KAHWIN MUDA MEMBUKA SERIBU PINTU REZEKI

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Lama jugak tak mengUpdate ni , cewahhh . Kali ni pon nak update pasal kahwin . haha , Tatau la pasaipa . Saja la rasa macam dah besaq , bole kahwin da ni . huhu , *perasan sorangSorang* . :3


KAHWIN MUDA MEMBUKA SERIBU PINTU REZEKI
*Jangan halang keinginan anak nak Kahwin* - Pesanan buat IbuBapa


1 . Janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin , kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki . Perkahwinan atas nama Islam , sudah pasti akan diRedjai Allah .
2 . Janganlah dihalang keinginannya , kerana Allah sudah berjanji , barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudahkan segala urusan .
3 . Jangan sesekali risau pasal pelajaran , kerana ia takkan pernah berhenti . Hatta berkata sampai ke mati sekalipun , ilmu takkan pernah habis dicari .
4 . Walaupun dia belum bekerja , bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya . Sudah tercatat dalam Al-Quran " orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin .
5 . Jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak . Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi , kerana semua adalah kerja Allah . Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri .
6 . Berkahwin itu menghalang maksiat . Daripada dia melihat perempuan/lelaki di sana sini . Lebih baik dia melihat isterinya saja . Dapat pahala lagi .
7 . Dengan berkahwin , anakmu akan jadi lebih bersemangat , bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan . Kerja juga menjadi lebih produktif .
8 . Percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab . Jika ditanya manaMana suamu isteri pun , sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar sukaSuka .
9 . Jangan dilihat kematangan pada usia , tapi lihatlah pada peribadi dirinya , Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin , maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula .
10 . Ilmu agamanya sedikit cuma , tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu . Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah .
11 . Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan . Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula , bagi meraih lebih banyak pengalaman .


12 . Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja . Namun kiranya tiada dipersetujui , anakmu terima sepenuh hati . Kerana dia juga tahu , bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya .
13 . Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu , maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya . In Sha Allah , bukan calon Isteri/Suami dicari , tapi calon Ibu/Ayah kepada cucumu yang akan dicari .
14 .Apa pun jua keputusan dipilih , semoga Allah sentiasa memberkati . Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik . SamaSama kita berharap kepadaNya .
15 . Tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluahkan isi hati . Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah , alangkah bagusnya . hihi 





terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

0 comments:

Catat Ulasan

´