DONE : Hospital Bag (Ibu)

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Untuk hari ni aku nak listkan Hospital bag untuk ibu-ibu bawak nanti , list ni berdasarkan apa yang aku bawak nanti . Apa yang aku dah packing-packingkan . Hospital bag untuk baby aku dah buat kat pos yang sebelum-sebelum ni . Boleh klik SINI kalau nak tengok ^_^

Sekarang pon baby dah 38 weeks 3 days , menanti hari je ni . Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan . Aminn

BARANGAN ASAS UNTUK IBU

1. Set Selepas Bersalin : Beli set bersalin jenama AFIAT , dalam set tu ada 10 barang (Bedak Hangat AFIAT , Pil Jamu AFIAT , Makjut Bawang Putih , Minyak AFIAT , Akar Kayu Periuk AFIAT , Barut AFIAT , Tali Pembentan AFIAT , Pati AFIAT Balm , Feminine Care & Gel Mandian Serai Wangi)
2. Bengkung : Yang ni nanti mak beli kat kawan dia .
3. Baju Sejuk : Pakai mana yang ada ja .
4. Tungku : Ada tapi turun-temurun punya , takut tak panas dah ja . Tapi dah minta nak pinjam kat kak ipar suami .
5. Selipar 
6. Kain Batik 
7. Maternity Pad : Dah beli 2 pack (20pcs) , selebihnya beli pad biasa ja .
8. Stokin : Beli jenis yang laki punya , tapi bukan stokin bola ea .
9. Minyak Urut : Ambik dalam set berpantang tu ja , Minyak AFIAT .


BEG HOSPITAL IBU

1. Buku Merah 
2. Kad Pengenalan 
3. Telefon Bimbit & Charger
4. Baju Tshirt / Blouse : 2 helai lengan panjang .
5. Stokin Tebal : 2 pasang .
6. Kain Batik : 3 helai .
7. Baju & Seluar Dalam : 2 pasang
8. Tudung / Inner Tudung : Tudung Sehelai , Inner Sehelai .
9. Peralatan Mandi (Berus Gigi , Ubat Gigi & Sabun Mandi)
10. Majalah , Buku , Surah Yassin
11. Tuala Mandi : 1 helai
12. Materniy Pad : 1 pack (10pcs)
13. Tuala Muka
14. Selipar
15. Beg Plastik
16. Sikat / Bedak
17. Breast Pad Disposable
18. Minyak Angin
19. Getah / Sepit / Cekak Rambut
20. Disposable Panties : 2 pack (10pcs)
21. Baju Balik Rumah @ Keluar Hospital : 1 helai baju lengan panjang + Seluar Palazo .
22. Nursing Cover
23. Extra Pampers Baby : Ni sepatutnya dalam Bag Hospital baby , tapi dah tak muat boh jala dalam bag ibu dia .
24. Extra Baju Baby (Dalam zip-lock pouch) : Ni pon sepatotnya dalam bag baby .
25. Krim Herba Tropika (Baby Cream)
26. Bepanthen (Nipple cream & Nappy rush cream)
27. Baby Bottle : Beli yang paling comel , kecik je

Dan aku ada buat satu zip-lock pouch untuk KEPERLUAN IBU . Dalam ni aku letak :-

1. Beg Baju Kotor
2. Beg Plastik
3. Breast Pad
4. Cotton Bud
5. Sikat Rambut
6. Getah & Sepit Rambut
7. Berus & Ubat Gigi
8. Pantyliner (extra) saja bawak

BAKUL HOSPITAL IBU

1. Bakul
2. Air Anugerah
3. Makanan & Minuman : Bawak milo , gula & biskut kering je , letak dalam balang kecil comel-comel .
4. Termos Air Panas : Amek mak punya .
5. Tisu 
6. Cawan & Sudu 
7. Air Yassin / Air Zamzam 
8. Air Selusuh 


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

´