KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA

Assalamualaikum :)



- Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

- Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

- Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

- Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

- Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

- Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami.....

1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

So suami, pandai2 lah ye.





terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Ragam orang yang nak mendirikan masjid


Assalamualaikum :)




Ta'aruf:
A: "Berapa lama kenal dengan lelaki tu?"
P: "Tak sampai dua bulan."
A: "Tak sampai dua bulan kenal da nak kawin??? Kau biar betul??? Kau tak kenal isi hati die lagi."
P: "Takpe. Da solat istikharah. Allah permudahkan."
A: "Memang la, tapi kau mane tahu kalau kau suke die ke tak nanti!"
P: "Takpe... Cinta lepas nikah lebih afdhal."
A: "Kau jangan menyesal bile da kawin nanti tau."

Tak semestinya kenal lama akan menjamin kesejahteraan rumahtangga. Percintaan selepas nikah tu kan yang dipenuhi dengan barakah? Tidak kita percaya dengan janji Allah? Tawakkal.


Hantaran:
B: "Duit hantaran berapa?"
P: "Takde duit hantaran. Ikut sunnah Rasulullah. Amek yang wajib je."
B: "Memang la ikut Rasulullah. Ustaz XX pun kasi duit hantaran RM7000. Ni semua kan harga diri."

Bila harga diri dikaitkan dengan wang ringgit, bukan kah itu sudah menggadai harga diri sendiri?

Niqab dan Make up:
C: "Pakai niqab tak nanti kawin?"
P: "Pakai..."
C: "Nak pakai buat ape. Kau da dapat suami, nak tutup muke lagi buat ape?"
P: "Takpe. Bakal suami kasi pakai."
C: "Muke lawa2 gi tutup buat apa.
P: "Kalau tak pakai niqab pun memang tak boleh make up tebal2."
C: "Ape pulak. Ramai Ustaz2 yg izinkan isteri dorang make up pengantin macam biasa!"

Hanya kerana Ustaz2 membenarkan isteri2 mereka bertabarruj, ia masih tidak menghalalkan apa yang haram. Ustaz2 juga manusia biasa.

Persandingan:
D: "Buat apa nak asing2 kan lelaki dari perempuan? Takde karaoke semua? Tak meriah kan."
P: "Taknak ade pergaulan bebas lelaki dengan perempuan. Dan taknak ade lagu2 yang menglalaikan"
D: "Suami isteri yg datang macam mane???"
P: "Takpe. Lepas makan, berbual kejap, ambil gambar, boleh bawa diri."
D: "Kan menyusahkan."

Kesusahan dunia tidak boleh dibandingkan dengan kesusahan di akhirat. Jangan hanya kerana satu hari, kita menempah nama di neraka.

Maaf pada siapa2 yang terasa. Tak bermaksud pun. Benda yang da terbuat, kita taubat. Benda yang belum terjadi, kita ubah jadi lebih baik. InsyaAllah.


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Sekian lama aku menghilangkan diri

ASSALAMUALAIKUM ^^

Haha . aku muncul sebagai seorang pelajar PSAS . BANGGA ! dah jadi student balik . okehhh . selamani aku menghilang disebabkan oleh ingin menyesuaikan diri di alam IPTA . *kononnya la kan* sebenarnya internet PSAS ni begitu LAJU . kalau na apa2 pon kena g CYBER CAFE jat bawah . le kopak duit kalau macam uhh hari2 .








#Ni budak satu kelas dengan aku DKA 1A [ budak kejuruteraan awam ] jun2013#
untuk setakat ni , ini ja yang aku ada . HAHA
6/41 )

sekarang ni da na FINAL EXAM da . lagi 3 minggu ja lagi na final . #21,23,28 & 30 hB 10 2013 . bulan 12 dah masok sem2 ! Cepatnya masa berlalu !

da la tu , skrang tenga ada program 1CITIZEN , t free aku update lain ! Bye Assalamualaikum

sebelum tu , Minta kerjasama baik korang tolong FOLLOW , COMMENT kat BLOG nie , hanya komen2 yang murni sahaja :) Terima kasih :)







terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Esok hari ^^

Assalamualaikum ^^

Esok dah 16 hb 6 2013 bermakna bermulalah aku menyambung pelajaran ke POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH , BEHRANG ! huhhh , cepat sangat masa berlalu .cewahhh . 

Borang dah lengkap diisi , barang dah masukkan dalam beg , cuma baju tuk pakai esok ja ta di iron lagi ^^ semuanya perlu disiapkan sebelum esok , sebab esok pukul 03.30 pagi dah nak kena bertolak ke behrang . Becoz jauh , sempadan selangor . Sekarang na settlekan apa - apa yang rasa macam ta settle , takot2 ada barang yang tertinggal nanti susah .

Wait me ! POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH , BEHRANG ^_^


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Keperluan ke ASRAMA !

Assalamualaikum :)

Wutt wutt . . Hai ^^ update status sambil tengok Master Cafe Selebriti Malaysia ! Tenga boleh nak update ni bek di update berjuta - juta ea . ( juta2 la sangat , poyo ini semua ) . Mahunya tidak , lepas ni nak jadi budak Politeknik la katakan ^^ cewahhh ' SEMANGAT ' betoi budak ni . Ea la nak cari pengalaman baru di tempat baru , time Form 4 Form 5 dah dapat pengalaman baru tinggal di asrama buat kali pertamanya di Kolej Vokasional Taiping , walaupun dekat aku tetap homesick - besalah budak ta penah jauh dari family memang macam ni -_- . Uhukk .

27 hB 5 2013 ~ bawu aku tahu dapat Politeknik kat mana . TUNGGU .
EHD04 - DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM ^^ Alhamdulillah . Dapat cost yang aku nak sangat sangat ' tersenyum girang ' . Sambil lompat - lompat macam katak . Dasyat kau ! ! 

Dalam masa yang tinggal lagi 3minggu nie kan , bukan nya lama mana pun kan , okehh . Aku dah senaraikan barang - barang yang aku rasa penting pada diri aku .Ta nak sejarah kembali berulang , cewahhh ^^ haha :D barang - barang yang aku senaraikan nanti ni cuma pengalaman aku di asrama masa form 4 form 5 , yang selebihnya nanti aku update lain . Okehh ! Senarai ni cuma untuk perempuan , sebab aku ta bapa tahu pasal pakaian lelaki ni . Maaf la ea cik abang sekalian :)

Memangdangkan masa pun da ta banyak , aku bagi link blog yang korang le tengok barang - barang tu , aku pun tengok kat blog tu ja :)

Barang keperluan masuk asrama :)
Barang keperluan ke universiti :)
Barang keperluan ke universiti 2 :)

Kalau korang rasa barang - barang tu macam ta menepati cita rasa korang la kan , boleh la cari kat google ja oke . 

Assalamualikum



terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Tingkatan 6 . Pengajian Perniagaan .

Assalamualaikum :)

Hai anda semua ^^ apa khabar ? mesti sihat-2 ja kan . . Yang ta sihat tu jangan lupa makan ubat oke . Kali ni nak cerita pasal tingkatan 6 kat Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid . Farah duduk kelas ~ 6R2 ~ kelas Pengajian Perniagaan . (mana tahu kot leh jadi usahawan kan ~angan2) ^^ . Tingkatan 6 ni cuma belajar 5 subjek ja ! +BAHASA MELAYU+PENGAJIAN AM+SEJARAH+PENGAJIAN PERNIAGAAN+MUET+

Malas na cerita panjang - panjang , tada apa pun yang nak diceritakan :)

Orientasi . ^^







Bebudak 6R2 ~ Pengajian Perniagaan ~




terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Aku Di Sekolah * Form6

Assalamualaikum :)

Wahh . Lama ta menaip , *lama la sangat . Hurmm , 07052013 23.45 . Bosan la , Tatawu na cerita apa . Ishhh , Otak blurrrr o.O . Cuba korang layan video ni * Food About You * serius Kreatif gila ! Tengok la . .

Oke . Da tengok ? Good - II . 


Esok 08052013 Farah pegi sekolah . Wahh . Budak Form 6 , yang paling tua disekolah . Pembetulan ! Tingkatan 6 bawah oke . Ta tua lagi . haha . Excited gitu :) B'coz na pakai baju kurung kain biru ! Ea la , kan dua tahun di Sekolah Menengah Teknik Taiping . Mana ada pakai baju kurung , Baju korporat ja .

Sambil - II tu bole la jumpa kawan - kawan lama . ea tidak :) haha . Sementara tunggu keputusan UPU tu pegi la belajar apa - II dulu masa tingkatan6 nanti kan , dari dok kat rumah buat benda yang tak berfaedah *TidoMakanTengoktv* ^^ . 

Rindu Gila Kat Budak - II ni ! !


! Oke la , na pegi iron baju sekola . Bye - II . See you tomorrow :)


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Mega GiveAway By Adam Faiz




Tarikh tutup : 25 Mei 2103
Nak Join ? klik banner diatas :)


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Segmen : Kenalan Blogger , Hamizah



tekan banner

Nama : Farah Shahirah
Suka Apa ? : Makan Cadbury ^^
Saya Seorang ? : Pemalu ^_^ | Kreatif . ea ka ? O.o
Blogging since : November 2012
Saya Suka Blog : ContengConteng | CintaItuJambu Sebab Mereka Kreatif .
Facebook or Face The Book : Muka Buku ! haha
Quotes : Happy - Happy Ja :))

Tag :
                                                   


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Segmen : Saya Blogger Tegar by Ina


tekan banner


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Simple Giveaway By Nina dan Hani



tekan banner
Assalamualaikum , Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga nak adakan Giveaway yang simple tetapi hadiah yang lumayan . Semoga GA ini berjalan dengan lancar dan semua dijemput untuk join . GA kali ini 2 blogger berkolabrasi bersama . Diyana Hani dan Mazelina Zaini .
Syarat-syarat :
  1. Follow Blog Mazelina , Diyana Hani  &  Sponsor (diperiksa)
  2. Buat Entry bertajuk Simple Giveaway By Nina dan Hani
  3. Copy coding entry yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML & publish
  4. Like -->
  5. Klik Sini ---> Tolong Jujur  LINK 1  ---> LINK 2
  6. Letakkan URL Entry GA di ruangan komen Diyana Hani sahaja*
  7. Like page INI dan like INI jugak!

credit: Kak Mia Liana

Hadiah yang bakal dimenangi ialah :


  1. 3 Top Referral daripada blog MAZELINA & 3 Top Referral dari blog Diyana Hani - TSHIRT Running Man
  2. Seorang Pemenang bertuah dengan blog yang Cantik , Kemas , Menarik akan memenangi 1 Blouse Tribal & 1 Button
  3. 24 Orang Pemenang Cabutan Bertuah akan memenangi Tshirt Running Man
  4. Hadiah Saguhati kepada 4 orang blogger 

Jumlah hadiah : 34 Hadiah ^^

Syarat yang senang kan ? Jom Promote dan menjadi Top Referral . Hadiah tentu akan menjadi milik anda !
Pastekan URL GA hanya di entry Diyana Hani !


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Kesan Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid


Assalamualaikum






Pengharaman Seks Semasa Haid

Islam mengharamkan Kesan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud:“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)

Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“



Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid

Kesan Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD)dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan,menjauhi 
hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian farajadalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan 
hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita diChester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.

Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang 
Kesan melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovaridilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.

Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.

Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.

Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak,“Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?”Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)

Wallahu’alam….



terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Kelebihan pada lelaki berjanggut


Assalamualaikum

Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’.
Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :
· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.
Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

LadyBird | Birthday .

ASSALAMUALAIKUM

Hai . Hadoy ! mengatuknya . Sabar - sabar O.O ( besarkan mata ) . 29 Hb 4 2013 - Birthday adik Farah yang bongsu , da besar ea kau adik . 10 tahun da . Haha . Tetiba datang la idea na buat benda yang ada kena mengena dengan LADYBIRD . Datang mana pun tatawu dari mana . KononNya nak buat kad ucapan yang berunsurkan ala - ala LadyBird la gitu . Nak tahu macam mana rupa dia ? usya gamba kat bawah nie , buka mata luas - luas ea O.O .


Kononnya sweet sangat la tu . Comel ja Farah tengok , ( perasan sorang - sorang ) . Dalam tu ada la ucapan birthday macam kat bawah ni ha .


Hadoy ! tatawu la na komen apa . macam cantek ja . Ewahh , syokk sendiri :| Kalau dah bosan mula la idea yang begitu KREATIF semua terserlah . haha :D . Jadilah kad ucapan birthday yang bertemakan LadyBird ! :)

Semasa program berlangsung !


Banyak ta Ladybird ! haha . Ada dua colour kat situ | LadyBird hitam dengan tompokan merah dan LadyBird merah dengan tompokan hitam . Firts buat tu keliru mana warna yang betoi . Disebabkan malas na fikir banyak - banyak so buat la dua - dua warna . Comel ja :D . haha .

Nampak ta ada sesuatu dalam bekas yang ada tulisan GIVI tu . Tu la bentuk Love 3D . Sweet sangat bentuk dia   ! Macam kat bawah ni :


Warna warni , Comel ja :) . Oke la . Cukup la ni dulu ea . Assalamualaikum :D


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Hebatnya Seorang Wanita




Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..

Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda.


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Izinkan saya berZINA dengan anak pakcik

ASSALAMUALAIKUM



ape tu ? ? jom baca dulu kisah kt bawah nie ^__^

● Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya

● Teruna : Boleh ke?Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

● Teruna : Assalamualaikum.Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

● Gadis : Mari, duduk kat kerusiTeruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

● Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
● Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya.
● Bapa G : oh..Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

● Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
● Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
● Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
● Teruna : segan cik. Hehe
● Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
● Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
● Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
● Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
● Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
● Bapa G : boleh takda masalah
● Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
● Bapa G : kalau boleh 20 ribu
● Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
● Teruna : Berapa tu cik?
● Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
● Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
● Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

● Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
● Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
● Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
● Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
● Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
● Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
● Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
● Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
● Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.Ibu G : abahnya!
● Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
● Ibu G : boleh sikit-sikit kot
● Teruna : kali terakhir bila?
● Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
● Teruna : hmm.
● Ibu G : kenapa?
● Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
● Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
● Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

● Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
● Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
● Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
● Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
● Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
● Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
● Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
● Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
● Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
● Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
● Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
● Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pulaTeruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
● Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
● Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

● Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
● Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
● Bapa G : serius lah sikit.
● Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

● Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
● Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
● Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,aku redha dan akan terus bersama mu,aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.

bermula sebuah kebaikan :)


cOpy - Mujahed Kamal ( facebook )


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Cintailah Seadanya

ASSALAMUALAIKUM



' CINTAILAH SEADANYA '  - Aku , Kau dan Segelas Susu

Suami saya adalah seorang jurutera . Saya mencintai sifatnya yang semula jadi dan saya menyukai perasaan hanyat yang muncul di hati saya ketika saya bersandar di bahunya yang bidang .

Tiga tahun dalam masa perkenalan , dan dua tahun dalam masa perkahwinan , saya harus akui , bahawa saya mulai merasa bosan , lantas alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan .

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar - benar sensitif serta berperasaan halus . Saya merindukan saat -saat romantis seperti seorang anak yang mengingikan gula -gula . Tetapi semua itu tidak pernah saya dapat . Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan . Rasa sensitifnya kurang . Ketidakmampuannya dalam mencipta suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah meranapkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal .

Suatu hari , saya beranikan diri untuk menyatakan keputusan saya kepadanya , bahawa saya menginginkan penceraian . " Mengapa ? " Dia bertanya dengan terkejut . " Saya bosan , kamu tidak pernah dapat memberikan cinta yang saya inginkan . "

Dia terdiam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya , tampak seoleh - oleh melakukan sesuatu , padahal tidak . Kekecewaan saya semakin bertambah . Seorang pemuda yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya , apalagi yang boleh saya harapkan darinya ? Dan akhirnya dia bertanya " Apa yang dapat saya lakukan untuk merubah fikiranmu ? "

Saya menatap matanya dalam - dalam dan menjawab dengan perlahan . " Saya ada satu pertanyaan . Jika kau dapat memberikan jawapan di dalam hati saya , saya akan merubah fikiran saya : Seandainya , saya menyukai setangkai bunga indah yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika kamu memanjat gunung itu , kamu akan mati , apakah kamu akan melakukan untuk saya ? "

Dia termenung dan akhirnya berkata , " Saya akan memberikan jawapannya esok . "

Hati saya terus gelisah ingin mendengar responsnya . Keesokan paginya , dia tidak ada dirumah , dan saya terjumpa selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang tertulis . .


"
Sayang , saya tidak akan mengambil bunga itu untukmu , tetapi izinkan saya untuk menjelaskan alasannya . " Kalimat pertama ini menghancurkan hati saya . Saya melanjutkan untuk membacanya .

" Kamu boleh menaip di komputer dan selalu mengacau program di PC dan akhirnya menangis di depan monitor ,saya akan memberikan jari - jari saya supaya dapat membantumu dan memperbaiki programnya. "
" Kamu selalu lupa membawa kunci rumah ketika kamu keluar rumah , dan saya akan memberi kaki saya supaya dapat memecahkan pintu dan membuka pintu untukmu ketika pulang . "
" Kamu suka jalan - jalan kebandar tetapi selalu melencong ke tempat -tempat baru yang kamu kunjungi , saya akan menunggu dirumah agar dapat memberikan mata saya untuk mengarahkanmu . "
" Kamu selalu merasa kaku dan kejang pada waktu ' teman baikmu ' datang setiap bulannya , dan saya akan memberikan tangan saya untuk memicit kakimu yang kejang . "
" Kamu suka tinggal dirumah , dan saya selalu khuatir kamu akan menjadi ' anaeh ' dan saya akan membelikan sesuatu yang dapat menghiburmu di rumah atau meminjamkan lidahku unyuk menceritakan hal - hal lucu yang aku alami .
" Kamu selalu menatap komputermu , membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan matamu , saya harus menjaga mata saya agar ketika kita tua nanti , saya masih dapat menolong memotong kukumu dan mencabut ubanmu . "
" Tanganku akan memegang tanganmu , membimbingmu menelusuri pantai , menikmati matahari pagi dan pasir yang indah . Menceritakan warna - warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu . "
" Tetapi sayangku , saya tidak akan menagambil bunga itu untuk mati . Kerana , saya tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematianku . "
" Sayangku , saya tahu , ada banyak orang yang boleh mencintaimu lebih dari saya mencintaimu . "
" Untuk itu sayang , jika semua yang telah diberikan tanganku , kakiku , mataku , tidak cukup bagimu , aku tidak dapat menahan dirimu mencari tangan , kaki dan mata lain yang dapat membahagiakanmu . "

Air mata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuat titanya menjadi kabur , tetapi saya tetap berusaha untuk membacanya .

" Dan sekarang sayangku , kamu telah selesai membaca jawapan saya , Jika kamu berpuas hati denagn semua jawapan ini dan tetap menginginkanku untuk tinggal di rumah ini , tolong bukakan pintu rumah kita , saya sekarang sedang berdiri disana menunggu jawapanmu . "
" Jika kamu tidak berpuas hati sayangku , biarlah aku masuh untuk mengemas barang - barangku dan aku tidak akan menyusahkan hidupmu , Percayalah , bahagiaku bila kau bahagia . "

Saya segera berlari membuka pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah kecewa sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaanku . Oh kini saya tahu , tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintaiku .

Itulah cinta , disaat kita merasa cinta itu telah beransur - ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam wujud yang kita inginkan . Maka cinta itu sesungguhnya telah hadir dalam wujud cinta lain yang tidak pernah kita bayangkan sebelumnya .

Seringkali yang kita diperlukan adalah memahami wujud perasaan cinta dari pasangan kita dan bukan mengharapkan kemewahan material semata .

Kisah ini di Copy dari buku " Ya Allah , Aku Jatuh Cinta " .


Terima kasih :) kerana sudi membaca .






terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

´