Mecej hari terakhir Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Seorang lelaki menghantar mecej panjang kepada seornag gadis di hari terakhir Ramadhan . PagiPagi subuh lagi dihantarnya .

SMSnya bertaip :
" Assalamualaikum , maaf andai mecej ini mengganggu awak pagiPagi ini . Saya terlihat status Facebook awak kata awak teruja nak ada seorang suami yang pandai bermain gitar untuk awak setiap malam sebelum tidur . Awak , saya tak pandai bermain gitar . Gitar pun tak ada . Kalau saya nyanyi , nescaya jiranJiran sebelah rumah akan pasang mercun ketupat dan campak lajuLaju ke rumah saya . Saya pun tak seCool lelakiLelaki urban di luar sana yang berseluar ketat tirus macam zizan ML , berkaca mata Ray Ban pasar malam , berjacket korea berjalanJalan di panas terik Malaysia , apatah lagi memakai pakaianPakaian yang UpToDate . Itu bukan saya . Tapi saya boleh comfirmkan satu ni sahaja , saya boleh bacakan alQuran untuk awak setiap malam sebelum tidur . Saya boleh kejutkan awak bangun Tahajjud setiap malam . In Sha Allah , saya sediakan meggi tomyam setiap kali awak bangun sebagai upahnya . Jadi , sudi tak awak jadi isteri saya ? Sila reply dalam 50 saat , Kalau lambat , saya anggap awak tak sudi . "

** Message Sent **

.
.
.
.
.

46 saat kemudian
** One New Message **

Si lelaki tadi terus membaca SMS ynag masuk dengan mata berkacaKaca .

SMSnya bertaip :
" Sudi . Tu pun kalau awak Khatam alQuran bulan Ramadhan ni 30 juz , solat Teraweh tak tinggal apatah lagi solat Fardhu , dan sila betulkan tajwid awak sebab saya dengan Izhar Halqi - Ikhfa' Hakiki - Idgham Ma'al Ghunnah entah kemana . Tajwid awak berterabur . Satu lagi , sejak bila awak bangun malam ? sebab saya tengok awak nyenyak tidur sampai terbabas Subuh hampir setiap hari . Kalau awak tidur lewat pun , saya tengok awak leka bermain Whatsapp atau WeChat atau Line . Yang Benar , Mak awak yang sempoi . "

Si lelaki terus melihat Sent Item . Adus , dihantar pada mak sendiri tu kenapa ? kenapa ? kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaa ? ! !

Direplynya dengan tangan terketarKetar ,

" Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin awak . Awak jangan hempuk saya dengan penyapu lidi ya di pagi Raya yang Mulia . Amponnnnnnnnnnnnnnnnn "

Cerita Oleh : Muhammad Rusydi . Blog


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

0 comments:

Catat Ulasan

´