Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis ?


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM



Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis ?

Nak Tahu? ^^

Satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya pertemukan hujungnya (lihat gambar).

Permainan dimulakan! Lima pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan :

1. Cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua. Manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2. Tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik). Mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3. Sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4. Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan. Anda akan hairan kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka kerana jari manis mewakili suami isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain, sehidup semati.

*Kalau masih belum paham, cuba baca ayat diatas sekali lagi. ^^


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

3 ulasan:

  1. wah..hehe dah taw da..kawn2 slalu buat nih..unik an..hehek. ;D bile larh tangan nih nak disarung kan cincin..werk :P ayat hahaha

    BalasPadam

´