Adakah anda begini ?

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Saja mengCopy , sebab aku rasa macam sama ja . hukhuk , kepada yang anak sulung sahaja oke !


  • Suka marahMarah tapi bagi orang comel .
  • Manja dalam diam .
  • Suka dengar luahan hati sedih orang .
  • Tak suka menyusahkan orang .
  • Kalau orang sakitkan hati dia , dia balas benda tu berkali ganda .
  • Sekali dilukai sampai mati dia ingat .
  • Pendendam . 
  • Susah percayakan orang . 
  • Walaupun satu hubungan tu dah putus , dia tetap simpan kenangan tu .
  • Tak materialistic .
  • Ramai peminat .
  • Kalau orang cari gaduh , laju ja dia nak balas .
  • MulaMula sunyi , LastLast hyper .
  • Suka makan banyak .
  • Takkan pernah luahkan semua rahsia dia dekat orang lain .
  • SangatSangat nakal .
  • Romantic .
  • Suka gelak .
  • Tak makan hati dengan kata pedas orang , tapi rasa nak bagi kaki .
  • Sangat lah kuat cemburunya .


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Aku terima nikahnya Part 2

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


" selamat menempuh hidup baru , semoga jadi keluarga yang saqinah , mawaddah , warrohmah , mendapatkan keturunan yang soleh dan solehah . Diberikan rezeki yang berkah dan melimpah , dan selalu di dalam lindungan serta kasih sayang Allah . "
.
.
.
.
Ke Kedah kah kita ? Yeahhhh , ke Kedah la ! Bini dia oqang kedah habaq hang . MerahMerahan gitu . Seperti saga , cewahh . Kami bawak pengantin laki , so pengantin sampai pukul 2 petang sementara tunggu kami bersiap . Kesian , pukul 10 depa dah makeUp siap2 semua , pukul 2 baru gerak g kenduri . 



Dari kiri berdiri - Makcik Aku (adik pengantin) dengan anak nombo 2 dia , Mak Aku (kakak sulong pengantin) , Aku , Makjang aku (kakak pengantin)
Dari kiri duduk - Maksu aku (adik bongsu Pengantin) , Adik aku .

  
Kami beselfie ? itu benda wajib . haha . tak kira la masa tu pengantin tengah makan sekali pon . Ada kami kesah ! haha . Tak kira dimana sekalipon . hak selfie hak kami . 



Selfie tanpa kira siapa di sekeliling ! huahua . Masa ni dah gerak nak balik dalam pukul 4 petang , puas selfie dengan pengantin . Jadi tibanya untuk berseorangan , Aku dengan adik aku :P


Gambar atas , kami depan meja pengantin . Pengantin di belakang diabaikan :3 yang penting kami happy . Yang bawah , depan rumah pengantin . Selfie dengan mak , hihi .


Pertama kali aku bergambaq dengan Pakteh aku :3 . Pengantin baru untuk kali ni . Semoga berbahagian . 


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Fifa WorldCup Brazil punya penangan

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Aku harap kali ni aku tak silap tarikh lagi macam dah jadi semalam , disebabkan excited nak tengok Fifa WorldCup Brazil aku terawal sehari pada tarikh Fifa tu start . Sampai pukul 3.15 Pagi aku berjaga , takdak pulak tandaTanda bola nak start . So aku masuk tidur , kalau tak mesti tak tido . Tunggu punya pasai , ishh3 . Kesian kat aku ni . Pasaipa leh jadi lagu uh pon taktau la . 

Jadual Fifa :- " malam ni woii ! pukul 4 Pagi , jom berjaga . Tak payah nak tido sangat la . hihi "


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Pesanan isteri kepada suaminya sempena WorldCup Brazil

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Memandangkan WorldCup Brazil dah start pukul 4pagi 13.06.2014 . Jadi seorang isteri yang mengetahui tahap obses suaminya terhadap bola , lalu si isteri memberi beberapa pesanan kepada sang suami tercinta :-

Kepada suamiku ,

Fifa WorldCup dah dekat , disini sayang sertakan beberapa peraturan sepanjang Fifa WorldCup :-
  1.   Remote TV tu jangan balingBaling sepanjang musim Fifa WorldCup ni . Terutamanya Team abang kalah .
  2. Tolong bagitahu kawanKawan abang , jangan nak menyemak datang rumah atau ajak abang tengok kat luar . Sayang tak suka .
  3. Sokong la pasukan mana abang nak sokong . Ada sayang kisah ?
  4. Sentiasa senyum walaupun pasukan abang kalah , terimalah hakikat .
  5. Kalau taknak sayang lalu depan TV , baik abang lekat ja TV tu dekat muka .
  6. Jangan tanya soalan yang memalukan , Contoh : " kenapa referre tu bodoh ? "
  7. Tolong Professional , tahap kehensaman Cristiano Ronaldo tak dak kena kenaMengena dengan abang .
  8. Cristiano Ronaldo dan Ronaldo Brazil hanya sama pada 'Ronaldo' ja . Takdak kenaMengena dengan yang hidup atau mati .
  9. Nanti pandaiPandai la ya bangun sendiri nak pergi kerja . Hadap sangatkan WorldCup .
Kepada suami diLuar sana , jangan sebab bola habis lupa Bini dan AnakAnak .    


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Semuanya belum berakhir

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


" sabar itu tak mudah , tapi kerana sabar segalanya akan dipermudahkan . Sabar itu tak indah , tapi kerana sabar dirimu nampak indah "

23 Jun 2014 :-
Mulalah semester baru untuk penuntut Politeknik . Begitu jugak aku *kalau masih diberi peluang . 

Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang . Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam . Yes I'm ! Belajar mengenai pembinaan and others . Because , aku mempunyai citaCita untuk menjadi Arkitek . Mungkin subjek tu lebih kepada Kontraktor / JKR . Tapi bagi aku ia seronok walaupun kadangKadang buat aku pening kepala tahap Giga . 

Semasa di semester pertama :-
Aku seorang penuntut yang tinggal diKamsis . Berpenampilan agak Skema / berkaca mata *aku tak rabun , cuma silau . Kurang pandai bab Ilmu mengira sebab masa zaman sekolah aku tak belajar Addmath . Otak jadi blur untuk firstClass , lamaLama oke :) aku seorang penuntut yang setiap minggu kalau boleh nak Outing dan balik kampung duaMinggu sekali . huhu . Setiap hari munggu suka melakukan aktiviti seperti berbasikal . Kenangan tinggal dekat kamsis memang best , walaupun kena paksa turun berkumpul , kena paksa turun pergi tengok wakil kamsis tengah lawan pertandingan , kena paksa ikut law tinggal di kamsis and otherss . Subjek yang aku kena belajar semasa di semester satu :-
  • Pendidikan Islam
  • Communicative English 1
  • Ko-Kurikulum 1
  • Engineering Mathematics 1
  • Engineering Science
  • Computer Application
  • Occupational Safety and Healthy 1
  • Construction Material and Aplications
  • Engineering Survey 1
  • Engineering Drawing
Untuk exam 4 subjek yang di Highlight saja . Pointer aku oke , aku lulus untuk semua subjek . Alhamdulillah .

Semasa di semester kedua :-
Aku penuntut yang tinggal diluar kawasan Politeknik . Menetap di rumah sewa Behrang 2020 . BerulangAlik setiap hari . Untuk semester kedua subjek yang aku belajar lebih mencabar tapi aku tetap cool . huhu . Antaranya :-
  • Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam
  • Ko-Kurikulum 2
  • Engineering Mathematics 2
  • Engineering Survey 2
  • Contract Procedure
  • Concrete Technology
  • CAD
  • Mechanics of Structure
  • Industrialised Building System
Tapi , tak lama aku disemester 2 . Hanya sebulan lebih sebelum aku menangguhkan pelajaran aku . Tak sempat untuk aku mengambil Final Exam . Semuanya telah berubah serta merta . Kalau semua ini tidak berlaku , aku sudah ke semester 3 . Mungkin perancangan Allah lebih baik dan Indah . InsyaAllah .

Andaian aku terlencong jauh dari kenyataan , rupaRupanya aku terpaksa berhenti untuk belajar disebabkan halHal tertentu . Beratnya ujian untuk aku , kuatlah duhai hati . Mungkin bukan rezeki aku disini , mungkin ditempat lain :') . 

Siapa cakap aku tak kecewa ? siapa cakap aku tak sedih ? siapa cakap aku tak tertekan ? Semua tu aku dah alami , dibanjiri air mata tiap hari . Sebab masa tu aku tak mampu untuk menerima kenyataan . Tapi lamakelamaan aku terima walaupun kadangKadang menitiskan air mata . " Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya " .

" Bejalanlah dengan penuh harapan , walau hidup ini tidak selalu membahagiakan . Sedekahkanlah satu senyuman , walau jiwamu tidak lagi mampu bertahan . Belajarlah memaafkan , walau hatimu sering dilukakan . Berhentilah memberi alasan , walau ingin menyatakan kebenaran . Hiduplah dalam Iman , walau hari dipenuhi dugaan . Dan berpeganglah pada Allah , walau Dia tidak kelihatan . "


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Lelaki bersama MesinGun

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Bayangkan situasi ini berlaku pada anda .

Suatu hari pada masa solat Jumaat yang dihadiri oleh lebih 1000 jemaah . TibaTiba masuk 2 orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam . Tak nampak apaApa kecuali 2 biji mata dengan membawa mesinGun . Lalu salah seorang lelaki bertempik :-

" sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu duduk sekarang ! ! ! "

Selepas mendengar amaran lelaki itu , maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri . Daripada jumlah 100 tadi hanya tinggal lebih kurang 45 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masingMasing termasuk Pak Imam . Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata :-

" okay Pak Imam , saya dah halau semua yang hipokrik , sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat . "

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah .
.
.
.
Macam mana ? adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas ? selain terhibur anda fikirFikirkanlah . Dari 1000 orang yang mengaku Islam hanya 45 yang betulBetul beriman . Berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya . Kedua lelaki itu hanya membawa mesinGun , dia tak kata pun nak bunuh . Tapi generasi sekarang amat lemah . Baru kena ugut terus LARI lintangPukang . Lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi . Ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja . Itu pun bila masa sembahyang Jumaat . Tunjuk muka kat orang kampung . Ada tu lagi dasyat setahun 2 kali ja , itu pun masa sembahyang Raya . Ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh suratKhabar daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran . Berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah yang kekal , tapi berlumbaLumba mengejar dunia . Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak email yang berunsurkan lawak jenaka dan perkara siaSia ke semua tempat tapi merasa berat nak berkongsi yang beransur Agama .

Kenapa sengeh ? tu kan realiti . So , muhasabah kembali ye :) 


* p/s :- Bila ada kopi mesti ada pasta .


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Hantaran 18ribu

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Hawa : Adam , mak kata hantaran 18 ribu .
Adam : *naik pucat muka*
Hawa : Adam ! dengar tak ni ?
Adam : Yee Adam dengar .
Hawa : Hawa tak kira ! Adam kena cari duit jugak !
Adam : *hanya mampu tersenyum* Hawa , buat masa sekarang ni . kita tak jumpa selalu ye .
Hawa : Fine ! Adam tak sayang Hawa kan !
Adam : Hawa , kalau Hawa sayangkan Adam , Hawa mesti boleh tunggu kan .
Hawa : Oke , just wait and see .

12 bulan si Adam tak layan langsung si Hawa . sampai satu masa , Adam datang ke rumah Hawa .

Adam : Assalamualaikum .
Hawa : Waalaikumussalam , eyh Adam .
Adam : Hawa sihat ?
Hawa : Sihat Adam .
Adam : Cantik cincin dekat jari Hawa ni , bila beli ?
Hawa : Ohhh , ada orang dah masuk minang Hawa . Tu la Adam lambat sangat .
Adam : *angkat kaki terus keluar daripada rumah Hawa*

Keesokan harinya , si Hawa dapat satu bungkusan . Dalam bungkusan tu ada sepucuk surat :-

" Assalamualaikum , maaf lah sebab perlakuan saya semalam tak berapa sopan , dan maaf kan saya sebab lambat masuk minang awak . Awak , dalam bungkusan tu ada sejumlah wang 18ribu dan sebentuk cincin . Gunakanlah masa perkahwinan awak nanti . Selama 12 bulan saya jauhkan diri daripada awak atas sebab untuk mencari sejumlah wang seperti mana yang telah bonda awak tetapkan . Dengan kiraan bulan itu juga la saya nak tengok sejauh mana awak boleh tahan perasaan dengan saya . Saya tak mampu untuk mendapat kan jumlah wang yang sebanyak tu untuk masa terdekat . Maafkan la saya . Saya ambil masa yang lama sebab saya nak cari kesenangan bakal isteri saya iaitu awak . Lepas ni awak dah berstatus . Saya harap awak jaga hubungan awak sebaik mungkin , jangan pernah mendesak suami awak untuk sesuatu benda . " Menitik air mata si Hawa .

Sedarlah wahai orang perempuan . KadangKadang mereka tak pernah tahu apa yang orang lain korban kan untuk kesenangan mereka . Orang yang terlalu sayangkan kita sanggup merela kan jiwanya untuk kesenangan orang yang dia sayang , sedangkan mereka hanya menginginkan kesenangan semataMata . So hargai setiap insan tersebut dan jangan terlalu ego dengan diri sendiri .



terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Aku terima nikahnya . . .

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

" Aku terima nikahnya Si Dia binti Si Ayah Dia dengan mas kahwinnya RM . . "

Bunyi macam senang ? Nah ini erti sebenarnya :- ' Aku tanggung dosaDosa Si Dia dari ibu bapanya , apa saja dosa yang dia buat , dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat , aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung , dan aku tanggung semua dosa bakal anakAnak aku . Kalau gagal , maka aku fasik , dayus dan aku rela masuk neraka , aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku . '
.
.
.
Apabila cintaku memilihmu , izinkan aku menghabiskan sisa usiaku untuk menjadi yang terbaik untukmu .

3 hariBulan 5 2014 .

Tarikh tersebut berlangsungnya akadNikah pakteh aku . Bertempat di Kedah (kualaKetil) . Aku ondway g sana dalam pukul 10Pagi , dengan jalan sesak . AkadNikah tu lepaih asar , aku p awai duduk rumah makSedara kat sana . MakanMakan , Solat semua dulu . Baru gerak g surau tengok pakteh dan bakal makteh aku di ijabKabul . Muhammad Firdaus binti Yusoff dan pasangannya .



2 hariBulan 6 2014 .

AkadNikah sepupu aku . Nur Shafiqah Azemah binti Azmi dan pasangannya :) , Alhamdulillah dah jadi suami Isteri . 


.
.
.
.
Alhamdulillah semuanya dah selesai tunggu nak kenduri ja lagi :) . 

Doa kepada suami :- " Ya Allah permudahkanlah pekerjaan suamiku , dalam pencarian rezeki untuk memberikan nafkah kepada kami . Murahkanlah rezeki kami Ya Allah . "

Doa kepada isteri :- " Ya Allah tenangkanlah dan damaikanlah isteriku dalam menerima kemampuanku memberi nafkah kepadanya dan kepada keluargaku . "
















terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Ketika isteri mengandung

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Ketika isteri mengandung . .

Isteri : (mukanya masam dengan suaminya)
Suami : (perasan perubahan isterinya , jika dulu kalau balik kerja ja mesti isteri sambut dengan senyuman dan sedikit manja)

Malam sebelum tidur . .
Isteri : Abang . Saya minta maaf . (peluk suaminya yang baring di katil)
Suami : Sayang minta maaf kenapa ? (buatBuat tak tahu)
Isteri : Saya bermasam muka ja dengan abang sejak mengandung , rasa berdosa kat abang . Saya pon tak tahu kenapa bang . Rasa tak sedap badan , macamMacam rasa .
Suami : (senyum dan usap rambut isteri , kemudian cium dahinya) Sayang , abang faham . Pembawakan baby ni . (usap perut isteri) Minggu lepas abang pergi kuliah agama kat masjid , kebetulan isi ceramahnya ada sebut tentang ni . Isteri tak berdosa kalau hormon dan emosi berubah ketika mengandung hingga bermasam muka dengan suami . Sebelum ni sayang tak pernah bermasam muka , tak pernah kurang malayan abang . Untuk pengetahuan sayang , abang setiap hari dah pun maafkan sayang supaya sayang sentiasa selamat , bahagia dan Allah lindungi .
Isteri : (peluk eratErat suaminya)
.
.
.
.
.
Pengajaran :-

Jadilah suami yang penyabar , bukan terus melenting jika isteri emosi . Sudah jadi suami jangan berhenti belajar ilmu agama , penuhi majlisMajlis ilmu de masjid atau dimana sahaja kerana ilmu yang sampai pada kita boleh menjadi panduan kehidupan . Sentiasalah memaafkan isteri , kerana Syurga isteri pada redha suami .





terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

´