Aku Hanya insan Biasa

Assalamualaikum :) Salam sejahtera * Bismillahirrahmanirrahim .



Aku hanyalah insan biasa yang sering melakukan kesilapan . Aku juga tidak terAsing daripada mempunyai kisah Silam yang tersangat Perit dan Hitam ! yang aku sendiri tidak sanggup untuk mengingati peristiwa itu kembali . Dimana kejadian itu telah mengajar aku banyak perkara tentang Dunia dan Akhirat . Dari situ baru aku menyedari bahawa pertolongan Allah itu sangat penting dalam diri yang serba kekurangan dan lemah ini . Alhamdulillah , ternyata Allah masih melindungi aku pada malam kejadian daripada aku dijadikan mangsa kerakusan nafsu lelaki . Subhanallah ! baru aku tersedar dari tidur yang lena yang menghanyutkan aku ke jalan yang amat hina .

Dari situ aku telah terpanggil untuk berTaubat sesungguhnya ke jalan Allah SWT :') aku ingin menjadi yang solehah . Ya Allah , jika ini HidayahMu . Aku terima dengan hati yang Lapang . Aku telah Alpa dalam mendekati diri kepadaMu . Kau permudahkanlah segalaGalaNya . Amiinn . 


" yang sudah berlalu , biarkan ia berlalu . Fail yang lepas sepatutnya dilipat dan disimpan bukannya dibuka dan dipersoalkan , Redhalah dengan segalanya yang berlaku . InsyaAllah ketenangan milik kamu "




Aku juga mempunyai perasaan sayang dan cinta kepada seseorang , walaupun kisah silam dia lebih hitam daripada aku , aku terima dia seadanya dia . InsyaAllah . Kalau sudah tertulis dia dan aku di Luh Mahfuz . Bersamalah kami antara dua tempat iaitu Dunia atau di Syurga nanti . Aku sayang kerana Allah . Aku cinta Kerana Allah . Aku cintakan Agamanya . Setiap manusia melakukan kesilapan . Jangan menilai seseorang berdasarkan masa silam , tetapi lihatlah pada hari ini . setiap orang mempu berubah , malah jauh lebih baik dari apa yang kita sangkakan .



Kalau boleh biarlah Allah yang mengaturkan segalanya , aku hanya mampu berdoa dan meminta supaya dipermudahkan . Kita merancang . Allah juga merancang . Tetapi perancangan Allah lebih baik .

Aku tidak mahu terjadinya Zina pada diri aku . Aku tahu apa akibatnya perbuatan zina . Aku harap dia dapat memahami hati aku . Dan biarlah segala urusan diaturkan olehNya , semestinya lebih Cantik dan Indah . 




Sabda Nabi SAW : " sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anakAnak Adam . Zina mata itu adalah pandangan . Zina lidah itu adalah ucapan . Nafsu mengharap dan berkeinginan , dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya . " (HR Bukhari)

" sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina tidak dapat tidak berlaku ke atas anak adam , zina mata itu pandangan , telinga itu zinanya mendengar , lidah itu zinanya ucapan , tangan itu zinanya melakukan kekerasan , kaki itu zinanya langkah , dan Hati itu mengharap dan berkeinginan , dan mengiyakan kemaluan atau mendustakannya . " (HR Muslim) 

InsyaAllah , aku akan cuba jauhkan diri daripada berlakunya perkara seperti itu . Supaya Allah memudahkan perubahanku ini .


" Andai benarBenar rindu , cukuplah perasaan itu dikirimkan di dalam doa . Biar rasa berlagu di dalam hati itu , kita cuma coretkan dalam warkah sepi , yang isinya hanya tuhan yang tahu . Jangan kerana kita , dia gugur dari perjuangannya mencari redha Allah . Jangan kerana kita , dia terus hanyut dalam kealpaan "   






" kami dahagakan ilmu agama , Tetapi kami dihidangkan dengan hiburan dan kemungkaran yang melampau "


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Cara seorang Muslimah Mengenali BakalSuami .

Assalamualaikum :) Salam sejahtera

Nak kenal bakal suami atau isteri , couple bukanlah cara terbaik . Kalau kamu ber'couple' , berkawan sehingga 20 tahun sekalipun , kamu takkan kenal dia . Yang kamu kenal hanyalah lakonannya . Kerana setiap yang bertunang atau yang ada perasaan sebelum nikah itu sedang berdusta . Tidak menjadi dirinya yang sebenar . Ketika ber'couple' , kita hanya akan mengenal seorang pacar . Bukan seorang suami . Sebab itu buang masa saja ber'couple' . Dengan berkahwin , kita akan lebih mengenalinya dengan sebenar-benarnya dan se'detail-detail'nya . If you know what i mean .


Jadi , bagaimana cara seorang muslimah nak mengenali bakal suaminya ?

Dalam Islam , ada konsep merisik . Maksud merisik di sini , kamu minta wali kamu samada abang , ayah atau datuk , tanya kawan-kawan atau jirannya tentang dia . Jadi , dia tiada peluang untuk menipu . Kamu juga boleh stalk facebook dia untuk tengok cara dia bercakap dan melayan perempuan lain di facebook . Akan tetapi , kita hanya mampu berhukum apa yang luaran , kerana Allah lebih tahu maksud dalaman seseorang . Maka , benda luaran yang boleh kita nilai sebagai kayu ukur , yang paling penting sekali ialah cara dia tawarkan cinta . Kalau caranya itu tidak meletakkan Allah nombor satu , bermakna dia hanya persembahkan cinta yang rapuh dan sementara . Cinta tersebut tidak akan memberi kebahagiaan .

Cinta itu boleh lenyap bersama lenyapnya sebab . Contohnya , jika dia tawarkan cinta kerana kecantikan anda , tidak mustahil nanti dia akan menjadi suami yang bermata keranjang . Begitu juga dengan lelaki . Jika perempuan tawarkan cinta kerana terpesona dengan kekayaan anda , jangan terkejut jika nanti dia menjadi seorang isteri pisau cukur dan materialistik . Jika suami dipecat kerja , dia tidak mampu nak hadapi susah senang bersama . Itulah bahayanya jika kita ambil sebab - sebab yang sementara kerana sebab sementara itu boleh lenyap . Bercintalah hanya kerana akhlak dan agamanya dan yang paling penting kerana Allah .

Masalah keruntuhan rumahtangga sebenarnya boleh dielak mulai sekarang . Kalau kita bercinta sebelum nikah , syaitan akan jadikannya sebagai modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga kita . Contohnya , jika kita berkahwin dengan orang yang kita couple , kita akan dapat azab curiga . Kita akan rasa sangsi dengan kesetiaan suami kita . Kerana sebelum berkahwin pun dia sudah berani mengorat anak dara orang (iaitu anda) . Sebelum bernikah pun dia sudah berani membuka jalan - jalan menuju zina , apatah lagi selepas berkahwin .

Dan kalau kita bernikah dengan orang yang bukan kekasih kita dulu , akan ada sifat membanding - bandingkan yang mana lebih bagus . Bila ada kenangan lampau , susah untuk kita melupakannya . Itulah bahana ber'couple' sebelum nikah walaupun kita masih boleh berusaha untuk melupakannya . Sedangkan tidak adil kita membandingkan seorang suami dengan seorang kekasih . Sebab masa berkasih , yang kita cari hanya keindahan dan keseronokan . Setelah berkahwin , kita kenal kelemahan dan kebaikannya . Jadi , kita mesti cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia . Bersedia untuk terima dia seadanya dan hidup susah senang bersama .


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Terima Kasih Sebab Sudi Mengambil Saya sebagai Isteri


Takdir . Seorang pemuda telah berkenan pada seorang gadis di twitter . Bertutup aurat dengan baik . Tak banyak bicara . Tak banyak songeh . Dipendekkan cerita mereka pun disatukan . Pada malam pernikahan , pengantin baru pun berbicara . 

Isteri : " Boleh saya terus terang ? " 
Suami : " Ya , dah suami isteri kan . Apa nak malu - malu . " 
Isteri : " Sebenarnya , saya dah tiada dara . Kesilapan saya di zaman remaja . Saya jahil dulu . Saya dah cuba berterus-terang sebelum nikah . Tapi , saya dah jatuh cinta dengan awak . Maafkan saya . " 

Suami terdiam. Nampak seakan terkejut. 

Suami : " Saya . . saya lepaskan awak dengan talak satu . Jangan risau . Saya takkan minta awak bayar semua kos ganti rugi belanja nikah . Saya takkan sentuh awak . Awak boleh duduk di rumah ini kalau awak nak . Saya akan pindah . " 
Isteri : " Takpe . Hantar saja saya ke rumah mama saya . Saya reda . Saya . . . tak layak . . berada di sini . . . " 

Si gadis menitiskan air mata dalam tutur yang seakan terlekat di kerongkong . Memang dia dah agak . Dia dah rasa akan jadi begini . Pasrah segalanya . Pemuda tidak mampu menerima hakikat dia bernikah dengan bekas penzina .

Pada teorinya , pada dalilnya , penzina adalah pasangan cocoknya penzina juga ! Dirinya bukan penzina !

** Waktu berlalu . Masa berdetik . Setahun kemudian . Pemuda berada di wad . Sudah 5 bulan berlalu sejak beliau menjalani pemindahan organ . Hatinya yang rosak telah digantikan dengan bahagian lobul hati penderma . Sejak 5 bulan itulah, beliau berulang-alik stay di hospital untuk sesi terapi dan rawatan ulangan . Pemuda menonton tazkirah di I-Padnya sambil menanti kehadiran doktor .

Seorang tuan guru popular berceramah seputar tajuk ' Zalim ' , "

Pada Allah, hamba itu kesemuanya hina melainkan hamba yang bertaqwa . Masakan seorang hamba dengan angkuh memandang hina hamba yang lain
sedangkan dirinya juga seorang hamba hina . Kalau bukan kerana Allah yang memberikan akal pemikiran sehingga mampu berpakaian , mengurus diri , makan dengan teratur dan belajar, sudah pasti hamba itu sama taraf dengan binatang ternakan saja ! " Tertusuk seketika kalbu pemuda . Tuan guru menyambung lagi , " Misalnya , sering kita baca di dada akhbar kes-kes perceraian. Pada hemah saya , puncanya lebih kepada suami . Kerana sayang seorang perempuan bernama isteri adalah melebihi sayang seorang suami kepadanya . Sifat perempuan adalah menyayangi . Keras seperti batu konkrit macam mana pun , mampu dilembutkan dengan kasih sayang suami.

Sebab itu sering kita baca juga, walaupun suami penagih dadah sebagai contoh , masih si isteri setia menanti perubahan suami . Masih sayang pada suami tidak berganjak walaupun pada pemikiran kita tindakan itu gila . Pada wanita , bila ada lelaki ambilnya sebagai isteri itu merupakan suatu rahmat , syukur yang teramat sangat pada Allah . Dia tak jadi anak dara tua . Dia ada tempat bergantung . Isteri cuma mampu bersuami satu  ."  " Jangan zalim . Selagi seseorang itu masih berTuhan , selagi itu ada harapan . Masa silam bukan hukuman . Masa silam adalah pengajaran . Jangan diulang di masa depan . Demi Allah , kita tidak kuat . Kerana Allah , kita harus kuat . Bila Allah sudah pasangkan ' lampu ' hidayah dalam hati seseorang , jangan pula kita pergi padamkannya .

Disebut dalam hadis Qudsi , ' Aku (Allah) sangat murka ke atas orang yang melakukan kezaliman terhadap seorang yang tidak punya pembela selain Aku .
(HR al-Thabrani)

Allah yang membukakan pintu taubat dan pintu Syurga . Mana hak kita untuk menutupnya ? " Tup .

Ditutup terus ceramah itu oleh si pemuda. Malas nak disambung dengarnya .
Doktor yang merawat masuk ke biliknya. 

Doktor :  " Ada khabar dukacita yang saya ingin sampaikan . " 
Pemuda : " Apa ya ? " 
Doktor : " Penderma hati mengalami komplikasi teruk . Tiga bulan pertama , beliau mengalami kecederaan organ dan muntah darah . Badannya yang makin lemah serta beliau sendiri mengalami kemurungan . . akhirnya minggu lepas , beliau meninggal dunia . " 
Pemuda : " Innalillahi wainna ilaihi raaji'un . " 
Doktor : " Ada sesuatu beliau tinggalkan untuk kamu . " 

Doktor menyerahkan sesuatu pada pemuda itu.

Sepucuk surat dan sepasang baju . Perlahan-lahan dibacanya , 

" Awak , ingat tak baju ni ? Ini adalah baju nikah awak . Awak tahu tak , baju ni saya jahitkan sendiri untuk awak . Seminggu saya belajar jahit sampai luka-luka jari . Tak pandai sangat . Tapi , alhamdulillah siap juga . Sangat gembira bila awak pakai di hari pernikahan kita . Awak , mungkin kasih saya ni , awak tak dapat terima disebabkan kisah silam saya . Namun , janganlah awak tolak hati saya yang berada dalam diri awak sekarang . Ini hadiah saya untuk awak sebab sudi mengambil saya sebagai isteri . Walaupun tidak sampai 24 jam , awak tetap suami dunia dan akhirat . Maaf bila saya tak sempurna ." 

Pemuda kehilangan kata-kata . Tumpah seribu air mata .

cerita oleh: Muhammad Rusydee


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Kenangan Itu Takan Berulang

Assalamualaikum . SalamSejahtera . hye :)

Bismillahirrahmanirrahim .

Dugaan demi dugaan aku lalui sejak Peristiwa hitam itu muncul dalam hidup aku . InsyaAllah ada Hikmah di sebalik semuanya . Herm , Aku rindukan semua kenangan yang aku dah ukir dekat PSAS bersama kawan-kawan aku . :( kepada budak Diploma Kejuruteraan Awam Semester Dua -Disember 2013- 

" jujur aku cakap aku rindukan hangpa semua :'( , kalau boleh aku tanak pon benda ni jadi . Aku mintak maaf segala sala aku dengan hangpa selama aku pernah jadi kawan hangpa , aku harap hangpa ta lupakan aku walaupun aku da jauh dari hangpa , Berat hati aku na tinggalkan semua kenangan yang kita penah lalui , macam-macam kenangan pahit manis kita lalui bersama , tapi itu hanya akan tinggal kenangan "

Banyak sebab kenapa aku buat benda nie , Ada Hikmah disebalik Kejadian yang terjadi . aku harap kawan-kawan aku faham . segala kenangan yang berlaku takan aku pernah lupa . 


.
.
.
.






.
.
.
.
.
.
.
.

Insya-Allah , jika permohonan diLuluskan , aku akan ke POLIMAS menyambung pengajian . aku rasa poli ni lebih dekat dari rumah daripada PSAS , supaya senang aku nak balik kalauKalau aku sakit . Aku harap keputusan aku ni betoi dan ada kebaikan dia . aku berjanji dengan diri sendiri aku akan belajar sungguh-2 untuk buktikan kat makAbah aku . " konon nak kerja ada gaji PuluhPuluh ribu " anganAngan menggunung ! herm . 

Kau boleh Farah ! cayokk-II . Do The Best ! :) kawan-II jangan lupakan aku ek . aku Sayang hangpa sangatSangat . Muah Sikit . hihi .


oke . Bye .




terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Luahan hati seorang Abah



Abah tahu kamu sukakan seseorang. Hanya dengan mendapat satu pesanan ringkas sahaja sudah membuatkan kamu tersenyum lebar. Siapakah gerangan yang mencuri hati anak perempuan Abah? Hendak juga Abah tahu. Agaknya senyuman kamu itu manis seperti itu ataupun tidak sekiranya Abah yang menghantar pesanan ringkas itu?

Abah suka tengok FB kamu, yelah, Abah sayang kamu. Abah hanya mampu pantau setiap pergerakan kamu melalui FB. Seronok melihat kamu berjalan-jalan dengan kawan-kawan kamu, gambar kamu pun banyak. Yang tak tutup aurat pun banyak. Kadang-kala Abah tegur juga tentang aurat kamu di FB, tetapi sayangnya, kamu marah Abah lantas kau remove dan block Abah daripada FB kamu. Abah sedih, tetapi takpe, Abah buat FB lain.

Sedang membelek FB kamu, tiba-tiba Abah terasa hendak menangis membaca satu post daripada FB kamu:

" Sekiranya berkahwin kelak, akan ku menutup auratku demi bakal suami tercinta."

Abah termenung sebentar. Kamu sanggup menutup aurat untuk bakal suami kamu tetapi untuk Abah kamu biarkan sahaja! Abah perlu tahu siapa yang benar-benar mencuri hati kamu ini. Kamu baru tingkatan 3! Mana boleh fikir tentang kahwin lagi!

Akhirnya ALLAH mempertemukan siapa jejaka yang mencuri hati kamu. OH! Terkejut Abah tengok lelaki itu. Namanya Keparat bin Kesengalan. Abah sungguh cemburu melihat kamu begitu mesra melayan dia sedangkan dengan Abah sendiri kamu tidak mahu pandang walau sedikit pun.

Apalah salah Abah ye? Kenapa kamu sanggup dengar kata lelaki itu sedangkan dengan Abah kamu tengking dengan mudah. Ya, Abah bukanlah begitu berharga buat kamu, tetapi jangan lupa satu perkara sahaja.

Jangan kerana cinta kamu lupa pada pelajaran kamu, keluarga kamu dan diri kamu itu sendiri. Benar syurga di bawah tapak kaki ibu, tetapi kuncinya ada pada Abah. Kamu buat jahat di dunia, di akhirat kelak, dengan kamu dan abah sekali masuk neraka. Abah tak sanggup melihat anak Abah hanyut macam tu.

Teringat pula kamu pernah berkata:

" Abah ni, kalau abang buat abah takpe, ni Mira buat semua tak boleh."

Hanya satu je mampu Abah katakan. Abah sayang kamu. Abang kamu orang lelaki, mereka kuat untuk menjaga diri sendiri. Tetapi anak perempuan Abah akan Abah lindungi sehingga mati. Abah tak nak anak Abah terluka.

Sekiranya benar lelaki itu mencintai kamu, panggillah dia untuk ke rumah. Berborak kejap, masuk minang, tiada masalah. Abah tak kisah.Yang Abah kisah ialah apabila kamu keluar dengan lelaki itu tanpa kebenaran Abah, kamu keluar pula dengan membawa busuk maksiat. Kalau ikutkan hati Abah yang kering, mahu sahaja Abah menghalau kamu. Tetapi Abah sayang kamu.

Untuk kesekian kalinya, Abah sangat menyanyangi kamu. Jagalah diri, jangan merosakkan diri Mira untuk kedurjanaan dunia. Sekiranya Abah meninggal dunia, Abah mengharapkan kamu berubah seperti dulu kala. 

Yang berkata,

Abah Mithali yang tersakiti.


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Nikah Gantung - Alkuliyyah (2012)


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

Kerusi KanakKanak

Assalamualaikum . yuhuuu . Hye :)

Memandangkan sekarang nie aku Hanya duduk rumah , tolong mak kat kedai ja . " so tada la diPanggil MenanamAnggur kan " huhu . aku mempunyai idea yang agak pelik la untuk perempuan nie . Iaitu " membuka bisnes kecilKecilan membuat kerusi KanakKanak " Cewahhh . Ini hanya idea semataMata . Cuma na minta pendapat daripada orang Awam . " amboi kau kalah pengacara Tv " . Ta kisah la , aku mempunyai pengalaman membuat KerusiKanakKanak nie daripada kerjaKursus Pendidikan Seni Visual tingkatan 5 . Cikgu aku cakap kalau aku buat Bisnes nie InsyaAllah berhasil . Sebab semasa Cikgu aku pergi berjumpa GuruGuru PSV beserta membawa KaryaPelajar , Cikgu aku membawa kerusiKanakKanak aku dan ada seorang Cikgu berlainan sekolah ingin Membeli hasil KerjaAku . " bangga Bak hang ! " . Anak cikgu aku pon berMinat dengan kerusi aku tu , " berebut dengan aku . huhu " . jadi ? apa pendapat hangPa ? 


Nie la HasilKerja aku . Kerusi KanakKanak bertemakan kudaBelang . sesuai untuk kanakKanak 2-6 tahun . " nama pon kerusi KANAKKANAK " tak kan untuk 12-16 tahun pulak kan . itu dah jadi kanakKanak Besar . haha , " lawak tak menjadi la oii ! Stop " oke Fine . 

Amacam ? Comel ? bahagianBahagian bucu tu akan di curveKan . jangan Risau tentang itu . Haha :) entah betoi ke tidak la tu ayat aku . 

oke la . ApaApa komen - cadangan or apaApa sila tampilkan pada bahagian comment oke :) ByeBye .


terima kasih sudi baca..jangan lupa komen :)

´