Kahwin VS Couple

Assalamualaikum . Salam sejahtera



Masa couple , sebelum berpisah , si awek akan salam si pakwe . Siap cium tangan lagi , konon - kononnya nak jadi isteri yang solehah . Lepas kahwin beranak - pinak , si suami nak pergi kerja , si isteri tak salam cium tangan suami pun .

Masa couple , si awek kalau nak keluar pergi mana - mana kena minta kebenaran si pakwe dulu . Kalau si pakwe tak bagi , tak keluar . Konon - kononnya derhaka la kalau ingkar . Abis tu , dengan mak bapak boleh pulak derhaka ? Lepas kahwin beranak-pinak , si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar .

Masa couple , pakai tudung sebab nak tutup aurat . Tak nak bagi orang lain nampak rambut . Bila berwebcam ataupun hantar gambar kat pakwe , tak cover pun rambut dan aurat . Kononnya , nanti dia nak jadi suami jugak . Jadi halal jugak nanti . Kononnya , semuanya untuk abang sayang seorang .

Bila couple , masa dating si awek terpaksa bagi si pakwe pegang tangan , pegang pinggul , cium-cium sikit . Bukti cinta kononnya . Sanggup berkorban jiwa , raga dan dara . Takut kalau tak bagi , si pakwe tinggal cari orang lain . Bila dah kahwin beranak-pinak , dah tak berpegangan tangan lagi dah . Dah tak rasa apa - apa lagi lepas kahwin . Si suami minta dilayan , ditolak mentah-mentah . Dosa woo siksa batin .

Masa couple , bila melepak dengan kawan-kawan , semua sibuk cerita kehebatan pakwe masing - masing . Bila dah kahwin beranak-pinak , bila berborak dengan kawan - kawan , semua sibuk cerita keburukan dan kekurangan suami masing - masing .

Masa couple , si pakwe cakap itu , si makwe pun ikut je . Konon - kononnya nak jadi suami yang tegas la nanti . Bila dah kahwin beranak-pinak , si isteri jadi queen control . Si suami ikut je telunjuk si isteri . Si suami berdosa sebab dayus , si isteri berdosa sebab control suami . Mana taat setia sebelum kahwin dulu , wahai perempuan ? Mana sifat tegas dan kepimpinan sebelum kahwin dulu , wahai lelaki ?

Jangan bazirkan perasaan pada yang bukan pasti milik kita , jagalah diri dan simpan untuk yang sah sahaja .


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

0 comments:

Catat Ulasan

´