Sesi Membasuh Barang Baby

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Hari yang ditunggu-tunggu dah pun tiba , minggu membasuh dan mendobi segala barang-barang baby / melipat & mengemas . Cuti pon dah approve , adik pon dah balik . Moh ler kite membasuh ea . Minggu ni dah 31 weeks , perut pon dah memboyot . Nak buat sorang tu memang tak la kan .

Tip : CARA MENCUCI & MENYIMPAN BAJU BAYI BARU LAHIR UNTUK IBU BAPA BARU

PART 1 : BASUH PAKAIAN + TUALA + SELIMUT BABY (21 JAN 2018)

Barang-barang nak menyidai baju kejap lagi ni ha . Untuk sesi membasuh + meremdam , aku pakai sabun basuh baju khas untuk baby . Brand Pureen A.B.D

Start daripada malam tadi dah mula sikit-sikit . Contoh macam keluarkan barang-barang daripada plastik @ kotak , asingkan baju-baju berwarna dan putih .

 Ni contoh dah asingkan ikut kategori :-

Raga Hijau : Baju & Seluar putih + Booties & Mittens putih + Barut putih
Bakul Belang-belang : Baju & Seluar berwarna + Barut berwarna + Mitten & Booties putih + Bedung
Raga Purple : Tuala + Napkin (lama&baru) + Selimut

Sesi merendam baju-baju baby , dalam baldi merah tu penuh dengan mitten & booties je . Baldi oren bawah tu barut yang berwarna + bedung . Untuk Napkin + Tuala + Selimut basuh pakai mesin je , guna fungsi 'delicate' ye . Soft je dia basuh , sejam jugak la menunggu nak sudah . Dah la basuh dua kali , napkin basuh asing , tuala + selimut basuh asing . 

Napkin yang sangat banyak , sebab ada ambil yang adik-adik punya . Mak simpan elok-elok lagi ha . Beli 8 helai je yang bercorak gajah comel-comel brand Anakku .

 Tuala + Selimut


Ni dia baju + seluar + booties mitten + barut baby yang dah siap direndam , bilas dan sidai . Penuh ampaian , sampai hanger beli 4 bandle pon tak cukup . Wangi je sabun pencuci ni , macam bau baby .

 * DIALOG SUAMI ISTERI * whatsapp
Isteri : bila dah basuh , baru perasan baju anak banyakkkk
Suami : pandai la baru perasan , sejak beli saya dah tahu
Isteri : emoji (tak puas hati)
Suami : hahaha . biasa la sayang , biar lebih takpa . adik-adik dia boleh pakai .

yang ni pon tak keluar lagi , dah sembang pasal adik-adik dia . adoilaaa sayang

PART 2 : MELIPAT (22 JAN 2018)

Bila dah kering semua yang dah disidai , tibalah masanya untuk melipat baju-baju yang comel-comel tu . Geram je tengok , dah la haluih-haluih nak lipat pon payah . 

Seraga baju , sebakul mitten + booties . Tuala (besar kecil) + Selimut dah menggunung dilipat kat belakang tu . Napkin dah lipat siap-siap malam tadi , sebab kering awal jadi angkut letak dalam bakul . Lepas tu mak kata "kalau dah angkut letak dalam bakul tu lipat siap-siap , nanti bekedut dah tak elok" . Jadi malam tu juga la lipatnyee .

Disebabkan baju basuh tangan , sental-sental + perah . Jadi baju-baju nampak sangat berkedut . Takan nak bagi anak pakai baju berkedut dah serupa peram dalam bakul tak lipat kan . Jadinya ibu dia yang rajin ni , iron semua baju-baju yang berkedut dan lipat cantik-cantik .

PART 3 : BASUH BOTOL & BREAST PUMP (21 JAN 2018 - MALAM)


 1. Buka bahagian-bahagian botol :-

- BOTOL SUSU : Botol , puting , tempat puting , tudung
- BREAST PUMP : Tanggalkan semua bahagian yang boleh dibuka termasuklah injap putih . (brand Avent)

2. Rendam botol dan semua bahagian menggunakan air suam yang bercampur sabun khas pencuci botol (aku guna brand Pureen liquid cleanser - no flavour) . Sambil-sambil rendam tu gosok-gosok la semua bahagian tu pakai berus ea .

Untuk puting & bahagian-bahagian yang bergetah termasukkan injap putih tu , aku rendam kejap je sambil-sambil cuci guna tangan .

Memandangkan aku terlupa nak beli tempat pengering/penyangkut khas untuk botol , jadi aku guna penapis beralaskan kain bersih je untuk keringkan botol-botol . Lepastu letak bawah kipas , bagi cepat kering . Dah kering boleh la simpan dalam bekas bertutup .


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

0 comments:

Catat Ulasan

´