Aurat Dan Fesyen Wanita

  
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
ASSALAMUALAIKUM
 Segmen AURAT ! ! insya - Allah , , farah nak kongsikan cerita tentang fesyen yang betul dalam islam . 
Sebagai seorang Islam kita bangga melihat semakin ramai kaum wanita memakai JILBAB atau lebih dikenali sebagai TUDUNG yang menutupi kepada mereka . 
Kewajipan memakai jilbab ini ditegaskan dalam firman Allah :
" Wahai Nabi katakanlah kepada isteri - isterimu , anak - anak perempuanmu dan isteri - isteri orang mukmin hendaklah mereka menutupi jilbab keseluruh tubuh mereka yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal , kerana itu mereka tidak diganggu . Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang .( Al- Ahzab : 59 )
Sesungguhnya memakai jilbab bukan sahaja menunjukkan dengan jelas identiti seorang wanita muslim tetapi juga mampu memelihara mereka daripada tatapan mata liar sehingga mereka tidak diganggu sekali gus memastikan kesucian mereka terpelihara .
Namun dalam keghairahan kaum wanita Islam memakai jilbab mereka juga harus memahami bahawa jilbab bukan sekadar pakaian menutup tubuh sahaja . Mereka juga harus memastikan ia benar -benar mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam .
Syeikh Muhammad Nashiruddin Al - Albani dam kitabnya , Jilbab Al - Mar'ah Al - Muslimah menyebut lapan syarat Jilbab Syarie iaitu : 
  1. menutup seluruh badan , kecuali muka dan tapak tangan .
  2. bukan untuk tabbaruj ( bersolek ) yang boleh menyebabkan pandangan mata tertuju kepadanya .
  3. bahannya diperbuat daripada kain yang tebal bukannya nipis .
  4. kainnya longgar , tidak ketat dan tidak membentuk lengkuk badan .
  5. bukan memakai untuk mencari populariti , ia sesuai dengan peringatan Rasulullah melalui Sabdanya :  " barang siapa mengenakan pakaian untuk mencari populariti di dunia , Nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kehinaan pada hari kiamat kemudian membakarnya dengan api neraka " .
  6. tidak diberi memakai wangian seperti mana peringatan rasulullah SAW : " mana - mana wanita yang memakai wangi - wangian dan kemudian berjalan di hadapan orang ramai dan mereka menghidu baunya , maka dia adalah Penzina "
  7. tidak menyerupai pakaian lelaki .
  8. tidak menyerupai pakaian orang - orang kafir . 
Hakikatnya , mungkin ramai di antara kaum wanita muslim menganggap ia syarat yang agak berat apatah lagi kepada mereka yang ternyata sudah memakai jilbab tetapi melanggar syarat - syarat di atas .

Sesungguhnya , jika seseorang wanita BERHASRAT MENJADI SEORANG MUSLIMAH syarat berkenaan tidaklah begitu sukar kerana dalam pelaksanaan syariat islam tidak ada perkara yang sukar sebagai mana firman Allah : " Allah menghendaki kemudahan bagimu , dan tidak menghendaki kesukaran bagimu " . ( Al - Baqarah : 185 )







terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

0 comments:

Catat Ulasan

´