Jangan takot kahwin muda

Assalamualaikum dan Salam sejahtera . 


Jangan Takut Kahwin Muda ! Saya berusia 21 tahun , dan sudah berkahwin . Masih muda bukan ? Suami saya berusia 23 tahun . Juga masih muda . Kami berdua masih belajar . Jadi , mengapa berkahwin ? Kalau ikut kata mak ayah . 

Nak bagi bini makan apa ? Pasir ? ” 

Perjalanan cinta saya tidak mudah . Sebelum berkahwin , saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih . Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘ declare ’ , untuk bersedia untuk berkahwin . Hampir 3 tahun  , saya ditinggalkan untuk perempuan lain . Kecewa ? Sudah tentu . Jujur , saya hampir bunuh diri . Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar . Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang . 


Pada mulanya , saya ingat sekadar ‘ cinta rebound ’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan , suami saya melamar untuk berkahwin . Pada mulanya , saya ingat satu gurauan . Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi . Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar . ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah . Suami saya pelajar perubatan tahun 3 , dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian . Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa , takut juga pisang berbuah dua kali . Akhirnya , kami berkahwin . 


Dengan mahar RM 200 , sebentuk cincin emas , tiada hantaran , tiada majlis , kami bernikah . Simple bukan ? Kenapa perlu pening ? Kalau anda lelaki , anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda . Dan , kalau anda perempuan seperti saya , semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang , hantaran RM10K ke atas) . Perlu tidak ? Maaf perempuan , kalau terasa . Saya bukan jual diri , saya tidak perlukan hantaran RM10-20K . Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya . Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu , bukan cara Islam . Saya perempuan lulusan ijazah , saya ada tulang 4 kerat , dan saya boleh berusaha , kenapa perlu mengharap dengan lelaki ? Suami bukan untuk dibebani , tapi untuk disenangi . Isteri bukan untuk dibeli , tapi untuk dikasihi . 


Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi . Hantaran , majlis , belum baju , pelamin . Tapi cuba fikir , perlu tidak ? Baju raya kan masih ada , cantik lagi . Kasut raya pun masih baru . Kenapa perlu buat majlis di hotel , dewan orang ramai kan ada ? Kalau rasa sangat mahal untuk katering , boleh upah orang masak , tinggal sediakan bahan dan peralatan . Bersanding tak perlu , buat penat badan duduk macam tunggul depan orang .


Seganlah . Nanti orang kata apa . ”  “ Isk , buat malu belajar tinggi-tinggi , tak dapat hantaran . ” 

Hai , ni mentaliti Barat . Bagi yang beragama Islam , ingat rukun nikah . Tanggungjawab selepas kahwin yang penting . Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.  Prioritikan penggunaan duit anda . Kos bersalin bukan murah . Kalau di hospital kerajaan , paling kurang perlu ada RM400-500 . Tapi di hospital swasta , minimum RM2000 . Kos ada anak sangat tinggi sekarang . Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar ? Harga lampin pakai buang ? Dan sekarang , anda masih terfikir pelamin itu penting ? Ini tak kira duit nak beli kenderaan , beli rumah . 


Pening ! ! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu . Saya bahagia sekarang . Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu , disentuh lelaki bukan mahram . Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu . Apa semua yang pasangan bercinta lakukan , kini kami lakukan dengan halal . Dan kami boleh lakukan lebih dari itu , dengan halal . Tidak perlu risau . Kami aman dan bahagia . Saya dan suami masih bercinta . Masih belajar mengenal sesama sendiri . Dan percayalah , tak guna bercinta lama-lama . Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda . Saya dan suami , masih seperti pasangan yang baru bercinta . Saya mampu tanggung hidup sendiri , kerja dan cari duit sendiri . 


Buat apa menyusahkan suami ? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan , anda faham maksud saya) , untuk mendapat keputusan yang cemerlang . Saya tahu ego lelaki tercabar , tetapi saya jujur cintakan suami saya . Saya tak ingin jadi beban , cukup asal dia berasa senang dengan saya . Tidak perlu nafkah yang besar , semampu yang ada saya terima . Bakal-bakal isteri sekalian , bersyukurlah dengan suami anda . Dan bakal-bakal suami sekalian , hargai isteri kamu . Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda . Persamaan membina keserasian , perbezaan itu melengkapkan . Rezeki Tuhan ada di mana-mana . Jangan putus asa . Berkahwinlah ! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia .



Copy


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

0 comments:

Catat Ulasan

´