Happy birthday to me

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Selamat Hari Lahir ! Selamat mengingati mati . " hidup ini hanya sekali , hiduplah dengan penuh erti " . Ketika kita lahir , kita menangis dan dunia bergembira . Beramallah dengan sebanyaknya agar kelak ketika kita pulang kepadaNya manusia menangis dan kita bergembira . 

6 mei 1995 - 6 mei 2014 , Genap la umur aku 19 tahun . TerimaKasih kepada yang wish Birthday aku tu :) may Allah bless you all . huhu . SELAMAT HARI TUA untuk aku yang dah semakin tua nie , tapi tak sedaqSedaq yang diri ni dah tua , dok perasan muda lagi . Haha :3

Nyanyi sikit : HappyBirthday ~ HappyBirthday ~ HappyBirthday ~ HappyBirthday .
+ Selamat Ulang Tahun Cinta + :)
.
.
.
.

wish yang buat aku sedih sampai mengalirkan air mata amboi ayat , aku dapat dari . . . Secret . Sorry :) yang tertulis : 

" Assalamualaikum rindu (dia rindu aku ka?). Awak apa khabar ? sihat ka ? saya mecej malam nie sebab nak ucapkan selamat hari lahir yang ke 19 . Semoga Allah memanjangkan umur , dimurahkan rezeki , sihat selalu hendaknya dan bertemu jodoh yang sesuai . Saya tahu awak dah tak perlukan saya lagi . Mungkin awak dah jumpa jodoh sesuai dengan awak kan sekarang . Takpa lah asalkan awak bahagia dengan dia . Saya nak awak tahu yang saya tak pernah benci awak . Kalau awak dah ada pengganti saya yang jauh lebih baik dari saya . Saya harap awak akan menjaga dia dengan sebaikBaiknya . Saya tak mintak semua nie jadi . Yang saya mahu adalah menjadi suami kepada awak . Tapi Allah dah aturkan perjalanan hidup kita . Hanya dengan doa jala boleh mengubah segalaGalanya yang tertulis di LohMahfuz . (namaPengirim) "

maksud dia amat mendalam :3 dan aku faham setiap ayat yang cuba dia sampaikan . Maaf awak belum masanya lagi untuk saya memikirkan itu semua :'( . 
.
.
.
.
.

First gift dari adik aku , haha . Ingat jugak hang kat kakak hang ni ek . huhu . 

Bahagian depan 

 Bahagian belakang

Apa nie ? ni buku ! oke . BUKU . buku yang cover direka dan dalam hanya helaian kertas kosong warnaWarni . comei kan ? bahagian depan yang tertulis besar tarikh lahir aku . dan bahagian belakang gambar kami 3 beradik . Sweet gitu . haha . Sebab apa dia bagi buku ? 

Sebab aku ni seorang yang gemarkan sesuatu yang Kreatif dan berSeni . Aku suka kumpul bukuBuku yang comelCOMEL , aku jadikan diary . Cewahhh . di tahu apa aku suka dan dia jadikan Hadiah . Sweet kan . huhu :3

oke :) ini ja rasanya . HAPPY BIRTHDAY TO MEEEEEEE ! huhu . 


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

0 comments:

Catat Ulasan

´