Bagaimana ular sawa hilang bisa ?

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Cerita dongeng ini diceritakan kepada saya oleh mak saya . Pada zaman dahulu kala , ada seekor ular sawa yang tinggal ditepi sebuah tasik . Badannya yang besar dan mempunyai racun yang sangat berbisa . Manusia sangat takut kepadanya , kalau dia memagut bekas tapak kaki , orangnya akan mati . Hebatkan ?

Tasik itu tidak jauh dari sebuah kampung . Ular sawa itu menjaga tasik berkenaan dan tidak ada sesiapa pon yang berani ke situ . Pada suatu hari , ular sawa berkenaan pergi ke hutan mencari makanan . Dan kebetulan ada seorang pemuda sedang mencari kayu lalu terlihat banyak ikan didalam tasik berkenaan . Dia menangkap banyak ikan dan membawa pulang .

Pada hari itu , nasib ular sawa tidak baik kerana dia tidak mendapat sebarang makanan dan hatinya berasa marah . Ia menyusur pulang ke sarang dan lalu berhampiran tasik jagaannya .

" mengapa air tasik tidak jernih lagi ? " tanya ular sawa penuh kesal . Ia menghampiri tasik itu dan mendapati ikan di dalam tasik mula berkurang . Ular sawa semakin marah . 

Ditepi tasik itu terdapat bekas tapak kaki manusia , dengan tidak membuang masa dia terus memagut kesan tapak kaki itu . Pemuda yang mencuri ikan sudah sampai di kampungnya . Dia rasa jantungnya seperti ditikam duri , kepalanya pening , dia jatuh lalu meninggal dunia . Seluruh kampung jadi gempar .

Mendengar keriuhan dikampung itu , ular sawa cuba untuk mengetahui bahawa manusia itu sudah meninggal mahupun belum . Tidak lama selepas itu datang seekor gagak hitam hinggap di dahan pokok . 

" Mengapa orang kampung gempar ? " tanya ular sawa .
" Orang kampung bersuka ria kerana dapat banyak ikan di tasik . " jawab gagak .  

Ular sawa sakit hati mendengar jawapan gagak . Ia sungguh kecewa dan berasa racunnya sudah tidak berbisa lagi . Lalu memuntahkan semua racunnya dan pergi dengan membawa hati yang sedih .

Ular mura lalu ditempat itu , lalu ia terus menjilat racun ular sawa yang dimuntahkan itu sebanyak yang boleh . Hingga sekarang ular mura adalah ular yang paling berbisa .

Tidak lama kemudian datanglah semua jenis ular untuk mengambil racun berkenaan , diikuti tebuan , lebah dan penyengat . Semuanya meletakkan racun di buntut . Kala jengking meniru tebuan , lebah dan menyengat lalu meletakkan racun berkenaan dihujung ekornya . 

Babi turun berlari untuk mendapatkan racun berkenaan , tetapi ditempit oleh kerengga sambil menyekat pinggang . Disebabkan itu kerengga mempunyai pinggang yang ramping , lalu babi hutan terkejut dan tersondol pokok maka kemetlah hidungnya sampailah sekarang . Kerengga berjaya mengambil sedikit racun ular sawa berkenaan .

Lama kemudian sampailah ulat bulu di tempat itu , puas cuba diambil racun itu tetapi tidak dapat . Lalu ulat bulu berkenaan bergolekGolek diatas baki racun tersebut sehingga semuanya melekat pada tubuhnya .

Begitulah haiwanHaiwan mendapatkan bisa mereka :)  

Selamat Terhibur 



terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

1 ulasan:

´