Hantaran 18ribu

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Hawa : Adam , mak kata hantaran 18 ribu .
Adam : *naik pucat muka*
Hawa : Adam ! dengar tak ni ?
Adam : Yee Adam dengar .
Hawa : Hawa tak kira ! Adam kena cari duit jugak !
Adam : *hanya mampu tersenyum* Hawa , buat masa sekarang ni . kita tak jumpa selalu ye .
Hawa : Fine ! Adam tak sayang Hawa kan !
Adam : Hawa , kalau Hawa sayangkan Adam , Hawa mesti boleh tunggu kan .
Hawa : Oke , just wait and see .

12 bulan si Adam tak layan langsung si Hawa . sampai satu masa , Adam datang ke rumah Hawa .

Adam : Assalamualaikum .
Hawa : Waalaikumussalam , eyh Adam .
Adam : Hawa sihat ?
Hawa : Sihat Adam .
Adam : Cantik cincin dekat jari Hawa ni , bila beli ?
Hawa : Ohhh , ada orang dah masuk minang Hawa . Tu la Adam lambat sangat .
Adam : *angkat kaki terus keluar daripada rumah Hawa*

Keesokan harinya , si Hawa dapat satu bungkusan . Dalam bungkusan tu ada sepucuk surat :-

" Assalamualaikum , maaf lah sebab perlakuan saya semalam tak berapa sopan , dan maaf kan saya sebab lambat masuk minang awak . Awak , dalam bungkusan tu ada sejumlah wang 18ribu dan sebentuk cincin . Gunakanlah masa perkahwinan awak nanti . Selama 12 bulan saya jauhkan diri daripada awak atas sebab untuk mencari sejumlah wang seperti mana yang telah bonda awak tetapkan . Dengan kiraan bulan itu juga la saya nak tengok sejauh mana awak boleh tahan perasaan dengan saya . Saya tak mampu untuk mendapat kan jumlah wang yang sebanyak tu untuk masa terdekat . Maafkan la saya . Saya ambil masa yang lama sebab saya nak cari kesenangan bakal isteri saya iaitu awak . Lepas ni awak dah berstatus . Saya harap awak jaga hubungan awak sebaik mungkin , jangan pernah mendesak suami awak untuk sesuatu benda . " Menitik air mata si Hawa .

Sedarlah wahai orang perempuan . KadangKadang mereka tak pernah tahu apa yang orang lain korban kan untuk kesenangan mereka . Orang yang terlalu sayangkan kita sanggup merela kan jiwanya untuk kesenangan orang yang dia sayang , sedangkan mereka hanya menginginkan kesenangan semataMata . So hargai setiap insan tersebut dan jangan terlalu ego dengan diri sendiri .



terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

1 ulasan:

  1. Hantaran bukan satu kewajipan.. Yang diwajibkan cuma Mahar (maskahwin).. Hanya wanita zaman jahiliyyah sahaja ditetapkan HARGA sebagai BARANGAN DAGANGAN...

    BalasPadam

´