13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyik
an – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

)5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Sila SHARE jika anda sayangkan ibu, isteri, adik, kakak dan kaum wanita keluarga anda..


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM

Cerita sekadar berkongsi pengajaran dan peringatan ♥



Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan ..

Bulan 1: Bu , panjang adik cuma 2cm , tp adik sudah ada dalam
badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang mnemani adik di sini ..

Bulan 2: Bu , adik dah boleh merasa jari jemari , disini terasa hangat bu , nanti kalau adik dah keluar , ibu janji nanti kita main sama2 ye ..

Bulan 3: Bu , biar pun adik blm
tau jenis jantina adik , tp apapun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan .. Jgn menangis ya bu , kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis ..

Bulan 4: Bu .. rambut adik dah mula tumbuh , adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan ..

Bulan 5: Bu .. tadi jumpa dokter ya , doktor cakap apa ..? Αpa benda D&E tu bu .? Αdik tak kan di apa-apa kan ya bu ..?

Bulan 6: Ibu jumpa dokter tu lagi ya ..? Bu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di sini sihat-sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam ..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik , bu tlong adik , adik takutt .. Benda tajam tu pula memotong kaki adik , sakiittt bu .. Walaupun adik dah tiada kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk ibu .. Bu, kenapa benda itu skrg memotong tangan adik , ibu tolong adik .. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu .. Tapi , biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu , mendengar suara ibu , tapi .. Benda itu skrg sdh mula memotong memutuskan leher adik , ibuuuuuu .. Maaf bu .. Beri lah adik kesempatan hidup , adik syg ibu , adik teringin nak memeluk ibu ..

Bulan 7: Bu , adik di sini sihat-sihat je, adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga , Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu , Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga , memeluk , memegang tangan , menggendong adik dgn lembut , dan lalu Tuhan membisikan memberi tahu apa itu D&E .. Kenapa ibu tetap melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik ..? Αpa salah adik bu ..? Ibu bertaubat ya , semoga Tuhan menempatkan ibu di sini , nanti kita main-main disini , dan jangan lupa , ajak ayah juga ya bu .. ♥

* terlalu cepatkah seorang bayi yang belum smpat di lahirkan ke dunia ini mendapatkan perlakuan sekeji itu dari ibu bapa kandungnya ..???


“Wa la taqrabu al-zina (Jangan 
 kalian mendekati zina)”.
JAUHILAH ZINA WAHAI DUA ANAK MANUSIA!!!!!!!!!!


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

tULANG RUSUKMU :)

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM 



Kepada pemilik tulang rusukku. Akan ku mencari dan mendapatkanmu. Akan ku sentiasa menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu. Jika bukan di sini, mungkin di syurga nanti :) 

Aku harap dia adalah seorang yang baik akhlaknya dan kuat imannya ^_^

Wahai para gadis yang resah menunggu, jangan menangis atau bersedih tentang jodohmu.
InsyaAllah Dia akan temukanmu dengan pemilik tulang rusukmu bila sudah tiba masanya.
Dalam waktu itu, teruskan menanti dan menjadi yang terbaik buatnya.

Jika kita ingin seseorang yang "special", maka siapkanlah diri kita supaya menjadi yang "special" juga. ^_^





jangan lupa untuk SHARE , , terima kasih :)






terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Jauhi COUPLE, dekati NIKAH


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM



(◠‿◠) Kisah couple (◠‿◠✿

LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect sgt..!

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab

1. Awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

2. Kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

3. Lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dah bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Assalamualaikum.

LELAKI : Waalaikumussalam

P/s : Jauhi COUPLE, dekati NIKAH..


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

MENGAPA ISRAIL TAK SERANG MALAYSIA ?


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM



Hebat renungan yang diberikan saudara Hakim Najili ini. Saya kongsikannya di sini untuk renungan bersama.

MENGAPA ISRAIL TAK SERANG MALAYSIA ?

1. Melihat dengan MATA HATI, di sebalik serangan fizikal di Gaza, apa sebenarnya intention pihak zionis yang cuba lakukan. Gaza tue besarnya, tau besarnya berapa? Utara ke Selatan 40km (jarak kl - shah alam) Timur ke Barat 7km (jarak cheras - KLCC). Penduduk 1.4 Juta orang di kawasan Gaza sahaja. Tanah Palestin berpecah belah negaranya.

2. Kalau dilihat dari peta Palestin sekarang, kenapa ianya berpecah2? Mengapa pihak zionis tidak mengambil kesemua tanah Palestin? Ataupun kalau dia nak ambik, kenapa negara Palestin tidak menjadi negara yang bersambung-sambung?

3. Jadi kesimpulan ringkas yang diamati, pihak zionis sengaja memecahkan sedikit demi sedikit negara Palestin kerana mereka tak mahu umat Islam bersatu, mungkin jika bersatu, memang sekejap sahaja Israel akan boleh ditawan semula dengan mudah.

4. Sebenarnya kalau nak melenyapkan terus umat Palestin, pihak musuh hanya perlu bom 3 tempat sahaja, hospital, bekalan air, dan bekalan elektrik. Habis cerita... Tetapi pihak musuh tidak menyerang tempat tersebut, mereka menyerang tempat2 di mana ramai rakyat Palestin berhimpun, di rumah2, kenapa? Mengapa mereka tidak melenyapkan terus umat Palestin?

5. Sebenarnya, mereka mahu menunjuk pada dunia, yang mereka mempunyai kekuatan untuk MENYEKSA umat Islam, di sana mereka MENYEKSA umat-umat Islam secara fizikal. Kita di sini, mereka MENYEKSA kita dengan cara spiritual, kekuatan teknologi, dan platform yang telah mereka bina macam fesbuk nie. Kita disini DISEKSA secara berterusan, cuma bezanya diseksa dalam keadaan harmoni.

6. Lapar, nak makan cepat, ada McD. Nak tunggu nasik campur, takder drive thru, apatah lagi nasi goreng kampung pun takde drive thru, nak order pun 10 minit nak goreng. Sekarang sedang menggunakan pc yang processornya adalah INTEL, memang INTEL ada kilang di merata dunia termasuk di Pulau Pinang & Kulim. Tetapi pusat RND nya ada di 'sana'. RND = enjin sebenar. Sapa tak pernah makan Kit Kat, air yogurt Nestle (semalam baru minum), apatah lagi Colgate, Coke dan minyak bayi Johnson & Johnson.

7. Secara amnya, hampir 2/3 daripada isi pasaraya tue milik ____? Habis kenapa kita terpaksa beli juga? Sebab kita tidak ada PILIHAN. Mengapa kita tidak ada PILIHAN? Sebab kita mempunyai sikap iri hati dan tamak haloba. Nak wujudkan PILIHAN katalah buat nak buat biz tiru Coffee Bean, belum apa2, baru nak setup kedai, dah kawan tipu kawan, adik beradik bergaduh, macam mana nak buat branch banyak negara. 1 kedai pun belum naik. Mengapa kita ada sikap tersebut? Apa yang kita makan itulah diri kita. Abis kita makan apa nie?

8. Eyh tengok orang sana berperang kita di sini pun berperang jugak, bezanya sana berperang, memang betul2 berperang dengan musuh, kita di sini berperang dengan melihat mempertikaikan kenapa perlu boikot, kenapa perlu derma, ada yang kata derma bermusim. Hallo hallo pasal tue lah, ianya menjawab tajuk post nie. Buat apa Israil nak serang kita, diorang tak buat apa2 pun kita berperang sesama sendiri. Lagipun diorang dah menang tanpa bertanding.... Sebab apa menang tanpa bertanding? Di kala mereka sedang cuba menghapuskan saudara2 kita, kita masih lagi TERPAKSA guna produk mereka. Burger telur free pun berebut nak beratur sampai luar pintu.

9. Biarlah kawan2 kita yang lain, ada yang mampu nak derma, biarlah mereka derma, ada yang nak berdemo, biar mereka berdemo, ada yang boleh berdoa, biarlah mereka berdoa, sekurang2nya masing2 cuba melawan dengan kudrat apa yang ada. Sebab tue kalau tengok di tv, ada orang2 muda Palestin yang baling batu ke arah kereta kebal. Batu tue kena kereta kebal pun, orang dalam kereta kebal tak dengar bunyinya. Tapi semuanya ada sikap berjuang nak melawan.

10. Hikmah kejadiain ini juga adalah signal dari ALLAH, supaya umat Islam sedar, walaupun kita ramai, tapi kita lemah. Kita tak bersatu. Tak caya? cuba masuk mana2 kampung, lihat di kampung tue katakan ada 14 orang veteran, sekurang-kurangnya mesti ada 3 puak di kalangan 14 orang veteran. Yang nie orang tok sidang, yg nie orang penghulu, tak ngam dengan tok sidang, yang tok sidang punya geng tak ngam dengan Timbalan Pengerusi Surau yang ke-3. Yang di jabatan2 tiap2 hari khamis pakai baju batik pula, ada 20 orang dalam satu organisasi, tetapi ada 4 team! Team A baik dengan Ketua Pengarah, Team B pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 1, Timbalan Ketua Pengarah 1 tak ngam dengan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 2, maka Team Timbalan Ketua Pengarah 1 tak baik dengan team Timbalan Ketua Pengarah 2. Tak faham?

11. Jangan lupa juga sesungguhnya bumi Palestin masih lagi wujud hasil doa2 umat Islam di seluruh dunia, kita di masjid2 time solat Jumaat pun khatib bacakan doa kesejahteraan rakyat2 Palestin. Tempat Israk Mikraj tue bro.

12. Kawan², rakan² marilah, situasi di atas adalah hakikat sebenar, janganlah kita jadikan situasi tersebut sebagai alasan untuk kita tidak boleh berubah. No.1 bersihkan dalaman dahulu, banyak sangat clog yang perlu dibersihkan, tak perlu tunggu bersih sepenuhnya baru nak jadik baik, asalkan ada kemahuan yang membara, clogging yg ada tue akan mula beredar perlahan2. Bersolat bukan sekadar bersolat, bersolat fahamkan makna bacaan dalam solat, baru senang nak feel. Tak perlu tunggu hafal 30 juzu' baru nak sampaikan benda yang baik. Pernah dengarkan "Sampaikanlah walaupun 1 ayat"? Sekurang2nya boleh menjadi ulangkaji kepada yang si menyampaikan, bro cuba lu tengok page Sham Kamikaze hari2 post pasal kelebihan solat dhuha, tiap2 waktu ingatkan orang suruh solat awal waktu, apsal dia buat selalu? Sebab dia ambik 'roh' azan. Apa itu 'roh' azan? Manusia perlu diingatkan sepanjang waktu.


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Bercinta sampai ke SYURGA


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM


~Bercinta sampai ke SYURGA~



Suami : Assalamualaikum bidadariku~setiap hari selepas baca alQuran , sayang mesti bagi laporan berapa juz da habis . . Kenapa semalam tak bagi mesej laporan ?


Isteri : Walaikumsalam . . Orang merajuk . .



Suami : Laa . . . Kenapa ni ? ?



Isteri : Semalam abang ponteng tahajjud ! ! Sayang call kejut abang tak jawab . .



Suami : Astagfirullahal'azim . . Abang penat + malas semalam . . .



Isteri : Tapi dulu abang da janji nak masuk syurga sama2 . .



Suami : hmm . Betullah tu . . Abang mintak maaf . .



Isteri : Kalau abang ponteng amal , sayang akan lebih amal . . Bila sayang lebih amal , sayang takut syurga sayang lagi tinggi , abang duduk syurga rendah . . Macam mana kita nak jumpa ? Sayang tak mahu berpisah dengan abang . . Abang yang janji nak bercinta sampai ke syurga kan ?



Suami : (mengalir air mata) . . Semoga ALLAH ampunkan abang . . . Malam ni abg tak malas2 lagi . . ^__^

sweetkan ? ? hihixxx ^_^


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Untuk Awak ! ! Luahan hati seorang WANITA

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM 

LUAHAN HATI !
: moOd - | sedih | - na DIDIK sal agama kat seseorang memang kadang-II buat kita DOWN ! ! tapi fara tetap masih KUAT tok suma nie . . " dik , tolong la faham , , menghampiri ke arah ZINA itu DOSA BESAR ! ! walaupun kita da simpan NIAT untuk MENIKAHINYA tapi kita STILL ta HALAL lagi untuk dia . . kamu masih MUDA , , banyak kali DUGAAN dik . . harap ALLAH memberi kau HIDAYAH supaya BERTAUBAT , masih belum TERLAMBAT . . "

berTAUBAT sebelum TERLAMBAT | andaBIJAKjauhiZINA . . :')




Awak ! saya sedih dengan perangai awak , kenapa awak pegang saya ? cium saya ? peluk saya ? awak tak fikir ka semua tu haram ? Allah murka awak . . saya sayang awak ,  cinta awak . . saya tahu awak sayang saya , tapi bukan dengan cara tu untuk awak tunjuk sayang awak , saya tahu awak ta suka dengan perangai saya . . tapi pena ta awak fikir yang saya ta suka dengan perangai awak ? ? awak buat semua benda haram tu kat saya . . awak fikir saya ni PELACUR ka ? awak tahu saya ta mintak lebih pada awak . . cukup la saya tahu awak sayang saya . sebab saya ta lama hidup kat bumi Allah nie , saya sayang hubungan kita . Tapi , kenapa ada saja alasan awak untuk salahkan saya . apa saya dah buat awak ? awak tau kan saya sayang awak , awak , kalau awak nak jadikan saya hak awak , peliharalah saya sebaik mungkin . . jangan biarkan saya terpesong ke jalan yang tidak benar , awak sepatotnya didik saya dari sekarang , bukan saya yang kena didik awak ,awak janji nak memiliki saya secepatnya , jadi , buktikan dari sekarang . . sebelum terlambat ! 

Saya tahu awak akan bertanggungjawab atas apa yang awak dah buat kat saya , dan awak akan menikahi saya . . tapi apa yang awak buat sebelum terlafaznya ijab kabul saya masih BELUM HALAL untuk awak . . faham saya awak . . awak da macam-II cara saya buat untuk awak faham maksud saya awak . .

Awak , saya nak berubah . . | nak berhijrah ke jalan Allah | saya dah banyak buat dosa besar awak , , awak tahu kan macam mana kehidupan saya pada masa lepas ? Alhamdulillah , mungkin Allah dah turunkan saya hidayah untuk berubah awak . Kenapa awak susah nak terima keadaan saya ? ? saya buat semua ni untuk masa depan saya , Insyaallah kalau ada jodoh mungkin kita akan kawin , awak mesti ada impian tok memperisterikan isteri yang solehah kan ? :) , ta itu ke yang awak impiankan ? seorang perempuan bertudung labuh , , baik , sopan . . bukan itu yang awak idamkan ? ? jadi berikanlah saya peluang awak . . 

" Awak ? ? sanggup awak rosakkan seorang perempuan yang baru na bangun dari kesedihan daripada kisah silam dia ? awak la orang yang selalu memberi pesan - II yang baik untuk dia . . tapi awak pulak yang cuba rosakkan kehormatan dia . tapi dia masih boleh terima awak , dia tak buat macam mana dia tinggalkan lelaki di kisah silam dia , tak terfikir ka awak ? ? betapa baiknya dia ? sanggup terima awak ? ? dia minta clash dengan awak sebab dia na berubah , , tapi sampai sekarang dia tak tinggalkan awak , YA ALLAH awak . . apa yang awak nak lagi dari dia awak ? awak . . cuba la kasi peluang terakhir tok dia berubah ke jalan Allah sebelum Malaikat maut menjemput dia . " 

Awak , saya tetap dengan awak , saya pun macam manusia biasa , sering lakukan kesilapan . . tapi tak salah tok kita berubah , saya doakan " supaya Allah turunkan hidayah untuk awak , bukak pintu hati awak . . supaya awak la yang terbaik untuk saya " aamiin !

Awak , saya harap apa yang saya cuba sampaikan awak dapat memahami saya . kalau awak keliru untuk membuat pilihan buatlah solat ISTIKHARAH untuk awak dapatkan pilihan yang tepat :) Insyaallah kalau awak berusaha . . sayangi diri awak sebelum awak sayang orang lain k . 

Awak , bia la kenangan kita yang lepas jadi pengajaran untuk kita . kita mula hidup baru k . . saya tak paksa awak , , awak ada hak :) 

Assalamualaikum :) 


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

mybestFRIEND bubu's


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM



Stop ! ! sakit hati , ngan tadak mood . . farah nak cerita sal kawan baik farah , farah ada sorang kawan baik . . farah sayang dia sangat  , farah letak gelaran tok dia ' BUBU ' . . why ? ? mane boleh bagitau . . secret ! hihixxx , , kami kawan dari form 2 lagi , , kenapa tak dari form 1 , because . . masa form 1 dia sekolah dekat JAWI . . dia baru pindah sekolah farah masa form 2 . . farah dengan dia satu kelas , sampai form 3 , , dua tahun jer . . banyak kenangan manis kami , dia selalu usik farah dalam kelas , bukan setakat dekat sekolah jer kami kawan , tapi kat lua jugak , dia selalu datang rumah farah kalau ada buat ' function ' la . .

sama - II ambil PMR , , sama - II ambil result . . tapi time ambil result tak nampak dia pun , , ta tahu dia dapat apa . . kami makin renggang dan ta berhubung , , ada la kadang - II . . kalau nampak kat FB , , tego la jugak . .sebab time uhh da cuti panjang hujung tahun .

dalam cuti tu , , tetiba abang POSMAN tu hantar surat , farah dapat tawaran sambung belajar dekat  SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAIPING , so kena tinggalkan kawan - II lama dengan sekolah la kan , , hurmm . . terutamanya , , my bestFRIEND ! ! ohh ! TIDAK . .

farah gitau dia , , yang farah kena TUKAR sekolah . . dengan tekejut nyer dia pun cakap dia pun dapat tawaran dekat SEKOLAH VOKASIONAL KULIM , , okehh ! ! sama - II pindah sekolah dan makin jauh . . lain -II negeri tu , , bukan tu ja , , lain hari cuti sekolah pulak tu , , hihixxx

alaa , , kami tetap contant . . phone nan FB , , still kawan baik sampai sekarang . :) dah macam - II kenangan kami ukir . . walaupun kami jauh . . kami masih boleh bersama bila balik cuti . . habiskan waktu cuti dengan bersama myBUBU . . so sweEt , hihixx 

sayang kau sangat - II BUBU . . :) , jangan lupa aku k ! !

tahun ni sama -II amek SPM , , kita tengok EXAM sapa paling GEMPAK . . kalau exam dia ok pada farah , , janji na kasi SOMETHING tuk dia , , tapi dia ta tahu . . SURPRISE . . hihixxx

okehh , , | bye . ASSALAMUALAIKUM . .



terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Bukan sombong , cuma ta ramah


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM

Hari ni mood ta oke , ada ka patot kata farah sombong pas uh bole pulak salahkan sekolah pulak , , oHh man ! ! bukan farah ta nak layan capital ' C ' tu , okeh . . ari rabu malam balik kampung , malam uhh perlawanan bola MALAYSIA vs LAOS . . depan penuh dengan penyokong MALAYSIA , so farah duduk kat dapur sambil online , ta kan na menyempit kat situ jugak kan ? beragak la . .29 hB uhh ada exam PSV , mak pesan malam tu tidur awai , , okehh , farah tidur awal . . ta sempat nak layan capital ' C ' ! !



hari KHAMIS , 29 hB 11 . . okehh ! farah bangun awal , koi 6 . 15 . . solat subuh , as uhh terus kemas umah , iron baju sekolah sebab pukul 2 nanti ada exam , da selesai keja . . tengok tv , pasang movie ' AJIBOY ' . . lagipon capital ' C ' ta bangun lagi , , na sembang apanya kan ? ? pukul 10 . 30 bersiap na bertolak ker sekolah kat taiping , buzy la sikit , jadi layan gitu - II jer , 

habis exam pukul 5 , balek g makan lu . . lapar ! ! sampai rumah koi 7 . 30 malam , mandi . . n then solat , , okehh ! mesti penat kan ? ? rasa tension sebab ta puas hati ngan lukisan sendiri . . na hilangkan penat ngan tension , ingatkan na ONLINE sat la kan , , tetiba mak datang soh dok depan layan capital ' C ' . penat la , na hilangkan tension un ta sempat tambah lagi , , mau ta bebai ,, pas uhh , , masuk bilik dan tidur . . 

pas tu , le pulak cakap farah sekolah kat taiping , , penyebeb farah sombong , farah bukan jenis peramah la . . tolong la faham , ta na la gaduh - II . . faham situasi orang sama . . ta kan i2 pon susah kan , 
k . ASSALAMUALAIKUM :) 


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Keliru :'(


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
ASSALAMUALAIKUM

Macam dah yang tertulis kat atas uhh ' KELIRU ' . . farah rasa kadang - kadang macam orang yang bodoh ja , ea la . . farah cuba na jauhkan orang dari dia buat benda yang ta elok tapi last - II farah yang kena balek . . farah yang kena marah bagai . . uP to yOu la , , farah cuba nak didik dia tapi dia pulak ta leh terima , , memang kena banyak bersabarlah la kan , , kadang - II boleh DOWN , , tapi macam mana un farah kena kuat . . CAYOKK - II :')


ANDAbijakJAUHIzina . .  mesti korang penahkan tengok logo atas tu . . benda yang ta elok farah maksudkan kat atas tu benda nie . . farah tana dia menghampiri zina , , besar dosa dia . . dah ta tahu nak tego macam mana , sebab farah sayang dia la farah tegur . . harap sangat dia dapat faham . . 


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Aurat Dan Fesyen Wanita

  
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
ASSALAMUALAIKUM
 Segmen AURAT ! ! insya - Allah , , farah nak kongsikan cerita tentang fesyen yang betul dalam islam . 
Sebagai seorang Islam kita bangga melihat semakin ramai kaum wanita memakai JILBAB atau lebih dikenali sebagai TUDUNG yang menutupi kepada mereka . 
Kewajipan memakai jilbab ini ditegaskan dalam firman Allah :
" Wahai Nabi katakanlah kepada isteri - isterimu , anak - anak perempuanmu dan isteri - isteri orang mukmin hendaklah mereka menutupi jilbab keseluruh tubuh mereka yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal , kerana itu mereka tidak diganggu . Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang .( Al- Ahzab : 59 )
Sesungguhnya memakai jilbab bukan sahaja menunjukkan dengan jelas identiti seorang wanita muslim tetapi juga mampu memelihara mereka daripada tatapan mata liar sehingga mereka tidak diganggu sekali gus memastikan kesucian mereka terpelihara .
Namun dalam keghairahan kaum wanita Islam memakai jilbab mereka juga harus memahami bahawa jilbab bukan sekadar pakaian menutup tubuh sahaja . Mereka juga harus memastikan ia benar -benar mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam .
Syeikh Muhammad Nashiruddin Al - Albani dam kitabnya , Jilbab Al - Mar'ah Al - Muslimah menyebut lapan syarat Jilbab Syarie iaitu : 
  1. menutup seluruh badan , kecuali muka dan tapak tangan .
  2. bukan untuk tabbaruj ( bersolek ) yang boleh menyebabkan pandangan mata tertuju kepadanya .
  3. bahannya diperbuat daripada kain yang tebal bukannya nipis .
  4. kainnya longgar , tidak ketat dan tidak membentuk lengkuk badan .
  5. bukan memakai untuk mencari populariti , ia sesuai dengan peringatan Rasulullah melalui Sabdanya :  " barang siapa mengenakan pakaian untuk mencari populariti di dunia , Nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kehinaan pada hari kiamat kemudian membakarnya dengan api neraka " .
  6. tidak diberi memakai wangian seperti mana peringatan rasulullah SAW : " mana - mana wanita yang memakai wangi - wangian dan kemudian berjalan di hadapan orang ramai dan mereka menghidu baunya , maka dia adalah Penzina "
  7. tidak menyerupai pakaian lelaki .
  8. tidak menyerupai pakaian orang - orang kafir . 
Hakikatnya , mungkin ramai di antara kaum wanita muslim menganggap ia syarat yang agak berat apatah lagi kepada mereka yang ternyata sudah memakai jilbab tetapi melanggar syarat - syarat di atas .

Sesungguhnya , jika seseorang wanita BERHASRAT MENJADI SEORANG MUSLIMAH syarat berkenaan tidaklah begitu sukar kerana dalam pelaksanaan syariat islam tidak ada perkara yang sukar sebagai mana firman Allah : " Allah menghendaki kemudahan bagimu , dan tidak menghendaki kesukaran bagimu " . ( Al - Baqarah : 185 )







terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Hobi ( Warna - Warni )


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
ASSALAMUALAIKUM
HOBI ! !


Semua orang ada hobi masing - II serta tersendiri , , hobi tu mungkin unik ataupun pelik ,  itu terletak pada diri sendiri . Farah tada hobi yang pelik pon , , mungkin ramay yang menyukai dengan apa yang farah suka iaitu sesuatu yang KREATIF . . boleh dikatakan aku ni suka benda yang berseni
Farah lebih suka pada sesuatu yang tertulis seperti GRAFIK . . tapi ta mahir sangat pun . . gitu - II jer . . ta mahir sangat macam budak - II yang da belajar . hax2

selain tu jugak aku suka buat benda - II macam ni , shadingkan gamba . . First time buat . buruk ! 
gambar yang farah buat dengan gambar yang asal , , beza sangat2 . . muka yang farah shading nampak lenih tua berbanding yang asli . . ohh my HAND ! ! !
okeh , ni baru belajar . . ta tahu teknik yang betoi . .


terbelangkai , , huhhh , ,

ini jer mampu tunjuk . . yang lain entah mana pegi . hihixx



okeh , , meja kelaz , serabot ta ? ? ohh my TABLE , , budak CERIA .

- TAMAT -

Assalamualaikum :)


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Kenangan Zaman Persekolahan :)


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
ASSALAMUALAIKUM

STOP ! ! oke . . Farah nak nak tunjuk picture - II time zaman - II persekolahan sebelum duduki SPM ( kalau dah duduki SPM uhh da abez la zaman persekolahan dia la kan ) gambar masa Form 4 n Form 5 ja yang ada pun ,

Lokasi Gambar : SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAIPING 
Kelas : Binaan Bangunan
Yang Terlibat : Semua Budak Kelas


time ni semua skema , baru masuk form 4 . . sekolah baru , ada belas - belas orang je satu kelas untuk panggilan pertama , masih segan - segan . . budak asrama dalam dilema . . hihixx




pengalaman baru , oke . berbaris macam nak kawad sebelum masuk bengkel ! ! tekejut beruk jugak la kena buat macam ni , , tak pa , lain sekolah lain cara . . :)




penerangan oleh cikgu Khairul Azmin bin Anang . .

Sesi pembelajaran buat kali pertamanya di dalam Bengkel Kayu , , betapa kusyuknya kami , , semangat pada awal tahun . . hiixxx :)

okehh ! bawah ni kelaz Farah masa Form 4 . . ceria . . macam kelas budak Tadika . . hihixxx :) masa ni da ramay kawan .




Bawah nie pulak Kerja Kursus untuk budak kelaz Farah . . Wahh , , cer usya apa kami kena buat ! !


Farah tunjuk satu picture da la , , faham kan . . Farah ngaku ni la kali pertama farah buat kerja ni , membina TEMBOK BATA ! ! yang selalu kita tengok lelaki yang buat . . ohhh my HAND . . kasar sampai sekarang ! ! okeh . . minat punya pasal redah jer . . :) mencabar but best gila ! !


Meja da dibawah kerusi , bermakna ? ? sekolah da tamat untuk sesi 2011 ! ! hureee . . semua dah pakat pakai BAJU BATIK ! balek kampung . . masing2 buat hal sendiri . .


Gambar kelas untuk Form4 , , jangan usya sangat , Gambar Farah tadak pon . . SEDEH ! ! 

TAMAT Form 4 ! ! !

2012 - SPM . . tahun baru yang lebih mencabar . . semua da membesar dah umur 17 tahun , yang nak duduk SPM , tapi nampak muka macam bukan budak SPM . . okeh ! mengaku tak percaya dah besaq . dah nak duduk SPM , rasa macam budak baru masuk sekolah ja . . 






suasana dalam kelas untuk Form5 , , da berubah pada tahun lepas . tak nampak macam  kelas kanak2 , budak tadika ! ! semua buat hal masing - II

gambar -II kat bawah ni , , terjadi bila cingu tak masuk kelas . . dan sesi untuk bergambar pun bergiat AKTIF tanpa boleh dikawal ! !






semua yang terlibat adalah muka yang sama . . 

yang masa Form 4 farah tunjukkan BINA TEMBOK BATA , , form 5 pulak nak tunjuk kerja PAIP pulak , , maaf kalau gambar terOVER . .




Possing dan Kerja Paip . . ta tahu yang mana satu :)

okehh . . TAMAT . . setakat nie . . jer gambar yang ada . . t farah upDATE lagi okeh . insya - Allah :)




terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Untuk Seorang Isteri Dan Bakal Isteri



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
ASSALAMUALAIKUM

Keistimewaan seorang isteri 
" sekali suami minum air yang disediakan isterinya adalah lebih baik daripada berpuasa setahun "
"makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya adalah lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah "
" mandi junud si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing untuk disedekahkan kepada fakir miskin "
" apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad "
" pemeliharaan yang baik terhadap anak - anak adalah menjadi benteng neraka , pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih ( zikir ) "
" tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya mengembirakan suaminya "
" apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha , nescaya dia dimasukkan kedalam syurga ". ( Hadis Riwayat Tarmizi )

" seseorang wanita apabila ia menunaikan sembahyang yang difardukan keatasnya , berpuasa pada bulan ramadhan , menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana - mana pintu yang ia suka"
Dan ingatlah wahai wanita , semua itu terangkup dalam satu perkataan iaitu ' TAAT '

. Wallahualam .
 


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

´