag hospital untuk mama .

Untuk post kali ni nak fokuskan untuk bag hospital baby je , memandangkan aku dah siap mengemas masukkan dalam bag . Jadi aku nak buat list apa ja yang aku bawa nanti mengikut apa yang aku dah review-review kat blog mommy-mommy lain .

Ni dia hasil packing menggunakan zip-lock pouch. Aku beli kat Mr D.I.Y ja . Yang bagus nya dia ada sekali poket kecil kat depan tu , senang nak selit kertas untuk remark apa yang ada kat dalam . Sekeping Rm 1.90 , aku beli 5 keping besar & sekeping yang kecil sikit . Aku buat packing-packing macam ni supaya memudahkan laki aku nanti nak amek bila aku dah bersalin (dalam labour room) . Tadak la beceramok barang-barang dalam bag tu nanti .


1. Baby wipes : bawak yang besar , ada 100 helai .
2. Pampers baby : aku bawak satu pek , ada 24 keping saiz newborn .
3. Minyak telon 
4. Baby nappy cream 
5. Baju baby : 4-5 pasang
6. Bedung/Napkin : 4 helai
7. Barut : 4 helai
8. Mitten + booties : 5 pasang
9. Topi : 2 helai
10. Tuala baby : 1 helai
11. Tuala muka : 2 helai
12. Selimut baby : 2 helai (yang ada tutup kepala sekali tu , boleh buat bedung)
13. Baby bath , baby shampoo , baby talcum powder & baby lotion : yang ni aku stanby yang travel pack je .

Untuk pakaian baby , aku dah buat 5 set zip-lock pouch untuk dibawa ke hospital . LABOUR ROOM , DAY 2 , DAY 3 , DAY 4 (BALIK) & EXTRA .

LABOUR ROOM
1. Sepasang baju baby lengan panjang + seluar panjang
2. Sepasang mitten + booties
3. Sehelai topi baby
4. Sehelai bedung/napkin
5. 2 keping pampers baby
Untuk labour room aku letak semua colour putih ja , konon-konon nampak suci bersih je bila baby pakai masa baru lepas bersalin .

DAY 2
1. Sepasang baju baby lengan panjang + seluar panjang
2. Sepasang mitten + booties
3. Sehelai barut baby
4. Sehelai bedung/napkin
5. Sekeping pampers baby

DAY 3
1. Sepasang baju baby lengan panjang + seluar panjang
2. Sepasang mitten + booties
3. Sehelai barut baby
4. Sehelai bedung/napkin
5. Sekeping pampers baby


DAY 4 (BALIK)
1. Sehelai baju baby lengan panjang + seluar panjang
2. Sepasang mitten + booties
3. Sehelai barut baby
4. Sehelai selimut (sekali tutup kepala)
5. Sekeping pampers baby

EXTRA
1. Sepasang baju baby lengan pendek + seluar pendek
2. Sepasang mitten + booties
3. Sehelai barut baby
4. Sehelai topi baby
5. Sehelai bedung/napkin
6. Sehelai selimut (sekali tutup kepala)
Untuk pack extra ni untuk stanby kalau-kalau ada kes kecemasan contoh kena tahan wad ataupon baju kotor kena najis boleh la guna , tadak la kelam kelibut nak call suami suruh bawak dari rumahkan .

Barang yang mungkin akan ditambah kemudian :-

1. Botol susu (saiz kecil) : yang ni nak p beli yang kecil comel , botol Avent yang 4oz tu rasa macam gemok sangat . hihiii
2. Nipple cream

Settle bab bag hospital baby , nanti bila free-free aku buat entry pasal bag hospital mama pulak .


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

´