Kenangan Indah di Negeri orang

Assalamualaikum . Salam sejahtera :)



Tengok pada Tittle " Kenangan Indah di Negeri orang " . Apa yang Indah ? Negeri mana ? Apa yang berlaku ? . Ha ! mesti banyak persoalan yang timbul yang kepala hangpa semua kan . Cewahh . 

Perkara ini berlaku pada 13 hariBulan 1 2014 (Isnin sehari sebelum maulidurRasul) . Malam Isnin jam 8.00 malam ta salah aku . Aku keluar ke KualaLumpur dari TanjungMalim . Untuk berJalan-jalan KL - ShahAlam . Malam tu aku Check-In hotel untuk berMalam . dan pada hari Selasa tu aku ingat nak balik TanjungMalim . Sebab rabu dah ada kelas . 

* Gerak ke KTM shahAlam untuk beli tiket balik * Jam 9.00 malam

Aku : " TanjungMalim cik . "
Pekerja KTM : " Maaf dik , tiket ada tapi nanti takut adik ta sempat nak tukar Train " .
Aku : " Oke , TerimaKasih " . ( muka Sedih ) . Call kawan yang dok kat ShahAlam suruh ambil aku .

Call . .

Aku : " Assalamualaikum , tolong ambek aku kat KTM , tiket tak dak la . "
Faiz : " Waalaikumsalam , ha oke2 . Tunggu aku jap lagi aku sampai . "

* gerak g Station Bus , seksyen 17 shahAlam * - Tiket untuk malam tu pon tada untuk ke station Bus TanjungMalim , yang ada cuma berhenti dekat R&R TanjungMalim , jauh tu . dari ShahAlam memang tak dak bas yang pegi TanjungMalim pon . Rumah sewa aku kat Behrang . 

Last-II aku soh kawan aku tu hantar aku p masjid ja . Dia hantar p aku kat Masjid ShahAlam . Sebenarnya aku tak penah p masjid tu . Jadi setengah Jam jugak la aku cari tempat solat perempuan , haha . Bukan ta tanya orang , masalahnya orang da ta ramai . Jam 10.30 malam dah . Last-II baru jumpa dan Alhamdulillah jumpa pon . 



Satu lagi , mana la aku nak tau Masjid tu tak boleh aku nak bermalam . Tiba-II ada orang menegur dari belakang . Masa ni dah nak dekat pukul 11 malam , aku duduk kat tangga yang tempat orang letak kasut-II tu ha .

Encik (aku rasa dia ketua kat situ)sebab dia check kawasan masjid sebelum pagar di tutup : " Assalamualaikum , Adik tunggu kawan ka ? "
Aku : " Waalaikumsalam , eh tak lah
Encik : " kalau macam tu , adik buat apa kat sini ? sepatutnya pukul 11 orang dah tak boleh duduk kawasan ni . "
Aku : " Oh , saya tak dak tempat tinggal . Tak dak saudara terdekat kat sini (muka cuak habis semua ayat aku hentam) . "
Encik : " sepatutnya kalau ikut peraturan tak boleh bermalam disini . "

Hati aku bertambah gelisah , takut semua ada . Kat mana aku nak duduk ni .

Aku : " saya nak balik TanjungMalim , tadi tiket train habis jadi saya tak tahu nak duduk mana sebab tu saya datang sini . "
Encik : " kalau macam tu adik kena tulis surat kebenaran , supaya kami tahu yang ada orang bermalam kat sini , adik p kat kaunter tu jumpa Encik Firdaus (tak salah aku la nama dia Firdaus) "
Aku : " TerimaKasih Encik "

* Berlalu dari situ dan isi apa yang patot * masuk tempat solat perempuan .
.
.
.
.

Gambar Google

Aku masuk , dalam tu ada lagi orang . Tunggu masa untuk diminta keluar . Aku duduk diPenjuru tiang Besar . Keseorangan . Tepat jam 11 malam , sapa-II yang duduk dalam masjid tu diminta keluar . Aku tengok semua orang bangun keluar . Mula-II cuak sebab tak kan aku sorang ja . Tapi tak ! ada sorang makcik yang bermalam dalam masjid tu jugak .

* Makcik menegur * aku lupa apa yang aku sembang dia . Sebab macam-II . haha . selama aku kat masjid tu aku hanya kenal makcik tu ja sorang , apa-II mesti aku dengan makcik tu . 

SubhanAllah , aku berasa tenang dan aman ja hati ni duduk dalam masjid yang serbah indah tu . Sampai aku lupa Makan ! aku ulang , aku lupa MAKAN oke . Sebab selama aku duduk dalam masjid tu aku tak berasa lapar ! MasyaAllah . makcik tu da banyak kali tanya aku makan tak lagi , siap dia tunjuk g kat mana tempat makan . Bukan aku tak nak , bukan jugak aku tak dak duit . Cuma aku tak rasa nafsu makan tu . Sampai satu masa makcik tu yang belanja aku makan . Ha ! amek kau . Tak nak sangat kan . 

Dua hari aku bermalam kat situ , atas sebab-II tertentu . Bagi aku itu kenangan paling terindah aku kat sana . Aku dah anggap makcik tu macam mak angkat aku dah , saya suka bersembang dengan makcik tu sebab macam-II dia cerita . Dia tak dak anak perempuan sebab tu dia pesan macam-II kat aku , macam-II nasihat aku terima , nak menangis aku dengar semua tu . 

. sekarang dah bulan 3 , aku rindukan kenangan tu . Aku rindu mak angkat aku . Dan aku nak kesana lagi . InsyaAllah .







terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

0 comments:

Catat Ulasan

´