Aku Hanya insan Biasa

Assalamualaikum :) Salam sejahtera * Bismillahirrahmanirrahim .



Aku hanyalah insan biasa yang sering melakukan kesilapan . Aku juga tidak terAsing daripada mempunyai kisah Silam yang tersangat Perit dan Hitam ! yang aku sendiri tidak sanggup untuk mengingati peristiwa itu kembali . Dimana kejadian itu telah mengajar aku banyak perkara tentang Dunia dan Akhirat . Dari situ baru aku menyedari bahawa pertolongan Allah itu sangat penting dalam diri yang serba kekurangan dan lemah ini . Alhamdulillah , ternyata Allah masih melindungi aku pada malam kejadian daripada aku dijadikan mangsa kerakusan nafsu lelaki . Subhanallah ! baru aku tersedar dari tidur yang lena yang menghanyutkan aku ke jalan yang amat hina .

Dari situ aku telah terpanggil untuk berTaubat sesungguhnya ke jalan Allah SWT :') aku ingin menjadi yang solehah . Ya Allah , jika ini HidayahMu . Aku terima dengan hati yang Lapang . Aku telah Alpa dalam mendekati diri kepadaMu . Kau permudahkanlah segalaGalaNya . Amiinn . 


" yang sudah berlalu , biarkan ia berlalu . Fail yang lepas sepatutnya dilipat dan disimpan bukannya dibuka dan dipersoalkan , Redhalah dengan segalanya yang berlaku . InsyaAllah ketenangan milik kamu "




Aku juga mempunyai perasaan sayang dan cinta kepada seseorang , walaupun kisah silam dia lebih hitam daripada aku , aku terima dia seadanya dia . InsyaAllah . Kalau sudah tertulis dia dan aku di Luh Mahfuz . Bersamalah kami antara dua tempat iaitu Dunia atau di Syurga nanti . Aku sayang kerana Allah . Aku cinta Kerana Allah . Aku cintakan Agamanya . Setiap manusia melakukan kesilapan . Jangan menilai seseorang berdasarkan masa silam , tetapi lihatlah pada hari ini . setiap orang mempu berubah , malah jauh lebih baik dari apa yang kita sangkakan .



Kalau boleh biarlah Allah yang mengaturkan segalanya , aku hanya mampu berdoa dan meminta supaya dipermudahkan . Kita merancang . Allah juga merancang . Tetapi perancangan Allah lebih baik .

Aku tidak mahu terjadinya Zina pada diri aku . Aku tahu apa akibatnya perbuatan zina . Aku harap dia dapat memahami hati aku . Dan biarlah segala urusan diaturkan olehNya , semestinya lebih Cantik dan Indah . 




Sabda Nabi SAW : " sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anakAnak Adam . Zina mata itu adalah pandangan . Zina lidah itu adalah ucapan . Nafsu mengharap dan berkeinginan , dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya . " (HR Bukhari)

" sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina tidak dapat tidak berlaku ke atas anak adam , zina mata itu pandangan , telinga itu zinanya mendengar , lidah itu zinanya ucapan , tangan itu zinanya melakukan kekerasan , kaki itu zinanya langkah , dan Hati itu mengharap dan berkeinginan , dan mengiyakan kemaluan atau mendustakannya . " (HR Muslim) 

InsyaAllah , aku akan cuba jauhkan diri daripada berlakunya perkara seperti itu . Supaya Allah memudahkan perubahanku ini .


" Andai benarBenar rindu , cukuplah perasaan itu dikirimkan di dalam doa . Biar rasa berlagu di dalam hati itu , kita cuma coretkan dalam warkah sepi , yang isinya hanya tuhan yang tahu . Jangan kerana kita , dia gugur dari perjuangannya mencari redha Allah . Jangan kerana kita , dia terus hanyut dalam kealpaan "   






" kami dahagakan ilmu agama , Tetapi kami dihidangkan dengan hiburan dan kemungkaran yang melampau "


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

0 comments:

Catat Ulasan

´