Checklist : Barang Keperluan Bersalin (Hospital Bag)

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Mak aku ada cerita dulu masa dia mengandung , masuk ja 7 bulan semuanya dah ready dalam bag . Kalau nak keluar pi mana-mana bag hospital tu sentiasa ada dalam kereta . Contoh kalau jadi apa-apa tadak la kelam-kabut kan . Tapi aku , 31 minggu baru nak membasuh baju-baju baby , nak topup apa yang belum dibeli.

BARANGAN ASAS UNTUK MAMA

1. Set selepas bersalin : PENDING
2. Bengkung : PENDING
3. Baju sejuk : PENDING
4. Tungku : PENDING
5. Selipar : PENDING
6. Kain batik : DONE , Pakai apa yang ada , tapi nanti rasanya nak beli lagi.
7. Maternity pad : PENDING
8. Stokin : PENDING
9. Minyak urut : PENDING


BEG HOSPITAL MAMA (DI WAD)

1. Buku merah 
2. Kad pengenalan 
3. Telefon bimbit 
4. Baju tshirt / blouse 
5. Stokin tebal : 1-2 pasang
6. Kain batik : 2-3 helai
7. Baju & seluar dalam  : bawa untuk 2 hari
8. Tudung / inner tudung 
9. Peralatan mandi (berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo)*travel kit
10. Majalah / buku / surah Yassin
11. Tuala mandi : 1 helai
12. Maternity pad : 1 pack (12 keping)
13. Tuala muka
14. Selipar
15. Bag plastik
16. Sweater
17. Sikat & bedak
18. Breast pad disposble
19. Minyak angin
20. Getah rambut
21. Disposable panties
22. Baju balik rumah @ keluar hospital
23. Nursing cover 

BAKUL HOSPITAL MAMA (DI WAD)

1. Bakul
2. Air selusuh
3. Air zam-zam / air Yassin
4. Makanan & minuman (air mineral, susu, milo, biskut, kurma,roti)
5. Termos air panas
6. Tisu


BEG HOSPITAL BABY (DI WAD)

1. Diaper new born : 10 keping
2. Baju & seluar panjang : 2 pasang
3. Baju & seluar pendek : 2 pasang
4. Mitten & booties : 3 pasang
5. Bedung : 1-2 helai
6. Barut : 4 helai
7. Topi : 1 helai
8. Selimut : 1 helai
9. Tuala mandi : 1 helai
10. Tuala muka : 2 helai
11. Baby wipes : 1 pack
12. Peralatan mandian (baby bath, baby shampoo, baby powder, baby oil, baby lotion)
13. Vicks
14. Minyak telon
15. Diaper bag
16. Napkin


KEPERLUAN BABY (LABOUR ROOM)

1. Baju & seluar panjang : 1 pasang
2. Kain bedung : 1 helai
3. Diaper / nappy : 1 keping
4. Mitten & booties : 1 pasang
5. Topi baby : 1 helai


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

0 comments:

Catat Ulasan

´