Assalamualaikum :) Salam sejahtera
Nak kenal bakal suami atau isteri , couple bukanlah cara terbaik . Kalau kamu ber'couple' , berkawan sehingga 20 tahun sekalipun , kamu takkan kenal dia . Yang kamu kenal hanyalah lakonannya . Kerana setiap yang bertunang atau yang ada perasaan sebelum nikah itu sedang berdusta . Tidak menjadi dirinya yang sebenar . Ketika ber'couple' , kita hanya akan mengenal seorang pacar . Bukan seorang suami . Sebab itu buang masa saja ber'couple' . Dengan berkahwin , kita akan lebih mengenalinya dengan sebenar-benarnya dan se'detail-detail'nya . If you know what i mean .
Jadi ,
bagaimana cara seorang muslimah nak mengenali bakal suaminya ?
Dalam
Islam , ada konsep merisik . Maksud merisik di sini , kamu minta wali kamu samada
abang , ayah atau datuk , tanya kawan-kawan atau jirannya tentang dia . Jadi , dia
tiada peluang untuk menipu . Kamu juga boleh stalk facebook dia untuk tengok
cara dia bercakap dan melayan perempuan lain di facebook . Akan tetapi , kita
hanya mampu berhukum apa yang luaran , kerana Allah lebih tahu maksud dalaman
seseorang . Maka , benda luaran yang boleh kita nilai sebagai kayu ukur , yang
paling penting sekali ialah cara dia tawarkan cinta . Kalau caranya itu tidak
meletakkan Allah nombor satu , bermakna dia hanya persembahkan cinta yang rapuh
dan sementara . Cinta tersebut tidak akan memberi kebahagiaan .
Cinta
itu boleh lenyap bersama lenyapnya sebab . Contohnya , jika dia tawarkan cinta
kerana kecantikan anda , tidak mustahil nanti dia akan menjadi suami yang
bermata keranjang . Begitu juga dengan lelaki . Jika perempuan tawarkan cinta
kerana terpesona dengan kekayaan anda , jangan terkejut jika nanti dia menjadi
seorang isteri pisau cukur dan materialistik . Jika suami dipecat kerja , dia
tidak mampu nak hadapi susah senang bersama . Itulah bahayanya jika kita ambil
sebab - sebab yang sementara kerana sebab sementara itu boleh lenyap . Bercintalah
hanya kerana akhlak dan agamanya dan yang paling penting kerana Allah .
Masalah
keruntuhan rumahtangga sebenarnya boleh dielak mulai sekarang . Kalau kita
bercinta sebelum nikah , syaitan akan jadikannya sebagai modal penting untuk
rosakkan alam rumahtangga kita . Contohnya , jika kita berkahwin dengan orang
yang kita couple , kita akan dapat azab curiga . Kita akan rasa sangsi dengan
kesetiaan suami kita . Kerana sebelum berkahwin pun dia sudah berani mengorat
anak dara orang (iaitu anda) . Sebelum bernikah pun dia sudah berani membuka
jalan - jalan menuju zina , apatah lagi selepas berkahwin .
Dan
kalau kita bernikah dengan orang yang bukan kekasih kita dulu , akan ada sifat
membanding - bandingkan yang mana lebih bagus . Bila ada kenangan lampau , susah
untuk kita melupakannya . Itulah bahana ber'couple' sebelum nikah walaupun kita
masih boleh berusaha untuk melupakannya . Sedangkan tidak adil kita
membandingkan seorang suami dengan seorang kekasih . Sebab masa berkasih , yang
kita cari hanya keindahan dan keseronokan . Setelah berkahwin , kita kenal
kelemahan dan kebaikannya . Jadi , kita mesti cuba bantu untuk tingkatkan potensi
dia . Bersedia untuk terima dia seadanya dan hidup susah senang bersama .
0 comments:
Catat Ulasan