Kisah silam bukan untuk diUngkit

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Kita patut rasa berdosa apabila sering menilai seseorang berdasarkan masa silamnya , sedangkan kita sendiri tidak mahu dinilai berdasarkan masa silam kita .

* Hidup adalah satu proses yang dinamik , bukan satu hentian yang statik . Selagi belum ajal selagi itulah ada peluang untuk memperbaiki kesilapan lampau .

Kenapa kita mesti nak menghukum sedangkan Allah tak macam tu ? Allah lambat menghukum pendosa supaya dia sempat bertaubat .

Yang sudah berlalu biarkan berlalu , faik yang lepas sepatutnya dilipat dan disimpan . Bukannya dibuka dan dipersoalkan . Redhalah dengan segala yang berlaku , InsyaAllah ketenangan milik kamu .







terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Iqra , bacalah demi tuhanmu

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Iqra , bacalah demi tuhanmu . " baca Quran ni kena ada feel . Kalau tak , tak bawa makna apa " . " apa guna khatam baca ? tapi penghayatan , kefahaman ayatAyat tu sendiri hilang " . " cerita novel kemain hafal . Quran ditanya kisah apa ada ? sunyi , kelu , terdiam " Malu ! :3

Sebenarnya aku just nak kongsikan negara yang pernah datang menjenguk belog tak pemess aku nie :) fahamkah mereka ? semuanya ditulis dalam bahasa ibundaku . BahasaMelayu .

Antaranya :-
  • Malaysia + ini sudah semestinya 
  • Indonesia
  • United States
  • Singapore
  • Egypt
  • Brunei
  • Russia
  • United Kingdom
  • Germany
  • Jordan
  • Ireland
  • Australia
  • Mexico
  • India
Wahh , teruja O.O




terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Mampukah kita menjadi AhliSyurga ?

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Bila kita kaya . . Lupa Allah
Bila kita sihat . . Lupa Allah
Bila kita happy . . Lupa Allah
Bila kita berjaya . . Lupa Allah
Bila kita senang . . Lupa Allah
Bila kita muda . . Lupa Allah
TAPI
Bila kita sakit . . Cari Allah
Bila kita miskin . . Cari Allah
Bila kita sedih . . Cari Allah
Bila kita susah . . Cari Allah
Bila kita tua  . . Cari Allah

Malunya , bila dah dalam kesulitan barulah nak cari Allah " Ya Allah bantulah aku " , Ya Allah hanya padamu aku berserah , ku mohon pertunjukmu " . Tapi bila kita senang ber'hu''ha' sana sini . Solat tak jaga , buat yang Allah larang , tinggal apa yang Allah suruh . Bersediakah kita di saat Izrail 'menghubungi' kita nanti ? sudah bersedia untuk 'berdating' kelak ? Tepuk dada tanya Iman . Cukupkah amalanku sepanjang aku bergelar hamba Allah untuk memasuki syurgaNya ? Muhasabahkan diri sebelum terlambat :)


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Jadual FIFA WORLD CUP BRAZIL

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Jadual FIFA WORLD CUP BRAZIL :)


waktu malaysia . Tengok sini




terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Bagaimana ular sawa hilang bisa ?

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Cerita dongeng ini diceritakan kepada saya oleh mak saya . Pada zaman dahulu kala , ada seekor ular sawa yang tinggal ditepi sebuah tasik . Badannya yang besar dan mempunyai racun yang sangat berbisa . Manusia sangat takut kepadanya , kalau dia memagut bekas tapak kaki , orangnya akan mati . Hebatkan ?

Tasik itu tidak jauh dari sebuah kampung . Ular sawa itu menjaga tasik berkenaan dan tidak ada sesiapa pon yang berani ke situ . Pada suatu hari , ular sawa berkenaan pergi ke hutan mencari makanan . Dan kebetulan ada seorang pemuda sedang mencari kayu lalu terlihat banyak ikan didalam tasik berkenaan . Dia menangkap banyak ikan dan membawa pulang .

Pada hari itu , nasib ular sawa tidak baik kerana dia tidak mendapat sebarang makanan dan hatinya berasa marah . Ia menyusur pulang ke sarang dan lalu berhampiran tasik jagaannya .

" mengapa air tasik tidak jernih lagi ? " tanya ular sawa penuh kesal . Ia menghampiri tasik itu dan mendapati ikan di dalam tasik mula berkurang . Ular sawa semakin marah . 

Ditepi tasik itu terdapat bekas tapak kaki manusia , dengan tidak membuang masa dia terus memagut kesan tapak kaki itu . Pemuda yang mencuri ikan sudah sampai di kampungnya . Dia rasa jantungnya seperti ditikam duri , kepalanya pening , dia jatuh lalu meninggal dunia . Seluruh kampung jadi gempar .

Mendengar keriuhan dikampung itu , ular sawa cuba untuk mengetahui bahawa manusia itu sudah meninggal mahupun belum . Tidak lama selepas itu datang seekor gagak hitam hinggap di dahan pokok . 

" Mengapa orang kampung gempar ? " tanya ular sawa .
" Orang kampung bersuka ria kerana dapat banyak ikan di tasik . " jawab gagak .  

Ular sawa sakit hati mendengar jawapan gagak . Ia sungguh kecewa dan berasa racunnya sudah tidak berbisa lagi . Lalu memuntahkan semua racunnya dan pergi dengan membawa hati yang sedih .

Ular mura lalu ditempat itu , lalu ia terus menjilat racun ular sawa yang dimuntahkan itu sebanyak yang boleh . Hingga sekarang ular mura adalah ular yang paling berbisa .

Tidak lama kemudian datanglah semua jenis ular untuk mengambil racun berkenaan , diikuti tebuan , lebah dan penyengat . Semuanya meletakkan racun di buntut . Kala jengking meniru tebuan , lebah dan menyengat lalu meletakkan racun berkenaan dihujung ekornya . 

Babi turun berlari untuk mendapatkan racun berkenaan , tetapi ditempit oleh kerengga sambil menyekat pinggang . Disebabkan itu kerengga mempunyai pinggang yang ramping , lalu babi hutan terkejut dan tersondol pokok maka kemetlah hidungnya sampailah sekarang . Kerengga berjaya mengambil sedikit racun ular sawa berkenaan .

Lama kemudian sampailah ulat bulu di tempat itu , puas cuba diambil racun itu tetapi tidak dapat . Lalu ulat bulu berkenaan bergolekGolek diatas baki racun tersebut sehingga semuanya melekat pada tubuhnya .

Begitulah haiwanHaiwan mendapatkan bisa mereka :)  

Selamat Terhibur 



terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

sahabat Dunia Akhirat ?

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Sahabat dunia akhirat ? Awak , ye awak . Tahu tak apa itu sahabat dunia akhirat ? tahu tak ? :(

Sahabat dunia akhirat ini sahabat yang akan bersama kita sentiasa. Mereka berukhuwwah dengan kita kerana Allah . Mereka sayang kita kerana Allah . Mereka cinta kita kerana Allah .

Ha ? kerana Allah ? tak faham ?
Macam ni . . Mereka akan membimbing kita , menasihati kita , saling menegur kesalahan kita , berkongsi kebaikan bersama . Sahabat dunia akhirat ni sentiasa ingatkan kita pada Allah . Lepastu , mereka takkan tinggalkan kita kat belakang . Kalau boleh mereka nak jalan seiring dengan kita . Pegang tangan . Gelak tawa bersama . Sedih bersama . Kalau boleh taknak sedihSedih . Nak gembira selalu , senyum je . 

Itulah sahabat Dunia Akhirat :)


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Ada kemanisan disebalik kepahitan

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

" Kadang kala Allah hilangkan mentari , dan dia datangkan guruh . Puas kita menangis mencari mana mentari kita . Rupa rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah . Sabarlah duhai insan , ada kemanisan disebalik kepahitan itu " Update facebook .

Semuanya dah jelas dan nyata . Perjuangan aku setakat ni saja untuk belajar di Politeknik Sultan Azlan Shah dalam Diploma Kejuruteraan Awam . Mungkin rezeki aku ukan di situ tapi diluar sana . Perancangan terbaik datangnya dari Allah SAW . Aku redha apa yang dah terjadi dan aku mulai menerima hakikat yang rezeki aku bukan disitu , dan cuba belajar dari kesilapan lalu supaya bangkit semula memulakan hidup baru yang lebih tenang , InsyaAllah :)




Pesanan : " Assalamualaikum budak kelas DKA 3A sesi Jun 2014 :) rindu hangpa semua , lama tak gurau senda , gaduh , kataMengata , tuduhMenuduh dan segalanya :( SubhanAllah , perkara yang tak diduga berlaku kat aku sejak bulan 1 hari tu . Maafkan segala salah silap aku dengan hangpa . InsyaAllah nanti kalau ada masa kita jumpa na , rindu sangatSangat dah kat hangpa semua . Satu lagi aku nak pesan , hangpa belajar rajinRajin tau . Takmau malaihMalaih , yang lepas biarkan berlalu . Jadikan pengajaran , teruskan perjuangan hangpa . Sayang hangpa semua . "


Bermula : 16 hariBulan 6 2013 sehingga 18 hariBulan 1 2014 . 

Aku akan merindui :-
Kamsis : tempat aku menginap semasa Sem1 .
Cafe : tempat aku makan bila perut mula merayu meminta diisi . tepi kamsis .
CyberCafe : tempat aku dok Online facebook main game FamilyFarm . haha
Kopsas : aku selalu p beli coklat , sudu (sebab aku pakaiBuang) , mangkuk .
Surau : tempat aku kunjungi semasa maghrib dan Isyak , (dulu jahat intai laki) .
Kelas : aku menuntut ilmu , kadangKadang tewas(aku tertido) .
Bilik toturial : EngineeringMathematics . 
Lab : Engineering Science / computer . 
Kantin : makan tengahHari lepas kelas , penuhkan perut yang lapar .
Perpustakaan : pinjam buku kanakKanak , realease tension .
Dewan : tempat majlisMajlis apaApa lah , aku selalu masuk dengan membekalkan makanan dan buku .
ATM : setiap minggu amek duit , aku kuat makan .
Pondok guard : ada abang guard gatai .
Padang : aku kawad dengan kawanKawan .
Pusat sukan : berbasikal dengan kawanKawan , teman kawan berkayak .
dan segalanya yang ada kat PSAS . :)
Rumah sewa : tempat aku tidur , makan , main , dan segalanya .
Behrang 2020 
KTM TanjungMalim : tempat aku kunjungi untuk balik kampung .
and othersssss . . . 






terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Kamu telah menjual agama kamu , sementara kami membelinya

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeliBelah di salah satu pasaraya di Perancis .

Setelah selesai mendapatkan barangBarang yang dicari , dia segera pergi ke kaunter untuk membayar . Kebetulan cashier yang ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yang berpakaian tidak menutup aurat .

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dengan pandangan mengejek , kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dengan kasar ke atas meja .

Namun wanita berpurdah itu tidak terpengaruh dengan provokasi wanita cashier itu , dia tetap tenang , bahkan sangat tenang , hingga membuatkan wanita cashier semakin geram dan tidak dapat lagi menguasai diri . Lalu berkata dengan nada memperlekehkan .

" kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini , purdah kamu ini adalah satu masalah . Kita datang ke sini untuk mencari duit , bukan untuk pamer agama maupun sejarah . Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah , pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu . "

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli , lalu memandang wanita cashier tersebut . .
.
.
.
Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih dengan sepasang mata biru , lalu dia berkata :  

" aku adalah wanita Perancis asli , begitu pula ayah dan nenekku . Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku . Kamu telah menjual agama kamu , sementara kami membelinya .

SUBHANALLAH

Allah Ta'ala berfirman , ertinya :

" Sesungguhnya orangOrang yang mengatakan , ' Rabb kami adalah Allah ' , kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita . " (QS. Al - Ahqaaf : 13)

.
.
.
.
.
Semoga cerita sederhana ini dapat memberikan pengajaran yang berharga kepada kita agar tetap memperjuangkan dan mempertahankan agama kita .

Pertahanan kain kecik ajaib si pemakainya berbeza bila Allah sendiri menyentuh hatinya . Sejauh mana pertahanan niqabisNiqabis sekalian dengan kain kecil itu ? jangan kerana kita kain itu dipersalahkan . Kerana nila setitik rosak susu sebelanga . Ingatlah kamu sedang pegang amanah dan tanggungjawab .


SamaSama merenung sambil termenung ya :)
TAMPAR PIPI TANYA IMAN




terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Sweet

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Entry kali ni nak kongsi story sweet ja. :)


Suami : ~ duduk bersila sambil tengok tv ~
Isteri : ~ datang terus pelok belakang suami ~ Encik tolong bawak saya ke dapur :) saya ada emergency . Nah tambang ~ kiss pipi suami ~ 
Suami : Baik cik , pegang kuatKuat . Saya akan bawak laju , sebab nak lari roadBlock depan tu ~ lari pusing satu rumah , then ke dapur ~ Oke cik dah sampai .
Isteri : Yeyy ! Terima kasih abang hensem ~ buat muka comel ~
Suami : SamaSama , ini baki tambang tadi ~ cubit pipi isteri ~ alolo dah makin chubby dia sekarang .


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Datang tidak diundang , pergi tidak disuruh

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Hari ni tibaTiba teringat zamanZaman bercinta Monyet dulu . haha . Datang tidak diundang , pergi tidak disuruh , huhu :3
Cerita dia bermula sewaktu di dalam KTM (Keretapi Tanah Melayu) , konon nak balik rumah bercuti selama seminggu orientasi kat tempat belajar . Dari TanjungMalim ke ParitBuntar mengambil masa 4jam perjalanan . Masa tu untuk pertama kalinya aku naik keretapi tanpa ditemani Family ! haha . Hanya bertemankan 2 orang kawan lelaki (Asyraf & isma) yang satu kampung dengan aku . FirstTime naik uhh teruja gila tahap dewa arrr . haha , sampaikan tana tido dan tanak bangun dari tempat duduk . Haha
~ sebenarnya aku takot ~
.
.
.
.
1 jam 30 minit kemudian

Isma : Farah , unk nak ikut kami tak ? p cafe .
Aku : Tanak la . ~ aku takut nak bejalan atas gerabak uhh ~
Asyraf : Kami p dulu taw :)
Aku : Ha , oke .

Datang gengGeng dari kerusi belakang , semua lelaki . Setengah dari depa aku kenai sebab satu sekolah dengan aku dulu . Salah seorang tu nama dia Maula .

Aku : Maula , tolong belikan aku makanan dengan air boleh dak ? Nah Rm10 .
Maula : ApaApa pon tak pa ?
Aku : Ha la , aku lapaq nie .
Maula : Oke :)

Datang bawa makanan untuk aku . Nasi Lemak + Air 100 plus . ~ nasi lemak nak makan dengan air 100 plus ? tak penah dibuat aku . ~ . Terus gengGeng dia duduk balik kat tempat depa . 

Maula : Farah . . Farah . . 
Aku : ~ toleh belakang ~
Maula : Kawan aku nak nombo tepon hang . ~ sambil tunjuk budak tu ~
Aku : Mana ? tengok sikit .
Maula : Ni . ni . ~ Amirul nama dia ~
Aku : ~ sembang dengan budak minta nombo tepon ~ wei , tolong beli air mineral kat aku boleh dak ? aku bagi la duit .
Amirul : Tapi hang kena bagi nombo hang dulu . Baru aku tolong hang .
Aku : Ea aku bagi . Bak tepon . ~ save nombo ~
Amirul : Nah air , dah save ?
Aku : Dah , aku save nama aku .

Dia duduk tempat dia , dan mula text aku .

.
.
.
.
.
Cuti selama dua hari sudah berlalu (sabtu+ahad) , aku balik TanjungMalim naik KTM jugak . 9Pagi . 

Sejam kemudian gengGeng maula naik jugak , tapi depa dok gerabak lain tak salah aku . Kami lepak kat cafe . Aku follow maula , dia cakap Amirul nak sembang . Depa datang satu geng , aku sorang . Aku beli makan dan duduk . Amirul dengan maula duduk seat depan aku . SambilSambil amirul meluahkan rasa hati dan di backup oleh maula . 

.
.
.
~ 1 message received ~
Amirul : Jom couple nak ?
Aku : Haha , unk melawak apa ?
Amirul : Aku serius nie .
Aku : Ta lelaki la mintak couple dalam phone .
Amirul : Boleh aku duduk sebelah ?
Aku : ~ pandang dia dan angguk .

Berlatar belakangkan lagu Hanya Aku dan . . 

Amirul : Jom couple
Aku : Oke ~ tersenyum malu ~

dan bermula lah cintaMonyet . haha . berakhir selepas sebulan setengah kami kenal . Dan telah menjadi kenangan untuk aku , jugak pengajaran di situ .


" Dan janganlah kamu menghampiri Zina , sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan) " [Al-Israa 17:32] 






terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Happy birthday to me

ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Selamat Hari Lahir ! Selamat mengingati mati . " hidup ini hanya sekali , hiduplah dengan penuh erti " . Ketika kita lahir , kita menangis dan dunia bergembira . Beramallah dengan sebanyaknya agar kelak ketika kita pulang kepadaNya manusia menangis dan kita bergembira . 

6 mei 1995 - 6 mei 2014 , Genap la umur aku 19 tahun . TerimaKasih kepada yang wish Birthday aku tu :) may Allah bless you all . huhu . SELAMAT HARI TUA untuk aku yang dah semakin tua nie , tapi tak sedaqSedaq yang diri ni dah tua , dok perasan muda lagi . Haha :3

Nyanyi sikit : HappyBirthday ~ HappyBirthday ~ HappyBirthday ~ HappyBirthday .
+ Selamat Ulang Tahun Cinta + :)
.
.
.
.

wish yang buat aku sedih sampai mengalirkan air mata amboi ayat , aku dapat dari . . . Secret . Sorry :) yang tertulis : 

" Assalamualaikum rindu (dia rindu aku ka?). Awak apa khabar ? sihat ka ? saya mecej malam nie sebab nak ucapkan selamat hari lahir yang ke 19 . Semoga Allah memanjangkan umur , dimurahkan rezeki , sihat selalu hendaknya dan bertemu jodoh yang sesuai . Saya tahu awak dah tak perlukan saya lagi . Mungkin awak dah jumpa jodoh sesuai dengan awak kan sekarang . Takpa lah asalkan awak bahagia dengan dia . Saya nak awak tahu yang saya tak pernah benci awak . Kalau awak dah ada pengganti saya yang jauh lebih baik dari saya . Saya harap awak akan menjaga dia dengan sebaikBaiknya . Saya tak mintak semua nie jadi . Yang saya mahu adalah menjadi suami kepada awak . Tapi Allah dah aturkan perjalanan hidup kita . Hanya dengan doa jala boleh mengubah segalaGalanya yang tertulis di LohMahfuz . (namaPengirim) "

maksud dia amat mendalam :3 dan aku faham setiap ayat yang cuba dia sampaikan . Maaf awak belum masanya lagi untuk saya memikirkan itu semua :'( . 
.
.
.
.
.

First gift dari adik aku , haha . Ingat jugak hang kat kakak hang ni ek . huhu . 

Bahagian depan 

 Bahagian belakang

Apa nie ? ni buku ! oke . BUKU . buku yang cover direka dan dalam hanya helaian kertas kosong warnaWarni . comei kan ? bahagian depan yang tertulis besar tarikh lahir aku . dan bahagian belakang gambar kami 3 beradik . Sweet gitu . haha . Sebab apa dia bagi buku ? 

Sebab aku ni seorang yang gemarkan sesuatu yang Kreatif dan berSeni . Aku suka kumpul bukuBuku yang comelCOMEL , aku jadikan diary . Cewahhh . di tahu apa aku suka dan dia jadikan Hadiah . Sweet kan . huhu :3

oke :) ini ja rasanya . HAPPY BIRTHDAY TO MEEEEEEE ! huhu . 


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

´