Perempuan Pilihan

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Perbualan antara dua lelaki . Topik ? Perempuan Pilihan :)


Amir : Wehh . . Sejuknya mata aku tengok awek tudung labuh tu , sopan je . Senyum pon manis , mesra , handsocks , stokin tak lepas . Perghh . . kalau dapat jadi bini . 
Faiz : Cuba  kau tengok awek yang aku ushar pulak .
Amir : Manakah ?
Faiz : Tu . .
Amir : Kau biar betul , dia tu dah la tak suka senyum , masam ja , tudung tiga segi , stokin tak pakai , macam kera sumbang ja , jarang la aku tengok lelaki cakap dengan dia , tak mesra alam tau . Ishh , kau ni biar betul .
Faiz : Apa yang tak betul ?
Amir : Kau kan budak surau , setiap subuh sampai isyak kau yang imam . Budak pandai , setiap sem dekan . Kau jaga batas kau antara lelaki dengan perempuan . HariHari baca al-Quran . Kira kau ni perfect la sebagai lelaki soleh . Tak kan kau nak perempuan macam dia ?
Faiz : Kau tengok awek tudung labuh yang kau ushat tu . *si awek sedang duduk bertiga di meja cafe . . dua perempuan dan satu lelaki , gadis tudung labuh sedang berhadapan si lelaki , bertentang mata . KadangKala ketawa manja , sambil menepuk bahu lelaki itu sengaja . Kau faham sekarang apa yang aku maksudkan ? yang bertudung labuh , tak semestinya baik . Kau tengok gadis pilihan aku *gadis yang sedang duduk sendirian didatangi seorang lelaki .
Amir : Siapa lelaki tu weh ?
Faiz : Seorang sahabat yang aku upah untuk menguji gadis tu . *lelaki itu duduk disebelah gadis tu , gadis tu bangkit duduk dimeja sebelah . Wajahnya tiada senyuman seketika ternampak lelaki itu cuba berbicara . Si gadis langsung tidak memandang wajah lelaki tetapi tetap membalas bicara si lelaki sekadar untuk beradap . Kemudian si gadis meminta diri dengan wajah yang merah padam . kau nampak perbezaannya ? mungkin gadis pilihan aku tidak bertudung labuh , itu tak menjadi masalah kerana bagi aku pakaian dia sudah mengikut syariat , tidak ketat , tidak menampakkan dada , tidak berstokin , itu boleh ku ajar perlahanLahan apabila dia menjadi isteriku . 
Amir : Kau pastikah kebaikan dia bukan dibuatBuat ?
Faiz : Aku sudah menguji dia sejak dia masuk ke kolej ini lagi . Setiap hari aku dan dia akan masuk kesurau pada waktu yang sama aku masuk , kecuali subuh , keluar jugak waktu yang sama , aku dengar dia mengaji , perlahan dan sayup suaranya . KadangKadang aku dengar dia menangis tatkala berdoa . Aku juga selidik dari adik perempuanku yang belajar disini , dia seorang senior yang baik , dia pandai masak . Setiap hari isnin dan khamis dia akan puasa dan sedekahkan beberapa bungkus makanan kepada adikAdik dan KawanKawan . Dia selalu membuka kelas bacaan al-Quran kepada junior yang berkeinginan , dia seorang yang periang dan manja , bukan pemarah . Ringan tulang membantu , sentiasa senyum , sebab itu banyak junior perempuan menyayanginya . Cuma semua itu disembunyikan hanya untuk si suami . Sebab itu aku cakap , yang bertudung singkat tak semestinya jahat , yang bertudung labuh tak semestinya beragama . Aku pernah lihat . Sewaktu dia makan bertiga bersama sahabat di cafe . Ada dua ekor kucing datang menghampirinya , lalu dia ambil seketul ayam yang dalam pinggannya lalu diberi kepada kucingKucing itu . Lalu dia teruskan makan nasi tanpa lauk , sebab tu aku memilih dia , kerana agama dipegangnya , bukan kerana labuhnya tudung dia .
Amir : Owhh , Maafkan aku sahabat .
Faiz : Tak mengapa , cuma aku tercari waktu tersuai untuk mengkhitbah (pinang) dia.
Amir : Aku doakan yang terbaik untuk kau sahabat .
Faiz : In Sha Allah , Alhamdulillah .

p/s - Bukan labuhnya tudung seseorang itu menjadi ukuran , tetapi labuhnya sikap zuhud dan tawadhu' dalam diri itu menjadi pengukur uman .


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

0 comments:

Catat Ulasan

´