Checklist : Barang Keperluan Baby Newborn (part2)

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Untuk yang part2 ni , aku nak sambung entry yang lepas . Barang-barang yang pending di Part1 hari tu , aku dah start beli minggu ni . Untuk kali ni aku ingat nak beli perabih terus semua barang apa yang belum dibeli , tapi tak jugak . huhu . Sekarang dengan perut semakin membesar , nak jalan lama sikit pon dah sakit merata . Jadi beli la apa yang boleh beli dulu .

DIAPERING


1. Napkin : DONE , brand Anakku (8 pcs)
2. Baby pin : DONE , brand Pureen (5 pcs) ni saja beli . Taktau nak buat apa .
3. Nappy liners : TAK BELI , sebab nak bagi anak pakai pampers je .

BABY CARE & GROOMING


1. Tab mandian baby : DONE
2. Minyak telon : DONE yang ni ayah dia nak sangat yang brand Bebiku Telon Oil , tapi nanti nak beli jugak yang Tropika Krim Telon Herba tu .
3. Vicks : PENDING , tak tahu la baby vicks macam mana , takut salah beli kang jadi kot lain pulak .
4. Gunting kecil : PENDING
5. Termometer : DONE , brand Bean
6. Tooth brush : maseh PENDING , ayah dia kata nanti boleh beli , bukan nya keluar-keluar terus ada gigi .
7. Tuala mandi : DONE , brand Pigeon
8. Cotton Bud : DONE , brand Tenderly Baby Cotton Bud . Saja beli lebih .

BARANGAN BREASTFEEDING


1. Puting : TAK BELI , Pakai dulu yang dalam set bottle tu , nanti dah tak sesuai baru beli lain .
2. Warmer (tempat menyimpan botol susu yang sudah di bancuh) : PENDING
3. Storage bottle : DONE , yang ni aku beli jenis spout bag je . Brand Tiny Touch . Ada 25 bag , 8oz/250ml .
4. Nursing cover : PENDING , terlupa nak tulis dalam list yang belum beli hari tu .
5. Nursing pad washable : TAK BELI
6. Nursing pad disposal : DONE , brand Tiny Touch , beli satu kotak . Ada 60 pcs.
7. Termos : PENDING

NURSERING (KEPERLUAN TIDUR BABY)


1. Kelambu : DONE
2. Baby cot @ play pen : PENDING
3. Comforter : DONE , satu beli yang ada sekali boleh masok kepala tu brand Baby Hippo , yang satu lagi tu mak yang belikan untuk tidur atas katil baby .

KEPERLUAN LAIN


1. Baby carrier : DONE , brand Babylove , yang ni masa pilih aku serahkan kat suami aku . Sebab dia yang akan pakai baby carrier ni . Jadi nak kena ikut keselesaan dia la kan . Pilih punya pilih , last-last berkenan yang ala-ala celoreng askar ni .
2. Diaper bag : DONE , part yang ni beli brand Fiffy je , sebab dah tak tahu nak beli yang macam mana . Asal ada ja nak buat bag baby nanti .
3. Nursing Pillow : DONE , yang ni pon brand Babylove . Aku la yang nak sangat , konon-konon senang nak menyusu baby nanti . hihi

BARANGAN ASAS UNTUK MAMA

1. Set selepas bersalin : PENDING
2. Bengkung : PENDING
3. Baju sejuk : PENDING
4. Tungku : PENDING
5. Maternity pad : DONE , ada beli brand Madame . Tapi beli 1 pack je ada 10 keping . Nanti ingat nak kena beli lagi rasanya .
6. Stokin : PENDING
7. Minyak urut : PENDING
8. Disposable panties : DONE 
9. Kain batik : PENDING
10. Bakul hospital : PENDING
11. Selipar : PENDING

Untuk part2 ni kebanyakkan yang pending barang-barang mama je , InsyaAllah tunggu gaji January ni nak lengkapkan mana yang belum . Jadi tunggu untuk part3 pulak la ea . 


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

0 comments:

Catat Ulasan

´