Checklist : Barangan Breastfeeding (Brand Avent)

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Kali ni nak tunjuk barangan breastfeeding yang aku dah beli , botol dan breastpump . Kat entry Checklist : Barang Keperluan Baby Newborn tadak gambar sebab barang beli online tak sampai lagi . 

Memandangkan petang tadi semuanya dah sampai , jadi aku nak share la serba sikit kelebihan dan kenapa aku beli brand AVENT .

BOTOL SUSU

Philips Avent Natural Newborn Starter set - 6 items (2x Natural 4oz bottle / 2x Natural 9oz bottle / 1x Orthodontic soother / 1x Bottle & Teat brush)


Oke , kenapa aku pilih brand ni ? padahal banyak lagi brand-brand lain kat luar sana . Pada pandangan luaran , aku sangat suka bentuk botol dia , sangat-sangat comel . Aku pon ada la jugak google & research kelebihan-kelebihan botol brand Avent ni . Ni antaranya :-

ANTARA KELEBIHAN BOTOL AVENT

1. Bebas Bisphenol A (BPA Free)
** Apa itu besphenol A ? ianya adalah sejenis bahan kimia yang sering digunakan untuk bahan plastik. 
2. Anti-Colic
** Botol Avent adalah salah satu botol anti-colic. Puting botol Avent berfungsi menolak angin kedalam botol & ini mengurangkan bayi anda menelan angin yang banyak dan menyebabkan bayi anda terkena colic (kembung perut).
3. Clinical Proven : Less Fussing terutamanya pada waktu malam
** Ini kerana, keistimewaan puting Avent yang hanya mengeluarkan susu bila dihisap/disedut oleh bayi anda. 
4. Senang Dipegang, Dicuci & Dipasang
** Bentuk botol Avent direka khas bagi memudahkan bayi anda memegang & senang juga untuk dicuci oleh ibu kerana bentuknya yang tidak berliku.
5. Jangka hayat botol Avent adalah selama 6 bulan, manakala puting botol pula selama 3 bulan
6. Lebih Semula Jadi
** Pengeluaran BOTOL TERBARU AVENT JENIS NATURL yang lebih semula jadi dan mesra pengguna. Puting botol ini lebih mirip seperti mom breast bila dipasang. Ini kerana petal puting yang lebih kembang daripada biasa, dan mempunyai double skirt untuk aliran angin.
7. Lebih Lasak & Tahan Lama (sehingga 6 bulan)
** Tahukah ibu-ibu, penggunaan harian botol yang kita guna adalah sangat MAKSIMA. Dalam sehari berapa kali anda guna? berpa kali anda cuci & anda sterillize? malah ianya tahan panas dan sejuk. Printed isipadu susu juga tidak pudar walau sering dibasuh.
8. Tidak 'Leaking'
** Screw ring botol Avent tidak akan leaking/menumpahkan susu sekiranya ditutup dengan sempurna. 

BREAST PUMP

Avent natural manual breast pump set (1x Manual breast pump with funnel cover / 1x Avent natural feeding bottle 4oz / 1x Extra soft newborn teat pack / 1x sealing disc for milk storage / 2x Avent disposable pads-night / 2x Avent disposable breast pads-day)


Untuk part breastpump pulak , suami aku dah pesan awal-awal jangan beli yang electrik . Just beli yang manual je , aku pon tatahu la kenapa kan . Bila ditanya tanak bagitau pulak . Tapi mak aku pon cadangakan beli yang manual je . Jadi aku pon survey punya survey , research merata . Tup-tup terbekenan dengan Avent natural manual breast pump . Tengok daripada review-review kat blog katanya selesa dan puas hati . 

ANTARA KELEBIHAN/KEBAIKAN & POSITIF AVENT MANUAL BREASTPUMP

1. Mengosongkan susu daripada payudara dengan cepat dan tidak sakit
2. Suction agak kuat dan susu juga laju keluar
3. Ringan 
** Mudah dibawa kesana kemari-sebabnya tiada motor
4. Tak perlu power supply seperti battery, electrik, mahupun powerbank
5. Sparepart 
** Semua bahagian yang besar dan mudah dicuci
6. Mempunyai silicon pada corong
** Menjadikan suction / upaya mengepam tidak menyakitkan payudara anda.
7. Mempunyai penutup yang boleh menutup corong
** Penutup putih untuk elakkan sebarang kuman, habuk atau kotoran masuk semasa kita berhenti rehat seketika selepas mengepam.
8. Jimat masa ketika mencuci
** kerana setiap parts besar dan sangat-sangat senang dicuci dan mudah dipasang.

ANTARA KEKURANGAN/KEBURUKAN/NEGATIF AVENT MANUAL BREASTPUMP

1. Tiada Motor
** Menyebabkan tangan menjadi lenguh, dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
2. Hanya single pump (sebelah sahaja)
3. Tidak Menjimatkan Masa
** Kerana anda akan banyak berhenti untuk merehatkan tangan.
4. Jika ibu-ibu yang tidak menyukakan suction kuat, pasti akan merasakan pump ini menyakitkan

Aku rasa ini ja kot info yang aku boleh bagi selepas menggoogle merata, lagipon aku pon tadak pengalaman lagi pasal hal-hal ni . InsyaAllah kalau ada rezeki nanti aku buat review untuk bottle & breastpump ni . 

HARGA ??

Untuk harga botol susu brand Avent ni bagi aku mahal jugak la, merata jugak aku survey . Antaranya kat Manjaku, Mydin, Lazada & Shopee . Dan banyak-banyak tempat yang aku survey aku lebih memilih Shopee , mungkin sebab aku selalu shopping kat situ . Dan satu lagi barang yang dia jual sangat murah bagi aku.

1. Manjaku (Parit Buntar) 
Philips Avent Natural Newborn Starter set - Rm 250+
2. Mydin Hypermarket (Parit Buntar)
Philips Avent Classic Newborn Starter set - Rm 189.90 (time aku survey cuma ada yang classic ja, natural tadak pulak)
3. Lazada
Philips Avent Natural Newborn Starter set - Rm 119.90
Philips Avent Manual Breastpump Standard - Rm 149.50
Total : Rm 269.40
4. Shopee
Philips Avent Natural Newborn Starter set - Rm 140.00
Philips Avent Manual Breastpump Set - Rm 127.90
Total : 267.90




terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

0 comments:

Catat Ulasan

´