Ingin Berhijrah . . Mampukah ? ?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
ASSALAMUALAIKUM

Di sini farah nak memperkenalkan diri dulu , farah berasal dari PERAK .  menetap di PARIT BUNTAR , sekarang nie tengah duduki SPM dekat SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAIPING . 

Mengenai Topik farah di atas tu . INGIN BERHIJRAH . . MAMPUKAH ? ? . farah ada satu cerita yang ingin dikongsikan kepada semua pembaca . mengenai diri farah yang tetiba terasa teringin sangat na berhijrah ke jalan ALLAH . Mungkin hidayah dari allah  ataupun mungkin terdetik dari hati sendiri tapi tetap atas pertolongan yang maha esa .
keinginan ini bermula dalam bulan puasa tahun ni , keinginan terasa nak sangat memakai tudung labuh bidang 60 . Firts tu memang la rasa macam segan nak bagitau dekat mak , hasrat ni cuma diketahui oleh INTAN SUHAZAHWA iaitu kawan baik farah , yang sentiasa memberi dorongan dan bimbingan yang termampu ke atas farah .
Lepas ja sembang dengan Ketua Badar Aspuri sekolah farah , dia nasihat . dia cakap lebih baik bagitau mak mungkin mak boleh terima , mak bagi dorongan . malam tu jugak farah mecej mak cakap yang farah nak mak belikan tudung sekolah yang bidang 60 untuk farah bila farah balik rumah nanti .


Oke dah dapat tudung bidang 60 , Firts time kat skola teruk kena EJEK , , oke farah ngaku farah tak kuat . . NANGES ! ! kawan bagi semangat , kuatkan hati . . abai apa orang nak kata , tetapkan pendirian , depa saja nak test kita , nak test kita kuat ka tak kalau dicabar macam tu . kalau kita stell balek macam dulu bermakna depa menang sebab berjaya buat kita jatuh . . k farah cuba kuatkan diri , berjaya ! kekalkan pendirian .
Dalam - II cuba untuk berhijrah ni , macam dugaan diterima . . sampai la ke hari ini , farah masih perlukan banyak bimbingan daripada seseorang yang boleh membimbing farah . pendirian farah cepat berubah . farah cepat terikut dengan dunia luar .
sekarang adik farah , NUR AMIRAH pun dah nak berhijrah macam farah . alhamdulillah , sama - II menuju ke jalan allah .



sekarang nie dah teringin dan berniat nak pakai PURDAH suatu hari nanti , insya-allah . . :)
doakan farah kekal untuk berubah dan teruskan dengan niat yang baik ini . AAMIIN ! !



terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

0 comments:

Catat Ulasan

´