ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Kita patut rasa berdosa apabila sering menilai seseorang berdasarkan masa silamnya , sedangkan kita sendiri tidak mahu dinilai berdasarkan masa silam kita .
* Hidup adalah satu proses yang dinamik , bukan satu hentian yang statik . Selagi belum ajal selagi itulah ada peluang untuk memperbaiki kesilapan lampau .
Kenapa kita mesti nak menghukum sedangkan Allah tak macam tu ? Allah lambat menghukum pendosa supaya dia sempat bertaubat .
Yang sudah berlalu biarkan berlalu , faik yang lepas sepatutnya dilipat dan disimpan . Bukannya dibuka dan dipersoalkan . Redhalah dengan segala yang berlaku , InsyaAllah ketenangan milik kamu .
