Lelaki bersama MesinGun

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Bayangkan situasi ini berlaku pada anda .

Suatu hari pada masa solat Jumaat yang dihadiri oleh lebih 1000 jemaah . TibaTiba masuk 2 orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam . Tak nampak apaApa kecuali 2 biji mata dengan membawa mesinGun . Lalu salah seorang lelaki bertempik :-

" sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu duduk sekarang ! ! ! "

Selepas mendengar amaran lelaki itu , maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri . Daripada jumlah 100 tadi hanya tinggal lebih kurang 45 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masingMasing termasuk Pak Imam . Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata :-

" okay Pak Imam , saya dah halau semua yang hipokrik , sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat . "

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah .
.
.
.
Macam mana ? adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas ? selain terhibur anda fikirFikirkanlah . Dari 1000 orang yang mengaku Islam hanya 45 yang betulBetul beriman . Berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya . Kedua lelaki itu hanya membawa mesinGun , dia tak kata pun nak bunuh . Tapi generasi sekarang amat lemah . Baru kena ugut terus LARI lintangPukang . Lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi . Ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja . Itu pun bila masa sembahyang Jumaat . Tunjuk muka kat orang kampung . Ada tu lagi dasyat setahun 2 kali ja , itu pun masa sembahyang Raya . Ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh suratKhabar daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran . Berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah yang kekal , tapi berlumbaLumba mengejar dunia . Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak email yang berunsurkan lawak jenaka dan perkara siaSia ke semua tempat tapi merasa berat nak berkongsi yang beransur Agama .

Kenapa sengeh ? tu kan realiti . So , muhasabah kembali ye :) 


* p/s :- Bila ada kopi mesti ada pasta .


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

0 comments:

Catat Ulasan

´