Takdir .
Seorang pemuda telah berkenan pada seorang
gadis di twitter . Bertutup aurat dengan baik .
Tak banyak bicara . Tak banyak songeh . Dipendekkan cerita mereka pun disatukan .
Pada malam pernikahan , pengantin baru pun berbicara .
Isteri : " Boleh saya terus terang ? "
Suami : " Ya , dah suami isteri
kan . Apa nak malu - malu . "
Isteri : " Sebenarnya , saya dah tiada dara . Kesilapan saya
di zaman remaja . Saya jahil dulu . Saya dah cuba berterus-terang
sebelum nikah . Tapi , saya dah jatuh cinta
dengan awak . Maafkan saya . "
Suami terdiam. Nampak seakan terkejut.
Suami :
" Saya . . saya lepaskan awak dengan talak satu .
Jangan risau . Saya takkan minta awak bayar semua
kos ganti rugi belanja nikah . Saya takkan sentuh
awak . Awak boleh duduk di rumah ini kalau awak
nak . Saya akan pindah . "
Isteri : " Takpe . Hantar saja saya ke rumah mama saya .
Saya reda .
Saya . . . tak layak . . berada di sini . . . "
Si gadis menitiskan air mata dalam
tutur yang seakan
terlekat di kerongkong . Memang dia dah agak .
Dia dah rasa akan jadi begini . Pasrah segalanya .
Pemuda tidak mampu menerima hakikat dia bernikah
dengan bekas penzina .
Pada
teorinya , pada
dalilnya , penzina adalah pasangan cocoknya penzina
juga ! Dirinya bukan penzina !
**
Waktu berlalu . Masa berdetik . Setahun kemudian . Pemuda berada di wad . Sudah 5
bulan berlalu sejak beliau
menjalani pemindahan organ . Hatinya yang rosak
telah digantikan dengan bahagian lobul hati penderma .
Sejak 5 bulan itulah, beliau berulang-alik stay
di hospital untuk sesi terapi dan rawatan ulangan . Pemuda menonton tazkirah di I-Padnya sambil menanti
kehadiran doktor .
Seorang
tuan guru popular
berceramah seputar tajuk ' Zalim ' , "
Pada
Allah, hamba itu kesemuanya hina melainkan hamba
yang bertaqwa . Masakan seorang hamba dengan
angkuh memandang hina hamba yang lain
sedangkan
dirinya juga seorang hamba hina . Kalau bukan
kerana Allah yang memberikan akal pemikiran
sehingga mampu berpakaian , mengurus diri , makan dengan teratur dan belajar,
sudah pasti hamba
itu sama taraf dengan binatang ternakan saja ! "
Tertusuk seketika kalbu pemuda . Tuan guru menyambung
lagi , " Misalnya , sering kita baca di dada akhbar kes-kes perceraian.
Pada hemah saya , puncanya lebih kepada
suami . Kerana sayang seorang perempuan bernama
isteri adalah melebihi sayang seorang suami
kepadanya . Sifat perempuan adalah menyayangi .
Keras seperti batu konkrit macam mana pun , mampu
dilembutkan dengan kasih sayang suami.
Sebab
itu sering kita baca juga, walaupun suami penagih
dadah sebagai contoh , masih si isteri setia menanti
perubahan suami . Masih sayang pada suami
tidak berganjak walaupun pada pemikiran kita tindakan itu gila . Pada wanita ,
bila ada lelaki ambilnya
sebagai isteri itu merupakan suatu rahmat , syukur
yang teramat sangat pada Allah . Dia tak jadi anak
dara tua . Dia ada tempat bergantung . Isteri cuma
mampu bersuami satu ." " Jangan zalim . Selagi seseorang itu masih berTuhan , selagi
itu ada harapan . Masa silam bukan hukuman . Masa
silam adalah pengajaran . Jangan diulang di masa
depan . Demi Allah , kita tidak kuat . Kerana Allah ,
kita harus kuat . Bila Allah sudah pasangkan ' lampu ' hidayah dalam hati seseorang , jangan pula kita pergi padamkannya .
Disebut
dalam hadis Qudsi , ' Aku (Allah) sangat murka ke atas orang yang melakukan
kezaliman terhadap seorang yang tidak punya
pembela selain Aku . '
(HR
al-Thabrani)
Allah
yang membukakan pintu taubat dan pintu Syurga .
Mana hak kita untuk menutupnya ? " Tup .
Ditutup
terus ceramah itu oleh si pemuda. Malas nak disambung
dengarnya .
Doktor
yang merawat masuk ke biliknya.
Doktor : " Ada khabar dukacita yang saya
ingin sampaikan . "
Pemuda : " Apa ya ? "
Doktor : " Penderma hati mengalami komplikasi teruk .
Tiga bulan pertama , beliau mengalami kecederaan
organ dan muntah darah . Badannya yang
makin lemah serta beliau sendiri mengalami kemurungan . . akhirnya
minggu lepas , beliau meninggal
dunia . "
Pemuda : " Innalillahi wainna ilaihi raaji'un . "
Doktor :
" Ada sesuatu beliau tinggalkan untuk kamu . "
Doktor menyerahkan sesuatu pada pemuda itu.
Sepucuk
surat dan sepasang baju . Perlahan-lahan dibacanya ,
" Awak , ingat tak baju
ni ? Ini adalah baju nikah awak .
Awak tahu tak , baju ni saya jahitkan sendiri untuk
awak . Seminggu saya belajar jahit sampai luka-luka
jari . Tak pandai sangat . Tapi , alhamdulillah
siap juga . Sangat gembira bila awak pakai
di hari pernikahan kita . Awak , mungkin kasih saya ni , awak tak dapat terima
disebabkan kisah silam saya . Namun , janganlah
awak tolak hati saya yang berada dalam diri
awak sekarang . Ini hadiah saya untuk awak sebab
sudi mengambil saya sebagai isteri . Walaupun tidak sampai 24 jam , awak tetap
suami dunia
dan akhirat . Maaf bila saya tak sempurna ."
Pemuda kehilangan kata-kata . Tumpah
seribu air mata .
cerita
oleh: Muhammad Rusydee
0 comments:
Catat Ulasan