HANTARAN DAN MAS KAHWIN



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
ASSALAMUALAIKUM
HANTARAN DAN MAS KAHWIN



Mahar berasal daripada perkataan arab . Di dalam al-quran perkataan MAHAR disebut dengan AL - SADAQ , AL - SADUQAH , AL - AJR , AL - FARIDAH , dan AL - 'AQD . menurut istilah syara' mahar ialah satu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan .

Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan . Firman Allah S.W.T yang bermaksud : 
" Berikanlah kepada orang - orang perempuan itu mas kahwin mereka ".
( Surah An - Nisaa' - Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
" Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ".
( Riwayat Bukhari )

Walaupun nilai hantaran dan mas kahwin  yang mahal itu diharuskan oleh hukum islam , namun itu bukannya suatu yang terbaik . Dinyatanya bahawa Nabi s.a.w barsabda :

" sesungguhnya wanita - wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya ".
( Riwayat Ibn Hibban )

Mas kahwin bukanlah satu harga ataupun ukuran bagi seorang wanita untuk dijadikan isteri , tetapi ianya adalah satu pemberian yang selayaknya diberikan oleh suami sebagai tanda dia rela mengambil tanggungjawab menjaganya . kalaulah wanita itu hendak dinilai denga harga dan perlu ditawarkan dengan mas kahwin , sudah tentu tidak ternilai dengan wang mahupun emas atau berlian .



terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

1 ulasan:

  1. terjah blog comel awak ni....

    http://geeazielove4eva.blogspot.com/2012/11/trip-to-thailand-yeayy.html

    BalasPadam

´